Tuesday, January 23, 2007

Menjaja Nama Ustaz

Lama sudah saya tak menulis dalam blog saya nih. Nak kata apa, udah sebok bertimpa – timpa. Hati tu memang nak menulis, tapi apa kan daya, masa tak membenarkan. Despite all that, I am glad that there are many sympathizers to GU’s cause. Even when I am not writing anything, there are those who are volunteered to contribute their ideas in defence of GU.

I recently received quite a good article from an acquaintance. All this while he has been on the sidelines observing. For some reason, he finally took the initiative to give his views on what has been happening. Let us see what he has to say:



Menjaja Nama Ustaz Secara Haram


Pertama sekali ingin saya maklumkan para pembaca bahawa saya bukan Suwabara-cerita-ceriti, sekadar menumpang blog beliau. Setelah melihat keadaan pergerakan silat ini sejak akhir-akhir ini, saya berasa sedih atas kemelut yang melanda dan perlanggaran batas-batas perlakuan profesional yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sejak kebelakangan ini saya rasa sedih melihat Pak Kaduk, Big Guy, Linda dan tidak dilupakan cekakhanafi.com memukul canang menjaja nama dan gambar-gambar ustaz Hanafi untuk kepentingan pengaruh mereka. Pada masa yang sama menggunakan nama dan wajah Ustaz Hanafi untuk mencemuh seluruh waris Ustaz Hanafi. Seolah-olah, cara mereka halal atas matlamat mereka yang hendak dicapai. Ada secara menggunakan web dan secara lisan.

Dahulu ada antara juga waris Ustaz Hanafi yang mereka kecualikan kerana disangkakan berpihak kepada mereka. Tetapi setelah mendapati yang waris tersebut sebenarnya tidak menyebelahi mereka, mereka pun turut mencemuh waris tersebut. Hujungnya, seluruh waris Ustaz Hanafi dicemuh. Maka timbullah istilah ”Bani Hanafi” yang tak henti - henti dicemuh dan difitnah tanpa penghujung. Hanya Ustaz Hanafi yang terkecuali kerana Ustaz Hanafi sudah meninggal, mana mungkin dapat mengeluarkan kenyataan umum membangkang mereka.

Mereka ini mencemuh waris ustaz tapi pada masa yang sama mengambil kesempatan ke atas populariti dan kredibiliti ustaz.

Maka kita pun tertanya-tanya, apakah apa yang mereka lakukan ini mengikut etika profesional?
Bagaimana dari sudut sivil? Apakah yang mereka berhak melakukan semua ini?

Sudahkah mereka mendapat nasihat perundangan sebelum mereka melakukan perkara ini?

Pada kebiasaannya sama ada di dalam negeri mahupun antarabangsa, nama dan identiti seseorang individu merupakan hak mutlak seseorang itu. Sebarang rujukan terhadap nama tersebut hendaklah dilakukan dengan izin pemegang identiti tersebut. Jika tidak, pemilik identiti tersebut boleh menyaman pihak yang mengambil kesempatan tersebut. Ini penting bagi mengelak pihak-pihak lain mengambil kesempatan atas kelebihan identiti tersebut lebih-lebih lagi dari aspek populariti atau reputasi individu tersebut.

Persetujuan tersebut mestilah persetujuan dua-hala(bilateral), berdasarkan faedah yang dikongsi bersama oleh kedua-dua pihak secara material/kewangan atau bukan material. Jika mana-mana pihak melanggar persetujuan yang melibatkan kerugian atau pemangsaan sebelah pihak, maka pihak mangsa berhak menuntut ganti-rugi ataupun injunction(perintah penghentian serta-merta oleh mahkamah) atas kegunaan identiti tersebut.

Maka persoalan timbul, apa terjadi jika si empunya identiti sudah meninggal dunia?

Selalunya pihak penasihat komersil akan menasihati supaya penggunaan itu dihentikan, melainkan mendapat persetujuan waris pemilik tersebut. Ini bagi mengelakkan tuntutan hak oleh pelbagai pihak lebih-lebih lagi pihak waris sah. Jika terdapat pengecualian ianya hendaklah boleh dibuktikan secara terang dan jelas lebih-lebih lagi secara bertulis daripada individu tersebut atau waris terdekat supaya sebarang penggunaan nama bebas dari konfrontasi tuntutan hak. Kedudukan waris TERDEKAT diutamakan atas dasar merekalah penanggung secara terus atas segala implikasi. Mereka ini tidak boleh bersara dari kedudukan mereka mahupun lari daripada dikaitkan dengan identiti si mati.

Dalam kes ini, kita dapati pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan identiti yang merujuk terus kepada diri Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad untuk fungsi libel(hebahan yang menyebabkan ”damage/kerugian) ke atas waris-waris terdekat Allahyarham Ustaz Hanafi.

Perbuatan ini seolah-olah mengundang komplikasi sivil yang amat serius. Justeru sebagai ahli-ahli pergerakan ini, kita bertanggungjawab mempersoal tindakan tidak profesional ini yang membahayakan pergerakan dan perjuangan silat ini.

Oleh itu saya menyeru, kita semua sebagai pejuang-pejuang pergerakan ini menolak kepimpinan barisan mereka yang bertanggungjawab dalam tindakan yang tidak profesional ini kerana membahayakan persatuan. Seharusnya mereka yang memegang kuasa eksekutif sedia maklum atas implikasi keputusan eksekutif mereka supaya bebas dari elemen salah-tadbir (mismanagement) seperti ini.

Tandukrusa