Tuesday, October 31, 2006

Assumptions?

4- Mad Radhi mengatakan beliau tidak melakukan apa-apa yang tidak elok, hanya memicit kepala cik xxx sekejap, minum air suam dan kemudian beliau pulang. Namun apabila disoal siasat, Mad Radhi mengaku pula bahawa semasa memicit kepala cik xxx, tangan beliau di tarik oleh cik xxx ke buah dada cik xxx.. – KETERANGAN BERCANGGAH-3 / PENGAKUAN BERLAKUNYA PENCABULAN.

Ini apa punya conclusion nih. Bila masa pulak dia mencabul? Ada dia mengaku dia cabul? Kat mana specifically tu? Dia cuma kata yang Cik Hashimah tu ambik tangan dia dan tarik tangan tu ke arah buah dada dia je. Cik Hashimah yang tarik, bukannya dia yang merayap. Memang la ada pencabulan.. tapi yang mencabul tu Hashimah bukannya GU.

But I am not going to delve in that. I leave it to your imagination to figure out whatever it means here ;)

Cuba perhatikan apa yang dikatakan oleh GU dari mula sampai akhir sesi soal jawab. Berulang – ulang kali dia cakap dia tak cabul si Hashimah tu.Hingga ke akhir sesi semasa saudara Azhar tanya dia samada dia menafikan atau tidak tuduhan yang dibuat ke atasnya pun dia kata dia tak buat. So, macam mana pulak Pak Kaduk boleh kata dia buat? Hakikatnya, kesimpulan yang Pak Kaduk buat mengatakan GU mencabul itu adalah hanya berdasarkan ANDAIAN Pak Kaduk sahaja dan bukannya dari pengakuan GU samada langsung atau tak langsung.

Itu saja… Cuma ANDAIAN… dalam English it is called assumption… masa saya belajar kelas dalam pengkajian logic dulu they use to say DO NOT ASSUME… because when you assume… U make an ASS out of U and ME…

Punca kenapa Pak Kaduk mempertikaikan GU adalah sebab GU pada awalnya tidak menceritakan insiden seluk tangan tu kepada AJK penyiasatan. Tapi beliau menceritakannya kemudian. Even so, kalau kita perhati dari transkrip yang ditulis oleh pihak Pak Kaduk sendiri terdapat tanda – tanda yang GU mahu menceritakan insiden tu.

Sebelum tu, mari kita rujuk balik transkrip yang telah dibekalkan oleh saudara Pak Kaduk kita tu. But, saya kena sound awal - awal bahawa penjelasan saya ini terdapat beberap andaian yang saya sendiri buat. Memandangkan Pak Kaduk pun banyak buat andaian, saya rasa tak salah saya pun buat beberapa andaian. At least andaian saya nih lagi logik la sikit banding dengan pak Pak Kaduk tu.

Keterangan awal:

”Terlebih dahulu saya terima kasihlah kerana….. Yang pertama saya pergi rumah Mak Teh lepas tu saya tengok… saya fikir tak palah saya cadang nak pergi beli goreng pisang lah ye kat rumah Mak Teh. Jadi selepas tu saya pergi beli goreng pisang tu di belakang rumah che Asnawi dan juga che Amrahi. Bila saya sampai, jadi saya sampai saya tengok saya nak beli kakak tu kata ramailah dia kata kena tunggu dulu. Lepas tu memang saya ada talipon rumah che Asnawi. Saya cadang saya beli rumah Mak Teh RM2.00, saya dan rumah Asnawi lah dalam RM2.00. Bila kata lama sikit lah pasal ramai orang kan, jadi saya lepas itu saya pergi rumah che Asnawi lah . Bila sampai, saya tengok ada satu…. tiga orang budak di depan pagar dan pagar terbuka lepas tu grill terbuka tapi sikit, pintu kayu terbuka. Dan saya memberi salam lah, saya bagi memberi salam . Lepas saya bagi salam, Hashimah panggil saya masuk. Dia panggil saya masuk… saya kata tak palah kot. Tak palah, masuklah dulu Pak Tam dia kata. Masuklah. Jadi saya kata tak pa lah , dia kata masuklah dulu. Saya masuk . Bila saya masuk, saya duduk borak dengan dia, dia duduk di bawah, saya duduk kat atas sofa dan sembang-sembang. Lepas tu dia bagi tau saya ….. sembang-sembang saya tanya macam mana dia punya keadaan pelajaran dan sebagainya . Lepas tu dia mintak saya tolong untuk di punya picit sini (sambil menunjuk ke belakang kepala sebelah kanan beliau dengan tangan kanan beliau). Saya tolong lah. Itu sahaja … Bila saya begitu, lepas tu saya tolong macam biasa saya picit lepas tu dia nak buat air. Saya kata tak payah saya kata. Saya minta air suam saja. Saya minta air suam, dan dia bawa air suam , saya minum air suam. Jadi….saya ingat itulah . Lepas tu saya rasa saya balik. Itu sahaja saya ingat.”

Keterangan selepas soalan lanjut:

Soalan: Ok.. berdasarkan daripada keterangan cik Hashimah ni, berdasarkan daripada keterangan Che Mad bahawa tak ada apa-apa berlaku lepas pada picit tu. Tapi berdasarkan keterangan bersumpah daripada cik Hashimah yang mengatakan bahawa Che Mad ada melakukan perkara-perkara yang agak sumbang, contohnya menyelokkan tangan di dalam....Jadi boleh Che Mad ceritakan apa sebenarnya yang berlaku?

Mad Radhi: Kalau ikut sebenarnya, saya dalam keadaan macam ni saya memikirkan orang kata apa... ada satu benda yang saya tak bercerita lah
kan. Pertama saya nak menjaga hubungan dengan anak Che Asnawi tu sendiri. Dengan apa.... Che Awi dengan saya kan. Tapi memang saya picit, seolah-olah macam DIA MENARIK TANGAN SAYA pergi ke sini (sambil menunjuk dan meletakkan tangan kiri ke dada sebelah kiri beliau) . Jadi saya tarik, saya kata jangan buat macam ni. Ha tu ada lah. Jadi benda ni saya tak cerita, pada malam ni baru saya cerita kerana, pertama saya nak menjaga hubungan dengan keluarga Che Asnawi. Maruah anak dia. Itu sahaja dan lebih pada tu tak ada.

Sepertimana yang saya sebutkan tadi, kita boleh nampak yang GU pada mulanya cuba untuk tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dirumah Asnawi / Hashimah dan alsan yang telah diberikan.

Dalam keterangan GU di awal sesi kita boleh nampak yang GU ada pause sekejap… walaupun ianya masih boleh dipertikai, tapi kita boleh mengagak yang pause ini disebabkan oleh GU masih lagi teragak – agak samada nak menceritakan keadaan sebenar ke tidak:

….Lepas tu dia mintak saya tolong untuk di punya picit sini (sambil menunjuk ke belakang kepala sebelah kanan beliau dengan tangan kanan beliau). Saya tolong lah. Itu sahaja … Bila saya begitu, lepas tu saya tolong macam biasa saya picit lepas tu dia nak buat air… .

Buat pengetahuan, pause selepas “Saya tolong lah. Itu sahaja …” bukannya diletak oleh saya tapi Pak Kaduk sendiri.

They question is now kenapa dia buat begitu?

Jawapannya terdapat dalam transkrip sesi soal jawab tu jugak:

Soalan: Kenapa Che Mad tak ceritakan perkara yang sebenar masa abang Nasir dan abang Am (Amruddin) jumpa semua....?

(Mad Radhi terus jawab)
Mad Radhi: Saya tak nak cerita benda ni saya nak jaga hubungan di antara saya dengan keluarga Asnawi. Begitu juga pasal Puan yyy, pasal saya tak nak cerita kalau perlu saya cerita, saya akan cerita. Pasal saya nak jaga hubungan, itu terus terang saya cakap. Saya jenis saya Guru Cik Lan (Roslan Rashid) , saya tak nak cerita rahsia anak murid saya. Apa-apa pun, itulah prinsip saya.

Jelas disini kenapa GU tak mahu bercerita pada awalnya adalah kerana nak jaga aib orang. This is normal. Kita pun kekadang kalau tak pasti nak cerita banyak mana nak cerita terutaman kalau ia melibatkan maruah orang yang rapat dengan kita. Selalunya kita akan cerita yang ringkas dulu. Kalau ada pertanyaan yang mintak lebih lanjut, kita cerita la lebih sikit….

So, kalau nak kata statement bercanggah itu bukannya satu kesimpulan yang tepat. Because there are evidence yang dia ingin cerita but somehow initially stopped for obvious reasons. Upon further enquiry, he then told the whole story.

Pada masa yang sama, GU pun tak berapa pasti apa yang AJK penyiasatan tahu berdasarkan keterangan pihak – pihak lain. Info yang ada pada dia cuma info yang dia dapat dari pihak yang tak berkaitan dengan kes ini. Yakni info yang telah dibocorkan oleh sesetengah ahli AJK penyiasatan dan Kehakiman kepada ahli – ahli persatuan. So cara dia bercerita tu membayangkan that he is probing on what AJK penyiasatan knows and how much more he needs to tell.

Kalau kita baca sehingga habis transkrip sesi soal jawab tu, kita boleh nampak alasan yang diberi oleh GU kenapa dia memilih untuk bercerita pada masa itu dan bukan pada masa – masa yang lain. There are a very good reasons kenapa dia memilih untuk bercerita cara macam tu. I implore you to read the transcript available in this blog with an objective mind based on the prinple that a man is innocent until proven guilty. Insyaallah you will come to undertand what is actually said in the session.

Saya pun, selama dok bersama dia mendengar penjelasan mengenai kes ini tidak pernah dengar dari mulut GU pasal insiden seluk menyeluk tu. On this point, I guess he has been very consistent. This shows the kind of characther and credibility that GU has. Walaupun difitnah, dicerca dan dikutuk dia masih pikir lagi samada nak dedahkan aib orang yang fitnah dia atau tidak. Walaupun orang dah memusuhinya, dia masih lagi nak melawat orang tu kat hospital sebab mengenangkan jasa orang tu kat dia.

Mungkin ini la beza antara guru yang sebenar guru dan murid.

Monday, October 30, 2006

Depan gate?

3- Sewaktu sampai Mad Radhi menyatakan beliau melihat ada tiga orang budak di LUAR KAWASAN pagar. Kemudian apabila disoal balas, Mad Radhi mengatakan tiga (3) budak itu berada di DALAM KAWASAN pagar sedang duduk-duduk. Namun selepas di soal siasat seterusnya, Mad Radhi mengatakan budak-budak itu berada di LUAR KAWASAN pagar pula. Mana satu yang betul? – KETERANGAN BERCANGGAH-2

Pak Kaduk yang kata bercanggah sebenarnya ini Cuma fantasi dia sahaja…

Cuba kita tengok kenyataan GU di awal sesi soal jawab:

Bila sampai, saya tengok ada satu…. tiga orang budak di depan pagar dan pagar terbuka lepas tu grill terbuka tapi sikit, pintu kayu terbuka. Dan saya memberi salam lah, saya bagi memberi salam . Lepas saya bagi salam, Hashimah panggil saya masuk. Dia panggil saya masuk… saya kata tak palah kot. Tak palah, masuklah dulu Pak Tam dia kata. Masuklah. Jadi saya kata tak pa lah , dia kata masuklah dulu. Saya masuk ….

Saya nak tanya, ada tak kat mana – mana bahagian kenyataan tu mengatakan budak – budak lelaki tu ada kat luar kawasan rumah? Cuma yang ada ialah kenyataan ada 3 orang budak duduk depan pagar.

Tak lama lepas tu dia ditanya lagi sekali:

Soalan : Pintu pagar ?

Mad Radhi: (lantas menjawab).... dan budak tu ada tiga orang kat DALAM tu, DALAM KAWASAN GATE. Dan saya ada bagi tahu kat Che Nawi (Asnawi), saya cakap kat dia ada tiga orang budak kat situ dan Che Nawi (Asnawi) bagi tau kat saya tu budak-budak main bola. Dan saya ada bagi tau kepada dia Che Awi (Asnawi) kalau boleh, cari lah pembantu rumah sentiasa semasa Che Awi (Asnawi) tak ada di rumah. Itu saya ada cakap.

Soalan: Masa abang Mad masuk kat gate tu , budak tiga orang tu buat apa?

(Mad Radhi lantas menjawab)
Mad Radhi: DIA ORANG TENGAH DUDUK....DUDUK BERSILA.

Kat sini ada kenyataan lebih spesifik. Iaitu budak 3 orang tu ada kat dalam kawasan gate rumah tengah duduk bersila.

Kali ketiga GU ditanya:

Soalan: Lepas tu abang Mad minta air? Dia tanya abang Mad nak air?

Mad Radhi: aaa…Saya nak buat air Pak Tam. Saya kata tak payah saya kata
kan. Saya kata nak buat air, buat air masak aje. Dia kata air dah ada. Dia cakap gitu lah. Lepas itu saya minum air, lepas tu saya balik lah. Saya bersalam, saya balik.


Soalan: Maknanya budak lelaki tiga orang tu…?

Mad Radhi: aaa... dia ada kat depan pulak. Dekat depan tu sikit , luar dari kawasan. Kat jalan tu, depan tu

Analisis:

Sebenarnya kenyataan – kenyataan ini menceritakan 2 situasi berlainan. Dua yang pertama menceritakan kedudukan budak – budak tu semasa GU sampai ke rumah dan statement yang terakhir merujuk kepada keadaan semasa GU mahu meninggalkan rumah tersebut.

Sebab itu kita akan lihat kenytaan begini dari GU:

Mad Radhi: aaa... dia ada kat depan pulak. Dekat depan tu sikit , luar dari kawasan. Kat jalan tu, depan tu

Perkataan pulak itu secara jelas menunjukkan yang 3 budak itu telah beralih tempat berbanding dengan keadaan semasa dia sampai ke rumah Hashimah tu. Kenyataan diatas jelas menunjukkan dia nampak budak tu selepas dia bersalam dengan Hashimah dan hendak bergerak balik.

To recap:

1) masa sampai - budak ada dalam rumah

2) masa nak balik - lepas salam dan nak gerak balik... budak tu kelihatan berada diluar rumah diseberang jalan.



Bagi kedua statement yang merujuk kepada kedudukan budak – budak lelaki semasa GU sampai, pada mulanya GU mentakan bahawa budak – budak tu berada di depan gate. Lepas tu dia kata budak tu berada di dalam kawasan rumah.

Sebenarnya statement ini compelmentary, let me illustrate how..

Statement depan gate itu mempunyai maksud yang berlainan bergantung pada persepsi pendengar. Kalau kita datang dari luar rumah, selalunya depan gate itu akan bermaksud begini:

Kita -> Budak ->Gate -> Rumah

Tapi ada orang kata depan Gate tu macam ini:

Kita -> Gate -> Budak -> Rumah

Maknanya kalau dari segi bahasa, bila kita kata “depan gate tu ada budak” ia merujuk kepada kedudukan yang selepas gate tu ada budak dan bukannya depan gate kat luar rumah.

Kita tak boleh nak deny yang memang ada orang cakap cara macam ni. Mungkin sebab dia dah terbiasa cakap macam tu atau pun dia tak tahu nak guna perkataan lain ke atau pun apa - apa sebab lain... banyak lagi reason yang ada. But the fact still remains; yang ada orang memang cara cakapnya begitu. Sebab itu la it is abosolutely necessary to probe further maksud sebenar kata - kata GU ini.

Mujur, pihak Jawatankuasa Penyiasatan cuba bertanya sekali lagi tentang kedudukan budak - budak tersebut. Maka mereka pun bertanya:

Soalan : Pintu pagar ?

Mad Radhi: (lantas menjawab).... dan budak tu ada tiga orang kat DALAM tu, DALAM KAWASAN GATE. Dan saya ada bagi tahu kat Che Nawi (Asnawi), saya cakap kat dia ada tiga orang budak kat situ dan Che Nawi (Asnawi) bagi tau kat saya tu budak-budak main bola. Dan saya ada bagi tau kepada dia Che Awi (Asnawi) kalau boleh, cari lah pembantu rumah sentiasa semasa Che Awi (Asnawi) tak ada di rumah. Itu saya ada cakap.

Soalan: Masa abang Mad masuk kat gate tu , budak tiga orang tu buat apa?

(Mad Radhi lantas menjawab)
Mad Radhi: DIA ORANG TENGAH DUDUK....DUDUK BERSILA.

So, by taking everything into account, jelas disini bahawa maksud sebenar GU bila bercerita pasal kedudukan budak itu adalah begini:

GU -> Gate-> Budak -> Rumah

Sebab menurut GU.. Budak tu ada bersila depan gate tapi dalam kawasan rumah…

Kemudiannya budak – budak itu beralih tempat ke luar dari rumah itu dan bergerak keseberang jalan selepas GU masuk ke rumah Hashimah.

Conclusion: As you can see.. it is all a matter of perception… kalau niat tu dah buruk.. maka nampak la buruk… From where I am seeing, saya memang tak nampak apa yang bercanggah mengenai statement GU tu. The statements are all complimentary. Kalau tak percaya.. cuba baca transkript tu betul – betul tanpa apa – apa komen dari Pak Kaduk… memang nampak jelas lain daripada apa yang disangka.

Alasan tak cerdik?


Memandangkan si PAk Kaduk pun dah keluar kan analysis dia, saya pun nak keluarkan analysis jugak la..


My approach is to give point by point refutataion on benda - benda yang dipertikaikan. As you will see later on, analysis done by Pak Kadoknih bukannya dilakukan secara objective, it was done juat to support his preconcieved idea on the whole case.

let us begin with point number 2...


2- Selepas lima (5) minit menelefon cik xxx, Mad Radhi telahpun berada di hadapan rumah cik xxx. Beliau memberi salam sebanyak dua (2) kali sebelum cik xxx datang ke depan rumah dan MEMBUKA pintu. Walaupun sebelum itu Mad Radhi menyatakan bahawa gate, pintu grill dan pintu kayu rumah cik xxx terbuka. Kalau Mad Radhi mengatakan bahawa semua pintu telah terbuka, kenapa pula cik xxx dikatakan oleh Mad Radhi membuka pintu selepas beliau memberi salam? – KETERANGAN BERCANGGAH-1 / BOHONG

BERCANGGAH? KAT MANA?

Cuba kita tengok apa yang diceritakan melalui transkrip yang telah disupplykan sendiri oleh pihak pak kaduk:



Kenyataan di awal keterangan:

Bila sampai, saya tengok ada satu…. tiga orang budak di depan pagar dan pagar terbuka lepas tu grill terbuka tapi sikit, pintu kayu terbuka. Dan saya memberi salam lah, saya bagi memberi salam . Lepas saya bagi salam, Hashimah panggil saya masuk. Dia panggil saya masuk… saya kata tak palah kot. Tak palah, masuklah dulu Pak Tam dia kata. Masuklah. Jadi saya kata tak pa lah , dia kata masuklah dulu. Saya masuk .

Kenyataan semasa disoal dengan lebih terperinci:


Soalan : Masa abang Mad sampai kat rumah dia, pintu pagar dia terbuka…

Mad Radhi: (lantas mejawab) ..Terbuka sebelah


Soalan: Terbuka sebelah?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)


Soalan : Pintu pagar ?

Mad Radhi: (lantas menjawab).... dan budak tu ada tiga orang kat DALAM tu, DALAM KAWASAN GATE. Dan saya ada bagi tahu kat Che Nawi (Asnawi), saya cakap kat dia ada tiga orang budak kat situ dan Che Nawi (Asnawi) bagi tau kat saya tu budak-budak main bola. Dan saya ada bagi tau kepada dia Che Awi (Asnawi) kalau boleh, cari lah pembantu rumah sentiasa semasa Che Awi (Asnawi) tak ada di rumah. Itu saya ada cakap.

Soalan: Masa abang Mad masuk kat gate tu , budak tiga orang tu buat apa?

(Mad Radhi lantas menjawab)
Mad Radhi: DIA ORANG TENGAH DUDUK....DUDUK BERSILA.


Soalan: Cik Hashimah?

Mad Radhi: Cik Hashimah saya tak nampak.


Soalan: Tak ada di situ?

Mad Radhi: aaa..... tak ada di situ, hanya dia ...bila dia ...PINTU TERBUKA SIKIT, saya bagi salam dua kali, lepas tu dia datang. Jadi macam....saya tak taulah , kira macam dah ready macam ada air lah untuk saya tu. Saya tak tau lah
kan, tapi dah ada macam air, saya tak tau untuk siapa. Pasal bila dia cakap air tu…kata Pak Tam nak minum air tu, nak buat air, saya kata tak payah , jadi macam dah ….tak taulah macam air oren saya tak tau lah. …Jadi gitu lah.


Soalan: Ok sebab sebelum tu dia dah …Che Mad dah telefon dia , kata Che Mad nak datang mungkin masa tu kot.

Mad Radhi: Tak tau lah…Tapi masa tu dia nak pergi buat air, masa saya cakap tu.


Soalan: Maksudnya grill tu terbuka..?

Mad Radhi: Grill yang besi tu terbuka, tapi dia tak buka luas, dia buka sikit aje.


Soalan: Pintu kayu?

Mad Radhi: aaa...buka , sendal.


Soalan: Sendal?

Mad Radhi: aaa ..(bersetuju)


Soalan: Jadi kalau tolak tu kita boleh masuk je lah?


Mad Radhi: aaaa... bila tarik tu terus masuk je lah.


Soalan: Abang Mad terus masuk ke atau pun..dia buka?
(Mad Radhi terus jawab walaupun Soalan belum habis ditanya)

Mad Radhi: Tak, saya tak masuk, saya bagi salam dulu , saya bagi salam dua kali, lepas tu BARU DIA BUKA PINTU tu.


Soalan: Dia buka lah?

Mad Radhi: aaa…saya tak masuk.

PAK KADUK MENGATAKAN BAHAWA ADA KENYATAAN BERCANGGAH SEBAB GU MENGATAKAN YANG PINTU RUMAH CIK HASHIMAH TERBUKA TAPI BILA GU MEMBERI SALAM CIK HASHIMAH PERLU MEMBUKA PINTU UNTUK MEMBERNARKAN DIA MASUK.

SO DIA CONFUSE.. ADAKAH PINTU TERBUKA ATAU TERTUTUP?

Analisis:

Saya tak nampak kat mana yang bercanggah sangat tu. Kalau kita tengok transkrip yang diberi oleh Pak Kaduk sendiri, GU ada mengatakan yang pintu kayu rumah tu terbuka dan ianya di sendal. Tapi tak de pula kenyataan yang mengatakan banyak mana ianya terbuka. Statement yang ada cuma pintu tu terbuka sikit. Adakah sikit tu ¾ atau ½ atau ¼ ke, kita tak tahu. Tapi pintu itu perlu ditarik untuk membernarkan GU masuk ke rumah.

But what does all this mean?

The key to understanding this lie s in our understanding on how pintu yang kena sedal works. Mungkin Pak Kaduk tak de pintu kat rumah kot sebab tu dia ada masalah nak paham camna pintu tu berfungsi. Kalau kat rumah kita sendiri pun, kekadang tu pintu tu kita sendal, tapi sebab sendal tu tak cukup grip, pintu tu akan bergerak dan menutup (mungkin ditutup sebab angin tiup atau pun ada orang tolak). Tapi ada masanya sendal tu akan grip masa pintu tu bergerak setengah jalan. Maka jadila pintu tu dalam keadaan setengah terbuka. Grip ni pun kita tak boleh nak agak, kekadang ia akan jadi masa pintu ¾ terbuka atau pun masa 1/3 terbuka. Walaupun pintu tu nampak terbuka, kita masih perlu menarik pintu untuk membenarkan orang lalu sebab bukaannya tak cukup besar nak bagi orang masuk. Dan kalau kita, dari luar rumah tengok keadaan pintu tu, kita akan nampak macam dia terbuka. Benda ni benda biasa bagi orang yang biasa sendal pintu Cuma Pak Kaduk je yang ingin mencari isu kat sini.

Kita boleh deduce that this is what actually occurred bila kita rujuk kepada kenyataan - kenyataan berikut:

Soalan: Pintu kayu?

Mad Radhi: aaa...buka , sendal.


Soalan: Sendal?

Mad Radhi: aaa ..(bersetuju)


Soalan: Jadi kalau tolak tu kita boleh masuk je lah?


Mad Radhi: aaaa... bila tarik tu terus masuk je lah.

Soalan: Abang Mad terus masuk ke atau pun..dia buka?
(Mad Radhi terus jawab walaupun Soalan belum habis ditanya)

Mad Radhi: Tak, saya tak masuk, saya bagi salam dulu , saya bagi salam dua kali, lepas tu BARU DIA BUKA PINTU tu.

Dan juga:

Soalan: Cik Hashimah?

Mad Radhi: Cik Hashimah saya tak nampak.


Soalan: Tak ada di situ?

Mad Radhi: aaa..... tak ada di situ, hanya dia ...bila dia ...PINTU TERBUKA SIKIT, ….

So, from here we can see that:

- Pintu kayu rumah tu terbuka dan disendal.

- Bukaan pintu rumah tu kecik (terbuka sedikit)

- Walaupun pintu tu terbuka, ia masih lagi perlu ditarik untuk membenarkan orang masuk.


Conclusion: Kenyataan - kenyataan tidak bercanggah, malah saling melengkapi antara satu dengan lainnya


Sunday, October 29, 2006

Transkrip - diambil dari Pak Kaduk

Transkrip GU semasa memberi keterangan kepada jawatankuasa penyiasat – telah diambil dari Pak Kaduk tanpa komen – komen tambahan dari Pak Kaduk…

”Terlebih dahulu saya terima kasihlah kerana….. Yang pertama saya pergi rumah Mak Teh lepas tu saya tengok… saya fikir tak palah saya cadang nak pergi beli goreng pisang lah ye kat rumah Mak Teh. Jadi selepas tu saya pergi beli goreng pisang tu di belakang rumah che Asnawi dan juga che Amrahi. Bila saya sampai, jadi saya sampai saya tengok saya nak beli kakak tu kata ramailah dia kata kena tunggu dulu. Lepas tu memang saya ada talipon rumah che Asnawi. Saya cadang saya beli rumah Mak Teh RM2.00, saya dan rumah Asnawi lah dalam RM2.00. Bila kata lama sikit lah pasal ramai orang kan, jadi saya lepas itu saya pergi rumah che Asnawi lah . Bila sampai, saya tengok ada satu…. tiga orang budak di depan pagar dan pagar terbuka lepas tu grill terbuka tapi sikit, pintu kayu terbuka. Dan saya memberi salam lah, saya bagi memberi salam . Lepas saya bagi salam, Hashimah panggil saya masuk. Dia panggil saya masuk… saya kata tak palah kot. Tak palah, masuklah dulu Pak Tam dia kata. Masuklah. Jadi saya kata tak pa lah , dia kata masuklah dulu. Saya masuk . Bila saya masuk, saya duduk borak dengan dia, dia duduk di bawah, saya duduk kat atas sofa dan sembang-sembang. Lepas tu dia bagi tau saya ….. sembang-sembang saya tanya macam mana dia punya keadaan pelajaran dan sebagainya . Lepas tu dia mintak saya tolong untuk di punya picit sini (sambil menunjuk ke belakang kepala sebelah kanan beliau dengan tangan kanan beliau). Saya tolong lah. Itu sahaja … Bila saya begitu, lepas tu saya tolong macam biasa saya picit lepas tu dia nak buat air. Saya kata tak payah saya kata. Saya minta air suam saja. Saya minta air suam, dan dia bawa air suam , saya minum air suam. Jadi….saya ingat itulah . Lepas tu saya rasa saya balik. Itu sahaja saya ingat.”

Soalan : Tadi Che Mad kata ada telefon kat rumah Asnawi, siapa yang jawab telefon tu?

Mad Radhi: Yang jawab anak dia.


Soalan : Cik Hashimah ke?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)


Soalan: Ada dia bagi tahu Asnawi tak ada rumah ke apa ke?

Mad Radhi : Tak ada pulak. Tak ada. SAYA KATA SAYA NAK DATANG RUMAH lah
kan. Itu je lah.


Soalan: Ketika Che Mad sampai di rumah daripada tempoh telefon tu sampai ke rumah che Asnawi tu berapa lama masa nak sampai , kemudian ketika che Mad sampai ke rumah Asnawi tu, apa riaksi cik Hashimah ni?

Mad Radhi: Saya rasa dalam LIMA MINIT lah kot, saya ...lepas tu masa saya datang tu masa saya bagi salam dia datang tu dia agak terkejut , itu je.


Soalan: Lima minit tu... telefon dari handphone Che Mad ke rumah dia ke atau dari rumah Che Mad ke rumah dia?

Mad Radhi: Daripada yang saya telefon tu daripada tempat goreng pisang tu.


Soalan: Handphone ye, telefon dari handphone?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)


Soalan: Jadi benda tu Che Mad agak-agak dalam pukul berapa agak-gak dia punya, dia punya jangka masa. Maknanya Che Mad telefon tu dalam pukul berapa. Ada yang petang tu yang sebelum pergi tu, makna agak-agak dalam lingkungan pukul berapa Che Mad?

Mad Radhi: Tak berapa ingat lah..


Soalan: Petang lah?

Mad Radhi: Tapi petang lah...lepas Jumaat lah kot.

Soalan : Lepas sembahyang Jumaat?

Mad Radhi: aaa... (setuju)


Soalan: Ok.. berdasarkan daripada keterangan cik Hashimah ni, berdasarkan daripada keterangan Che Mad bahawa tak ada apa-apa berlaku lepas pada picit tu. Tapi berdasarkan keterangan bersumpah daripada cik Hashimah yang mengatakan bahawa Che Mad ada melakukan perkara-perkara yang agak sumbang, contohnya menyelokkan tangan di dalam....Jadi boleh Che Mad ceritakan apa sebenarnya yang berlaku?

Mad Radhi: Kalau ikut sebenarnya, saya dalam keadaan macam ni saya memikirkan orang kata apa... ada satu benda yang saya tak bercerita lah
kan. Pertama saya nak menjaga hubungan dengan anak Che Asnawi tu sendiri. Dengan apa.... Che Awi dengan saya kan. Tapi memang saya picit, seolah-olah macam DIA MENARIK TANGAN SAYA pergi ke sini (sambil menunjuk dan meletakkan tangan kiri ke dada sebelah kiri beliau) . Jadi saya tarik, saya kata jangan buat macam ni. Ha tu ada lah. Jadi benda ni saya tak cerita, pada malam ni baru saya cerita kerana, pertama saya nak menjaga hubungan dengan keluarga Che Asnawi. Maruah anak dia. Itu sahaja dan lebih pada tu tak ada.


Soalan : Adakah selepas kejadian tu, Che Asnawi ada jumpa dengan Che Mad?

Mad Radhi: Dia ada telefon saya, aa.. dia ada telefon saya, lepas tu dia datang rumah, lepas tu saya ajak minum diluar .Saya tak nak sembang dengan tuan rumah lah
kan. Pi minum…lepas tu dia tanya saya, Che Mad ada datang rumah tak? Saya kata ada. Memang saya ada datang. Dan saya ceritakan….dia pun tak ada tanya saya apa yang Che Mad …anak saya cerita begini-begini… betul ke? Dia tak ada tanya, saya yang bercerita kepada dia. Saya kata saya ada datang rumah, saya ada gini….Itu sahaja. Dan dia bercakap kepada saya ini adalah dugaan saya dengan Che Mad dari anak saya. Itu di ada cakap dengan saya. Dan saya memang saya tak… ni pasai dia datang dia keadaan saya tengok dia macam tak terurus dan dah hilang dia punya .....yang saya kenal. Jadi saya bercakap dengan dia ….setakat ni begitulah. Dan dia kata ini ialah dugaan saya dengan Che Mad melalui anak saya. Itu dia ada cakap. Lepas tu dia balik.

Soalan: Masa dia bercakap tu kat mana?

Mad Radhi: Di kedai. Di kedai minum, kedai Haizar.


Soalan: Berapa lama Che Mad berada dalam rumah Asnawi?

Mad Radhi: Kejap je…


Soalan: Dalam agak-agak dalam … ada 10 minit? Setengah jam?

Mad Radhi: aaa ..ada …tak sampai setengah jam.


Soalan: Tak sampai setengah jam la..?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju). Jadi saya balik, lepas tu aaa...saya pergi cuti dengan keluarga saya, jadi saya balik Daus (Firdaus) bagi kat saya
surat. Jadi surat tu mengatakan Man (Azman Johan) letak jawatan. Dan saya telefon dia. Saya pun tak tau cerita apa, dan saya tanya dia kenapa gini-gini... dia ada lah cakap kat saya kenapa gini-gini. Jadi Man (Azman Johan) pun tak dengar daripada saya. Hanya Che Nawi (Asnawi) dia tak ada tanya apa berlaku gini-gini. Tak ada tanya. Saya yang beri penerangan.


Soalan : Ada Che Mad suruh cik Hashimah baring ke masa lepas apa...?
(Soalan belum habis ditanya, Mad Radhi lantas menjawab)

Mad Radhi: Tak ada , tak ada.


Soalan: Makna suruh dia baring dan tarik track bottom apa semua ?

Mad Radhi: Tak ada


Soalan : Masa abang Mad sampai kat rumah dia, pintu pagar dia terbuka…

Mad Radhi: (lantas mejawab) ..Terbuka sebelah


Soalan: Terbuka sebelah?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)


Soalan : Pintu pagar ?

Mad Radhi: (lantas menjawab).... dan budak tu ada tiga orang kat DALAM tu, DALAM KAWASAN GATE. Dan saya ada bagi tahu kat Che Nawi (Asnawi), saya cakap kat dia ada tiga orang budak kat situ dan Che Nawi (Asnawi) bagi tau kat saya tu budak-budak main bola. Dan saya ada bagi tau kepada dia Che Awi (Asnawi) kalau boleh, cari lah pembantu rumah sentiasa semasa Che Awi (Asnawi) tak ada di rumah. Itu saya ada cakap.

(Suara Mad Radhi tersekat-sekat, dan nampak susah nak keluar dari mulut beliau, nampak jelas juga beliau menelan air liur agak susah semasa nak mengeluarkan kenyataan tersebut.)


Soalan: Masa abang Mad masuk kat gate tu , budak tiga orang tu buat apa?

(Mad Radhi lantas menjawab)
Mad Radhi: DIA ORANG TENGAH DUDUK....DUDUK BERSILA.


Soalan: Cik Hashimah?

Mad Radhi: Cik Hashimah saya tak nampak.


Soalan: Tak ada di situ?

Mad Radhi: aaa..... tak ada di situ, hanya dia ...bila dia ...PINTU TERBUKA SIKIT, saya bagi salam dua kali, lepas tu dia datang. Jadi macam....saya tak taulah , kira macam dah ready macam ada air lah untuk saya tu. Saya tak tau lah
kan, tapi dah ada macam air, saya tak tau untuk siapa. Pasal bila dia cakap air tu…kata Pak Tam nak minum air tu, nak buat air, saya kata tak payah , jadi macam dah ….tak taulah macam air oren saya tak tau lah. …Jadi gitu lah.


Soalan: Ok sebab sebelum tu dia dah …Che Mad dah telefon dia , kata Che Mad nak datang mungkin masa tu kot.

Mad Radhi: Tak tau lah…Tapi masa tu dia nak pergi buat air, masa saya cakap tu.


Soalan: Maksudnya grill tu terbuka..?

Mad Radhi: Grill yang besi tu terbuka, tapi dia tak buka luas, dia buka sikit aje.


Soalan: Pintu kayu?

Mad Radhi: aaa...buka , sendal.


Soalan: Sendal?

Mad Radhi: aaa ..(bersetuju)


Soalan: Jadi kalau tolak tu kita boleh masuk je lah?


Mad Radhi: aaaa... bila tarik tu terus masuk je lah.


Soalan: Abang Mad terus masuk ke atau pun..dia buka?
(Mad Radhi terus jawab walaupun Soalan belum habis ditanya)

Mad Radhi: Tak, saya tak masuk, saya bagi salam dulu , saya bagi salam dua kali, lepas tu BARU DIA BUKA PINTU tu.


Soalan: Dia buka lah?

Mad Radhi: aaa…saya tak masuk.


Soalan: Tapi Che Mad tahu tak masa tu Cik Hashimah seorang?

Mad Radhi: Saya tak tahu…saya tak tahu, saya hanya telefon dia, saya bagi tahu saya nak datang, itu je ….tujuan saya nak hantar itu aje? Itu yang saya singgah. Saya tak tahu lah dia ada seorang ke apa
kan.


Soalan: Kemudian ada Che Mad tanya cik Hashimah tak samada pada masa itu samada dia seorang ataupun ada orang lain dalam rumah ?

Mad Radhi: Saya tak ingat laa..

Soalan: Maknanya dari tempat goreng pisang tu… abang Mad pergi rumah dia dulu kah ataupun abang Mad beli goreng pisang tu bawa terus pergi rumah dia?

Mad Radhi: Saya…bila sampai situ , saya nak beli, bila saya nak order tu dia kata lambat. Ha tu saya tak bawa dulu lah. Pasal dia kata lambat benda tu kena tunggu dia kata ni ramai orang, itu yang saya pergi ke
sana. Saya pergi daripada sana ....(sambil menggunakan isyarat tangan kiri seperti membuat pusingan), lepas tu balik kot rumah Bai (Amrahi).


Soalan: Kenapa Che Mad tak ceritakan perkara yang sebenar masa abang Nasir dan abang Am (Amruddin) jumpa semua....?

(Mad Radhi terus jawab)
Mad Radhi: Saya tak nak cerita benda ni saya nak jaga hubungan di antara saya dengan keluarga Asnawi. Begitu juga pasal Puan Azizah, pasal saya tak nak cerita kalau perlu saya cerita, saya akan cerita. Pasal saya nak jaga hubungan, itu terus terang saya cakap. Saya jenis saya Guru Cik Lan (Roslan Rashid) , saya tak nak cerita rahsia anak murid saya. Apa-apa pun, itulah prinsip saya.


Soalan: Tapi masalahnya sekarang ni nak tak nak Che Mad kena cerita lah..benda ni dah terlalu jauh.

Mad Radhi: Saya kena cerita jawatankuasa aje lah . Itu sahaja.


Soalan: Benda ni dah jauh dan kita nak supaya Che Mad makna dengan open terangkan apa yang sebenarnya yang berlaku supaya kita boleh menilai lah .

Mad Radhi: Sebab tu lah saya cerita pada malam ini. SAYA RASA JAWATANKUASA NI BERHAK lah
kan. Untuk anak member ni saya rasa...dengan bini member, saya rasa saya....perlu saya simpan, saya simpan lah.


(Semuanya terdiam agak lama)


Soalan: Berdasarkan kepada keterangan cik Hashimah Che Mad, ada mengatakan masa Che Mad picit kepala dia tu ..dia punya macam Che Mad baca ayat jampi dan sebagainya. Ada ke Che Mad?

Mad Radhi: Tak ada.


Soalan: Masa dekat rumah Cik Hashimah, ada tak sesiapa telefon Che Mad, yang Che Mad ingat lah ?

Mad Radhi: Saya tak ingat lah. Samada saya telefon atau dia orang telefon. Tapi rasa macam Pak Su, tak silap saya lah , saya agaklah, saya tak berapa ingat. Saya rasa Pak Su.


Soalan: Pak Sudin?

Mad Radhi: Pak Sudin...aaa tak silap saya


Soalan: Masa tu abang Mad kat mana? Masa Pak Sudin telefon tu?

Mad Radhi: Saya dekat area-area hall lah.


Soalan: Hall?

Mad Radhi: aaa....hall (setuju). Jadi dia tanya kat mana? Saya kata kat rumah Che Asnawi. Tak silap saya macam tulah.


Soalan: Masa tu abang tengah picit dia ke apa?

Mad Radhi: Tak ada


Soalan: Lepas abang Mad letak phone dengan Pak Sudin tu, adakah abang Mad terus picit dia ke macam mana?

Mad Radhi: Tak ada…tak ada. Saya pun tak berapa ingat tapi yang ....saya rasa tak ada dah . Kejap je.


Soalan: Lepas tu abang Mad minta air? Dia tanya abang Mad nak air?

Mad Radhi: aaa…Saya nak buat air Pak Tam. Saya kata tak payah saya kata
kan. Saya kata nak buat air, buat air masak aje. Dia kata air dah ada. Dia cakap gitu lah. Lepas itu saya minum air, lepas tu saya balik lah. Saya bersalam, saya balik.


Soalan: Maknanya budak lelaki tiga orang tu…?

Mad Radhi: aaa... dia ada kat depan pulak. Dekat depan tu sikit , luar dari kawasan. Kat jalan tu, depan tu


Soalan: Bila abang Mad masuk tu dia orang tak terkejut ke tak apa ke?

Mad Radhi: Saya tak...saya tanya buat apa ni? Duduk-duduk bang dia cakap macam tu. Aaa… cakap gitulah.


Soalan : Ada Cik Hashimah hantar Che Mad kat kereta masa nak balik ?

Mad Radhi: Tak ada. Dia hanya ... masa bersalam dengan dia kat masa dalam rumah , lepas tu saya balik. Dan dia pun tak hantar saya sampai keluar rumah pintu , sampai ke pagar, tak ada.


Soalan: Kereta parking di luar pagar Che Mad?

Mad Radhi: Ya, luar pagar.


Soalan: Tapi kebiasaannya abang Mad, kalau …apa yang diceritakan , kebiasannya kalau katakan Che Mad nak balik ke apa ke, biasanya satu familiy atau anak beranak akan hantar Che Mad ke kereta. Tapi kenapa pada hari tu cik Hashimah tak hantar Che Mad ke kereta?

Mad Radhi: Saya pun tak tahu. Macamana saya nak tahu. Yang tu kena tanya dia lah.


Soalan: Kebiasaan abang Mad, adakah abang Mad selalu pergi rumah dia waktu itu, waktu petang macam tu? Time mak bapak tak ada kat rumah?

Mad Radhi: Saya...benda macam keadaan ni , saya memang dah orang kata dengan keluarga dia dengan anak-anak saya memang dah biasa macam tu. Dan segi saya ni, hari tu memang saya pergi lah
kan, tapi nak kata selalu pergi lagu tu tak ada lah.


Soalan: Maknanya abang Mad pernah pergi waktu macam tulah?

Mad Radhi: aaa...pernah lah.


Soalan : Maknanya tak ada sapa-sapa kat rumah kecuali dia?

Mad Radhi: aaaa...(setuju), adalah sekali saya ingat .


Soalan : Abang Mad pergi seorang atau dengan family?

Mad Radhi: Dengan family selalunya pergi petanglah dengan keluarga memang ada. Tapi yang pergi seorang ni saya adalah tapi mungkin sekali lah kot.


Soalan : Masa Asnawi jumpa dengan Che Mad dekat rumah, dia jumpa semata-mata nak tanya pasal Che Mad ada datang kat rumah ke ataupun ada benda-benda lain yang...?

Mad Radhi: Itu sahaja, yang dia nak pasti saya datang ke tak. Saya datang rumah , itu aje.


Soalan : Makna dia tak ada bagi apa-apa kat Che Mad ke atau apa ke pada hari tu...

Mad Radhi: Dia datang ke rumah saya dia bawa macam satu hadiah macam yang baring kat depan TV tu. Pasai dai janji dah lama, dia datang bagi, lepas tu dia tanya saya Che Mad ada datang rumah tak? Dia kata. Ha.. saya kata jom lah kita sembang kat luar... Hanya dia pasti tanya saya Che Mad ada datang rumah tak? Saya kata ada. Yang tu dia tanya, lain-lain tak ada. Hanya sembang macam tu lah.


Soalan : Tapi sebelum Che Mad .... sebelum Asnawi pergi ke rumah Che Mad …dia dia pergi tu, dia ada talipon Che Mad dulu kan?

Mad Radhi: Ya.


Soalan : Dan dia ada bertanya Che Mad yang Che Mad ada lalu tak kat rumah . Ada ke dia talipon bertanya begitu?

Mad Radhi: Dia ada telefon dia tanya Che Mad ada datang rumah tak? Lalu tak rumah. Dia masa tu telefon kat rumah saya ‘coverage’ putus-putus tak berapa ‘clear’. ..Jadi rumah-rumah gitu je…dia cakap macam tu. Saya kata datanglah rumah …ha itu je lah. Saya ingat kot dia nak datang rumah . Tapi bunyi rumah-rumah. Tapi tak berapa ‘clear’ lah. Jadi saya kata ..ha.. datanglah rumah. Kalau nak datang petang ni. Tu yang dia datang. Saya dok anggap macam tu lah. Tapi lalu rumah saya berapa pasti , tapi cerita pasal rumah. Yang saya faham yang dia tanya Che Mad ada kat rumah tak? Haa.. itu saya faham macam tu. Saya kata saya ada . jadi bunyi petanga. Haa.. saya kata boleh lah. Saya kata datang lah. Itu aje.


Soalan : Jadi Che Mad tak rasa apa-apa bila datang rumah Cik Hashimah tu dalam keadaan keluarga tidak ada kat rumah tu?

Mad Radhi: Saya tak ada rasa apa pasal saya mengganggap dia ni pun macam anak saya dan banyak juga saya tolong bab-bab Cik Hashimah ni , yang ni. Bab-bab... masalah dia ni . daripada apa yang dicerita oleh keluarga dia dan saya rasa bagi sayalah, mungkinlah saya rasa tak ada rasa apa. Pasai saya rasa memang macam anak-anak saya pun memang selalu pergi
sana, datang sana dan saya pun memang begitu. Jadi saya rasa saya tak ada rasa apa lah. Yang kedua saya menganggap Cik Hashimah ni macam anak saya dan saya rasa kalau saya nak buat benda tak elok , nak buat kat anak member nak buat apa. Kerana saya selalu pergi situ. Makan di situ, kadang tidur di situ . Jadi apa masalah diapun saya cuba tolong.

Soalan : Che Mad cerita pasal masalah Cik Hashimah , boleh tak cerita sikit secara …. Apa masalah Cik Hashimah ni?

Mad Radhi: Masalah diri dia lah. Masalah … iya lah jiran-jiran komplen pasal dia , perangai macam ni, gini…suka….lah… saya pun malas nak campur bab ni. Hanya saya tolong
kan. Dia pun minta tolong saya bila tinggalkan anak dia ni. Tolong-tolong doa untuk apa-apa baca lah sikit. Pasal anak dia ni perangai agak gini... sikit. Ha... itu kita ketika yang meninggalkan anak dia pergi umrah anak dia.


Soalan: Masa Asnawi sampai rumah ....

Mad Radhi: Rumah saya ?


Soalan : Haa... rumah abang Mad, dia ‘call’ terus dia pergi kan...masa tu abang Mad pergi ke pintu terus ke ataupun abang Mad masih dalam rumah?

Mad Radhi: Saya dalam rumah


Soalan: Dalam rumah.

Mad Radhi: aaa… (setuju)


Soalan: Jadi sampai?

Mad Radhi: Orang rumah saya buka pintu.


Soalan: Kak Ita buka pintu?

Mad Radhi: aaa… Kak Ita buka pintu. Dia masuk rumah lah dia bawa yang dia kata dia bagi kat saya tu. Lepas tu saya keluar dengan dia. Pergi minum , lepas tu dia hantar saya balik . Yang ‘last’ dia cakap kat saya tu lah dia , dugaan saya dengan Che Mad melalui anak saya. Itu dia cakap. Dan saya memang saya tak ada marah dia , saya tak ada apa, pasal… saya menceritakan kedudukan dan dia pun tak cerita apa yang anak dia cerita. Anak dia cerita gini…gini.. betul kah Che Mad .. Tak ada. Saya yang bercerita. Dia kata… hanya dia tanya saya , Che Mad ada datang rumah? Itu sahaja . Dan saya tak bohong, saya kata betul. Memang saya ada datang , saya bagi tahu begini…begini… begini…. Itu aje. LEPAS TU PADA MALAM TU PUN SAYA PERGI RUMAH DIA DENGAN ORANG RUMAH SAYA. Tapi dia tak ada rumah. Rumah gelap. Saya pergi. PASAL SAYA RASA SAYA TAK BERSALAH.

Hanya terdengar cerita yang bukan-bukan ni daripada Che Daud. Itu saya terkejut. Dan saya pun tak ada sangka apa, pasal saya tengok surat Man (Azman Johan) letak jawatan, saya pun tak tahu. Hanya saya telefon dia , saya balik cuti saya tanya, kenapa Man buat macam ni? Kenapa? Baru dia cerita. Apa yang abang Mad buat kat anak sedara saya ? Ehh… saya kata saya buat apa? Baru saya dengar cerita macam-macam. Saya tak tahu. Dan saya tak sangka benda ni lebih daripada tu.


Soalan: Tadi Che Mad ada mengatakan yang Che Mad ada pergi rumah dia tu, malam…hari yang sama ke?

Mad Radhi: HARI YANG SAMA , MALAM tu.


Soalan: Malam tu pada hari yang pada hari yang pada Asnawi datang?

Mad Radhi: Lepas Che Nawi (Asnawi) jumpa saya tu, malam tu saya pergi rumah dia dan saya pusing …..


Soalan: Tapi tak ada lah?

Mad Radhi: Ha... tak ada , gelap. Dan saya pusing sampai rumah Man (Azman Johan). Kot dia pergi rumah Man (Azman Johan), tak ada juga. Saya dengan orang rumah saya.


Soalan: Rumah gelap ke?

Mad Radhi: Haaa... rumah gelap.


Soalan: Tapi Che Mad terfikir tak kemungkinannya lepas anak Che Nawi (Asnawi) cerita dengan dia, ialah mungkin dia tak percayalah. Jadi… jadi mungkin dia nak pastikan samada orang yang buat kat anak dia ni betul ke Che Mad atau orang lain? Jadi tu sebab dia pergi tanya Che Mad lah. Che Mad ada datang ke tak datang . Mungkin dia mengharapkan Che Mad kata Che Mad tak ada datang , mungkin orang lain ke apa. Jadi adakah kemungkinan ini yang … yang kepastian yang dia nak tu? Jadi kalau anak dia cerita tu dan Che Mad juga mengesahkan yang Che Mad ada datang rumah dia, jadi ada kemungkinan memang Che Mad lah yang datang ke rumah. Jadi dia nak mempastikan itu lah. Ada kemungkinan ?

Mad Radhi: Saya tak pasti pulak lah… Hanya dia telefon saya tu , saya tak berapa dengar, hanya dia kata….. telefon handphone dia kata Che Mad ada kat rumah tak. Tapi saya dengar rumah-rumah lah. Saya kata memang ada lah . Jadi saya tak pasti rumah tu rumah dia ke rumah sapa. Tapi memang dia ada datang dia cakap macam tu lah.


Soalan: Tapi dengan….dengan keadaan yang macam tu…hubungan yang begitu rapat , apa maksud umpamanya Cik Hashimah menceritakan perkara seperti ini umpamanya?

Mad Radhi: Saya tak pastilah…


Soalan: Apa…apa …Che Mad boleh bagi tau kita tak apa tujuan dia pasal…

Mad Radhi: Saya tak pasti lah Che Yahaya..Tak nak cerita pasal….. Saya tak taulah dia punya ni …
kan. Apakah tujuan dia, saya pun tak tau , adakah nak ke orang lain ke, saya pun tak pasti. Saya tau tahu Che Yahaya.


Soalan: Kalau….kalau orang perempuan dia buat tujuannya tu umpamanya dia mengharapkan Che Mad nak kawin dengan dia, umpamanya lah.

Mad Radhi: Tapi saya tak tau lah. Tapi dia selalu depan-depan orang rumah saya selalu dia dok puji saya lah. PAK TAM HANDSOME, PAK TAM HANDSOME macam tu lah. Saya pun tak tau kan. Minat kat saya ke, saya tak berani nak cakap lah.



Soalan: Tapi masa Che Mad apa.... masa urut picit kepala dia , masa yang tarik tangan... tangan Che Mad tarik nak masuk selok pada tu…. Apa yang abang Mad cakap yang pada masa tu .

Mad Radhi: Saya kata jangan buat macam ni. Haaa... cakap kat dia gitu lah. Jangan buat macam ni , tu saja saya cakap. Saya kata tak baik, jangan buat macam ni. Itu sahaja. Setakat tu sahaja. Lepas tu yang dia kata buat air .


Soalan: Makna selepas tu lah.

Mad Radhi: Haaa… lepas tu.


Soalan: Air yang Che Mad nampak yang ada tu berapa? Berapa gelas?

Mad Radhi: Saya tak tahu. Tapi macam ….tak taulah tapi macam ada air lah dekat….dekat tu meja tu. Saya tak tau lah untuk siapa. Tapi saya tengok lebih daripada tiga (3) lah. Tengok macam air oren.


Soalan: Che Mad tau tak masa tu Asnawi dengan apa Puan Rohaya tak ada kat rumah pada masa tu ?

Mad Radhi: Saya tak pasti lah Che Lan. Kadang-kadang dia tak kerja
kan. Kadang-kadang ....selalunya yang angkat telefon tu anak dialah . Tapi kadang-kadang dia tak kerja . Macam tu lah. Kadang ni....saya datang kadang dia ada, kadang dia kerja. Macam tu lah. Tapi saya tak pasti lah kan dia .... Tapi memang dia angkat lah telefon tu.


Soalan: Che Mad tak tanya samada family ada rumah ke tak ada rumah pada masa tu?

Mad Radhi: Saya tak perasan


Mad Radhi: Saya dah….selalu bila saya bila call macam tu ..memang gitu saya datang macam tu je lah. Saya jarang lah tanya. Tanya yang macam tu
kan. Pasal dah kenal rapat kan.


Soalan: Sebab daripada keterangan bersumpah daripada Cik Hashimah ni, ada beberapa perkara sebenarnya yang dia bagi tahu. Antaranya macam Che Mad suruh Cik Hashimah baring , kemudian tarik track bottom dia , kemudian lagi satu selok buah dada dia …

Mad Radhi: aaa….. Yang itu saya menafikan. Yang dia tarik tangan tu…ada. Tu ada. Saya tarik balik , tu ada. Tapi tarik ...rebahkan , track bottom, tu tak ada. Demi Allah tu tak ada.


Soalan: Masa....masa.. dia tarik tangan Che Mad ke buah dada tu, dah masuk ke dalam ke atau pun masih tak sampai lagi lah?

Mad Radhi: Dekat sini...dekat sini... (sambil menunjuk ke dada kiri beliau) . Kemudian saya tarik balik.


Soalan: Tapi perkara ni Che Mad, macam Cik Hashimah ni , dia pernah tak buat kelakuan yang macam tu pada Che Mad, tarik tangan dan sebagainya? Sebelum-sebelum tu lah.. Sebelum daripada insiden tu..

Mad Radhi: Tak tau lah ... jenis salam-salam jenis gitu-gitu adalah
kan (sambil menunjukan cara meramas tangan). Salam jenis gitu...gitu adalah kan tapi nak bagi tu tak ada lah. .....Saya pun tak tahu macam jadi nya... pasal saya tak ...saya dah anggap macam anak saya.


Soalan: Tapi sepatutnya Che Mad kena cerita benda ni pada peringkat awal. Kalau benda ni tak berlaku …

Mad Radhi: Tak berlaku macam mana?


Soalan: Tak berlaku yang kata ...selok buah dada , kemudian baringkan tarik track bottom, semua ni.

Mad Radhi: Saya baru tahu...macam ni.. Itu pun saya dapatkan ceritanya daripada Daud. Yang cerita pasal track bottom ni, tarik, terbuka coli ni, saya pun tak tahu.


Soalan: Lebih kurang bila tu abang Mad? Lebih kurang bila masa abang Mad dapat tahu tu?

Mad Radhi: Saya tahu tu bila saya telefon Daud ye? (sambil memandang dan menanyakan kepada Mohd Daud).

Mohd Daud: Che Mad telefon saya pada masa saya di Penang.

Mad Radhi: Haa…. Masa di Penang. Pasal Man (Azman Johan ) letak jawatan. Lepas tu saya dengar cerita …Daud cerita dengan saya …cerita gini…gini… . Saya terperanjat. Eh..kenapa pula ada cerita macam ni.

Mohd Daud: Che Mad telefon saya tu pada 16 hb tiga (March), makna pada hari Khamis malam. Che Mad telefon saya pada ketika tu saya di
Penang lah. Che Mad menceritakan yang Che Mad telefon Man (Azman Johan) kan? Jadi selepas tu yang saya bagi tau tentang yang perkara ni.

Mad Radhi: Saya pun tak tahu. Hanya tadi yang pasal selok tu memang saya terus terang saya kata saya ….saya bab ni saya minta maaf …saya tak sampai hati lah nak cerita. Saya macam tu. Dan bila…..saya..tuan-tuan, saya tak tau, tapi saya sebagai bab macam ni saya nak melebih memikir….walaupun saya kena macam ni, tapi saya masih nak mempertahankan lagi hubungan itu. Itu saya punya prinsip. Mungkin Che Lan (Roslan) bersetuju bercerita, saya tak macam tu. Saya lebih memikir hubungan, sebab tu dengan Mak Teh pun saya tak cerita. Bukan saya takut , tapi saya memikir lebih kepentingan Mak Teh tu sendiri. Dengan mak saya umur dekat dengan macam ni . Saya tak nak kerana saya , dia fikir macam tu .Itu saya punya stail…


Soalan: Tapi benda melibatkan maruah, bila abang Mad tahu 16 hb March 2006 tu, sampai malam ni baru kita tahu version daripada abang Mad sedangkan masa ‘period’ tu kita tak tahu apa-apa.

Mad Radhi: Memang saya tak nak cerita. Dengan Lan (Azlan) pun saya tak nak cerita. Pasal dia tak ada kena mengena dengan benda ni. Hanya saya akan cerita pada benda yang tepat pada waktunya. Sama juga kes Puan Azizah, kalau tuan-tuan nak cerita, saya akan cerita pada malam ni. Pasal ni aib bini member. Saya guru, rahsia ada kat saya. Saya tak nak cerita benda macam ni. Saya memikir kalau saya cakap apa akan jadi saya dengan Che Ramli. Apa jadi Che Ramli dengan Puan Azizah. Itu saya banyak saya fikir. Saya fikir kepentingan orang.


Soalan: Tetapi kalau benda tu dah sampai…

Mad Radhi: Betul, memang betul Teng (Tengku Azlina), saya setuju . Saya sanggup waktu saya aib begitu, saya tetap nak mempertahankan, tapi ada sampai masa dan tahap dia. Sebab tu saya cerita pada malam ini. Lebih baik. Pasal ditubuh jawatankuasa, OK, ambil tahu. Sebab tu dalam kita menyiasat , menyiasat , TAPI JANGAN AMBIL TERIMA APA-APA, DENGAR DARIPADA SAYA, siasatlah.


Soalan : Ye lah, kita punya tanggungjawab macam tu lah Abang Mad, tapi….

Mad Radhi: Itu tanggungjawab saya juga..


Soalan: Tapi sekarang ni, kalau … kita memikirkan kesan kepada persatuan …

Mad Radhi: Tak usah mencerita macam tu lah Lan (Roslan) , saya pun tahu..


Soalan: Ya, masalah sekarang ni kita nak cuba supaya perkara ni dapat diselesaikan.

Mad Radhi: Saya pun macam tu, sebab tu saya bercerita macam ni, saya bercerita dengan Amruddin …dengan….pasai saya memikir benda macam ni. Saya memikir imej, satu dan saya fikir Mak Teh , saya memikir ni semua. Bukan saya tak fikir. Keluarga saya tolak nombor tiga (3). Saya fikir imej persatuan yang kita dah bina, sebab tu benda ni kita selesai macam ni.


Soalan: Itu yang kita …

Mad Radhi: Memang ya. Sebab tu saya berjumpa dengan Amruddin dengan abang nasir, saya berjumpa, saya cerita. Supaya benda ni biar kita buat cara macam ni. Kalau tidak buat apa saya cerita. Sebab tu dengan Mak Teh pun saya tak cerita pasal saya tak nak masalah saya ditanggung oleh Mak Teh. Dengan umur dia, dengan keadaan macam tu. Sebab tu saya bercerita kepada orang yang ada …. boleh….benda ni kita boleh selesai secara keluarga. Sebab tu saya cerita dengan abang Nasir…..saya cerita dengan Amruddin dulu. Apa berlaku .


Soalan: Ada tak abang Mad cerita benda yang sama dekat abang Am pasal….pasal yang …makna dia yang tarik tangan abang Mad pergi ke buah dada dia?

Mad Radhi: Yang tu saya tak cerita….yang tu saya tak cerita. Itu saya bagi tahu saya tak akan cerita. …saya tak cerita. Dengan Lan (Azlan) pun saya tak cerita , dengan…..pun saya tak cerita. Pada malam ni baru saya cerita.


Soalan: Tetapi Che Mad sebagai Guru Utama , Presiden persatuan , patut pergi rumah dia ni seorang, patut Che Mad cepat-cepat keluar lah , kenapa Che Mad duduk dalam rumah tu, berbual dengan dia…?

Mad Radhi: Saya ni Che Yahaya, benda ni betul …saya pun saya cakap saya akui, tapi benda ni saya anggap macam dah keluarga saya . Hubungan saya, orang rumah saya dengan dia orang, anak saya dari segi duit depa, memang tak berkira. Saya anggap macam keluarga saya. Jadi saya tak terlintas langsung nak memikirkan benda-benda yang macam tu. Memang saya rapat , saya bagi tau. Dan memang selalu kami punya….kadang datang rumah , saya pun kadang tidur situ , anak saya pun tidur di situ. Memang rapat, jadi saya tak terfikir sampai ke arah…….saya pun tahu Che Yahaya, rumah orang lain mana saya buat macam tu. Pasal saya fikir pasal rapat. SAYA PUN SEGI HUKUMNYA ORANG TAK
ADA RUMAH, SAYA PUN TAHU. Tetapi saya tak terfikir sampai begitu sekali . Haaa… mungkinlah benda tu KESALAHAN SAYA, SAYA PERGI RUMAH ORANG BEGITU . Tetapi saya menganggap pergi rumah orang pasal hubungan saya dan saya tak ada terasa apa . Itu saya tahu. Pasal saya memikir dia punya keakrapan tu. KALAU SAYA NAK BUAT BENDA BAIK SAYA TAK AKAN PERGI BENDA MACAM TU. Saya akan……..ni pintu semua terbuka.


Soalani: So… secara keseluruhannya Che Mad menafikanlah segala tuduhan …

Mad Radhi: Saya menafikan benda ni macam ni.

Soalan Azhar Ali: Perkara-perkara yang disebutkan Cik Hashimah itu tidak berlaku kecuali ……….???? (audio tidak begitu jelas )

Mad Radhi: Haaa… tak ada. Itupun saya terkejut dapat berita ni daripada Che Daud mengatakan saya baring dan tambah buka coli, saya terperanjat

SAMPAI TAKAT NIH AJE SI PAK KADUK NIH TULIUS.. DIA TAK HABISKAN… MUNGKIN SEBAB SDR AZHAR BANYAK MENUJUKAN SOALAN – SOALAN YANG LEBIH MEMIHAK KEPADA PIHAK GU DAN AKAN MENUNJUKKAN GU NIH SEBENARNYA INNOCENT. SO, SEBELUM DIRI SENDIRI KANTOI.. BAIK DIA STOP CEPAT2… AGAKNYA LA..


ANYWAY, TRANSKRIP NIH BELUM LAGI DI PASTIKAN KEBENARNANYA MUNGKIN SI PAK KADUK ADA BUAT PENAMBAHAN ATAU PENGURANGAN UNTUK MANIPULATE THE TRANSCRIPT TO WHAT HE BELIEVES IN...

BUT THE TRANSCRIPT IS A GOOD READ... WITHOUT THE COMMETS MADE BY PAK KADOK, THE WHOLE QUESTIONNING SESSION CAN BE SEEN IN A DIFFERENT LIGHT. FRANKLY, I FEEL THAT GU HAS BEEN VERY2 CONSISTENT ALL THIS WHILE.. APA YAG DIA CERITA KAT SAYA ADALAH SAMA DENGAN APA YANG DITERANGKAN KEPADA PIHAK MKK DAN AJK2NYA.

CUMA ORANG YANG ADA PRECONCEIVED IDEA ON GU JE AKAN MELIHAT KENYATAAN DIA NIH SECARA NEGATIF. KALAU KITA LIHAT OBJECTIVELY, LAIN PULA CERITANYA.