Monday, February 12, 2007

Taksub Pulak

Seperti biasa Big bodoh guy tanpa henti – henti meneruskan propopganda dengan memburuk – burukkan GU. Alhamdulillah, setakat ini apa yang saya dengar adalah ramai antara puak – puak yang neutral dah naik menyampah dengan tulisan – tulisan yang dikeluarkan kat Pak Kaduk, Big Bodoh Guy dan sekutu – sekutunya. Mana tak, ceritanya lebih banyak mengarut dari fakta. Penuh dengan manipulasi dan juga provokasi yang langsung tak menymbang kepada penyelesaian masalah dalam persatuan kita ni.

In a recent entry, beliau menyentuh pula pasal isu taksub. Kalau sebelum ini dia cerita pasal bab sangat, kini dia bercerita bab taksub pula.

Dalam tulisannya Big Bodoh Guy telah menuduh pejuang – pejuang kebenaran sebagai mereka yang taksub dengan GU. Para pengikut ini juga dikatakan telah buta kerana terkasima dengan kehebatan GU kita ini. Bagi saya ini tak lebih dari statement merapu yang tak lebih dari assumption yang dia buat tanpa soal selidik terlebih dahulu.

Cuba tanya mereka yang menyokong GU kenapa mereka bertindak untuk menyokong beliau? Ada yang main ikut buta aje? Adakah mereka tidak diberi peluang untuk mendengar cerita belah sana? Rata – rata kalau kita tanya mereka ini mereka akan mengatakan kenapa mereka menyokong GU adalah sebab mereka tidak yakin dengan tuduhan – tuduhan yang telah dilemparkan terhadap GU. And, the sequence of event that was engineered by puak penentang ini jelas menampakkan adanya foul play that is meant to ensure that GU digulingkan dari jawatan GU nya. Tindakan para penyokong yang ada sekarang ini tak lebih daripada hanya untuk membela orang yang tak bersalah dan ianya dilakukan secara rasional selepas memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Kita bukannya ikut buta tuli. Kitaorang ada akal. Tak bodoh macam hang.

Pengalaman semasa zaman Pak Ak dulu dah cukup untuk mengajar kami supaya tidak taksub terhadap GU. Benda nih bukannya dah lama sangat berlaku pun. Kami tahu apa dia taksub dan apa dia taat. Maksud taksub tu adalah kalau dah tahu Guru tu salah, tapi kita tetap nak ikut dia. Itu maksud sebenarnya… tapi kalau la orang tu betul dan kita ikut dia… itu tanda taat. Masalahnya sekarang, adakah Gutu itu bersalah? Apakah tatacara penyiasatan dan perbicaraan yang kita dok dengar selama ini dapat meyakinkan yang Guru tu bersalah? So, kalau la tak de bukti yang kukuh yang mengatakan dia bersalah, adakah kalau kita mengikut Guru ini, kita tergolong dalam golongan yang dikatakan taksub?

Ada juga beberapa dakwaan yang lain yang kita boleh baca. Antara dakwaannya adalah berkenaan Imam Mahdi. Dan seperti biasa, beliau mengatakan benda nih sumber sohih… piraaah… Sepanjang saya bersama GU tak pernah saya dengar dia kata dia tu Imam Mahdi. Cuba la tanya orang – orang yang rapat dengan dia juga.. tak de pun cerita nih tak payah la percaya.

Kekadang nih, geng big bodoh guy ni suka buat tanggapan sendiri. Tak tahu la kenapa diaorang nih boleh jadi macam nih. Mungkin sebab hati tu busuk sangat. Hitam.. kelam macam kulit si Daud Setan tu maka semua benda kena cakap direct. Tak boleh main kias – kias. Bila kias sikit je mula la dia pandai – pandai buat keputusan sendiri.. padahal apa yang GU cakap tu maksudnya lain. Hujungnya jadi la cerita – cerita yang pelik yang keluar dari mulut diaorang ni. GU ada jumpa Jibril la, imam mahdi la.. Macam – macam lagi benda mengarut.

Big Bodoh Guy ni mendakwa yang tandakan penyokong GU ini saling tak tumpah macam tindakan penyokong – penyokong Pak Ak dulu. Tapai kalau kita perhatikan.. diaorang nih pun apa kurang nya. Kalau masa zaman CM dulu AJK Pusat telah bertindak menolak Che Mat sebagai GU, MMK pun buat benda sama jugak. Kalau dulu AJK pusat Telah Gagal menyelesaikan masalah berkenaan GU ini secara adil, MMK pun gagal nak menyelesaikan secara adil jugak. Kalau dulu orang – orang tertentu dalang nak jatuh kan Pak Ak sekarang pun orang yang sama juga nak jatuh kan GU. Bukan semua ni serupa jugak ke?

Tapi diaorang sekarang nih dah raise the benchmark berbanding dengan masa krisis dalam CM dulu. Pak Ak tak buang Ijazah, tapi geng Big Bodoh Guy nih buang ijazah. Pak Ak dan Geng dia tak hina Mak Teh dan keluarganya.. tapi Big Body Guy dan gengnya hina sampai tak ingat dunia. CM berguru dengan orang yang hidup (ye la Pak Ak tu kita tak la mengaku dia guru.. tapi dia hidup la jugak) Tapi diaorang nih berguru dengan orang yang dah mati. Cukup la.. buat pe nak gi kat orang yang dah tak de… masa dia dah tamat.. tugas dia dah habis.. kalau tugas dia tak habis, tak de pengganti, apa ingat Tuhan nak tarik dia balik ke?

Tergelak Sangat - Sangat

Tergelak pula saya membaca blog entry big body guy yang terbaru tentang isu sangat.

Seperti biasa, geng – geng diaorang nih tak kerja selain dari mencari kesalahan orang. Diaorang nih nampak macam terlalu ghairah nak mencari kesalahan GU. Terlalu SANGAT sampai nampak macam seolah – olah dia dan juga mereka – mereka yang berada dibelakang big body gay… oops sori… big body guy nih dah hilang pertimbangan rasional bila menulis.

Kalau anda nak melihat penyakit SANGAT yang big body guy cakap tu.. you do not have to go far.. tengok saja la blog Pak Kaduk dengan big body guy tu.

Siapa yang rajin update blog diaorang dengan cerita – cerita fitnah dan juga pelbagai dakwaan palsu tentang GU? Bukan geng Pak Kaduk, Big Body Guy dan sekutu – sekutu dia?

Cuba bandingkan bilangan entry antara puak penentang dengan pihak yang menegakkan kebenaran. Siapa lebih banyak? Siapa yang bangga menulis bahawa usage untuk blog dia dah sampai maximum? Siap letak kat awal blog dia lagi… siapa? Siapa yang tiap – tiap hari menulis tanpa jemu kat blog dia?

Bukan Big Body Guy ke?

Dan bukan kah semua ini tanda SANGAT?

Saya nih kalau nak cari kesalahan orang takat satu dua tu boleh la…. Tapi kalau nak buat macam diaoang nih… dari pertengahan tahun lepas sampai la nih dok cari salah orang… saya memang tak larat la. Bukannya senang nak jaga tepi kain orang nih. It needs commitment… it needs…. OBSESSION..

OBSESSION is a variant of penyakit SANGAT la… tengok je la peminat – peminat yang obsessed dengan penyanyi pujaan dia… macam org gila kan?

Anyway…

Big Guy ada jugak menyentuh pasal penggunaan gambar GU yang telah membawa kepada taksub. Bagi saya ini satu dakwaan yang mengarut. Tak silap saya bukan ke penggunakan tersebut telah dijalankan dengan persetujuan MMK? Kalau nak persoal sangat, persoal la dalam meeting MMK. Jangan la nak bising kat blog tu. Kenapa nak persoal sekarang? Kenapa tak persoalkan masa time tengah elok dulu?

Lagipun, seingat saya, tujuan sebenar kenapa imej GU telah digunakan adalah untuk menjadikan dia ikon promosi kita. Ini adalah kerana,ramai orang luar dan mereka yang ingin mempelajari Silat Cekak tak tahu membezakan antara CH dan CM. Kekeliruan ini was many times taken advantage by CM untuk hijack ahli – ahli baru Silat Cekak Hanafi. Dengan mewujudkan satu ikon maka kita harap kita akan dapat mengurangkan kejadian seumpama ini dari berulang.

Itu je alsan dia… kenapa Big Body Guy nak pusing isu nih macam apa dia tulis tu? Adakah ini kerana penyakit SANGAT?

Selain daripada itu, dia pun menyentuh pasal isu salam dan cium tangan. Bagi saya, apa salahnya kalau orang nak buat macam tu sebagai tanda hormat. Dari segi syarak pula, tiada hadith mahu pun ayat quran yang menunjukkan bahawa ianya haram. Cuma ada pendapat yang mengatakan bahawa ianya patut dielakkan diantara bukan muhrim atas dasar warak atau mengelak fitnah. Ada pula yang berpendapat bersalaman antara bukan muhrim tak pe kalau ia tidak melibatkan nafsu. Dan, ada pendapat pula yang menggalakan mencium tangan terutamanya kepada orang – orang tua atau pun orang yang berilmu atas dasar mengambil berkat.

So kalau nak kata cium tangan tu taksub bukannya satu tanggapan yang tepat… … Cuma orang yang mempunyai tanggapan yang buruk aje akan berfikian yang bukan – bukan.

Ustaz Hanafi mengelak dari berbuat demikan adalah kerana itu adalah cara dia mengangai isu taksub pada masa zaman dia. Zaman GU pula gejala taksub ni ditangani dengan cara yang lain pula. Lain zaman, lain la caranya. So kalau nak bandingkan apa Ustaz buat lebih 20 tahun dulu dengan sekarang is not fair and its not apple to apple.

Satu lagi isu yang saya nak sentuh adalah pasal istilah “orang lama”. Saya musykil la istilah orang lama yang digunakan oleh big bodoh guy nih. Siapa sebenarnya orang – orang lama yang dimaksudkan ini. Adakah la istilah ini melibatkan orang – orang yang pernah belajar zaman Ustaz? Atau yang rapat dengan ustaz?

Big bodoh guy ni ada mendakwa yang orang – orang lama ni ada bermacam – macam ilmu.. seolah – olah semua ilmu ustaz hanafi diaorang nih ada.. kalah ilmu GU kita sekarang ni. Kalau la orang istilah orang – orang lama merujuk kepada mereka yang belajar masa zaman ustaz hanafi dulu? Adakah bermaksud mereka yang menyokong GU sekarang ini juga belajar silat cekak dengan ustaz hanafi mempunyai ilmu seperti mereka juga? Adakah ini termasuk Pak Ak sebab Pak Ak pun belajar zaman ustaz? Bagaimana pula dengan Abg Yang ataupun Pak Cik Kecik? Diaorang ada juga ke? Patutnya diaorang lagi la hebat sebab diaorang nih belajar sekali dengan ustaz masa zaman Pak Ya dulu.

Atau, orang – orang lama ini hanya merujuk kepada Amruddin, Bai, Khalid, Tole, Joe Marwi dan sekutu – sekutu big bodoh guy nih?

Kalau dia nih merujuk kepada golongan – golongan tersebut, alamatnya istilah “orang – orang lama” nih tak lebih daripada cara untuk duped us into thinking that “orang lama” ni la lagi hebat dari semua orang lain dalam silat cekak sekarang ni.

Buat pengetahuan, antara orang – orang yang diistilahkan orang lama nih bukannya semua ilmu ustaz yang dia dapat. Ada sorang dari “orang lama” ni.. rupa peluru emas pun dia tak tahu macam mana. Dia dapat tahu pun dari GU. Ada jugak yang ambil syair (ahlul bait dgn syair kat makan rasulullah) dari GU.. walhal dia tahu Ustaz ada benda tu cuma ustaz tak bagi kat dia. Ada pulak.. ayat belayar langsung pun tak pernah dengar. Sampai dia boleh tuduh yang GU buat ajaran baru padahal, ayat belayar tu ustaz bagi kat orang – “orang lama” yang lain dan benda tu di tulis oleh Ustaz Hanafi sendiri. Macam mana benda tu boleh jadi ajaran baru sedangkan Ustaz sendiri yang tulis?

So, jangan la kita makan sangat cerita yang orang – orang lama nih ada macam – macam. Sesetengah “orang lama” nih harap je lama tapi satu habuk pun tarak… harap lama je..

Monday, February 05, 2007

Dah tak sabar nak jadi Guru?

As you might have already known, GU telah pun panggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis. And, not like what Pak Kaduk said in his blog, dia tidak digari semasa beliau dipanggil. Beliau telah dijemput secara baik oleh pihak polis untuk direman. Beliau pun telah dibebaskan pada hari Isnin yang lepas.

Ada banyak juga cerita yang ingin disampaikan berkenaan kes penahanan GU nih. tapi saya telah dinasihatkan oleh para sahabat untuk berdiam diri sahaja. Memandangkan kes ini telah pun berada dalam tangan polis adalah baik bagi kita to let the due process to run its course. Kita tengok saja lah 12 haribulan nanti macam mana kesudahannya.

Pak Kaduk juga ada mengatakan bahawa GU telah dibebaskan atas jaminan polis. Kalau benarlah apa yang dia kata, maka ini membuktikan bahawa kes ini longgar di mata polis. Kalau la kes itu kuat maka sudah semestinya tempoh reman akan menjadi lebih lama dan jaminan bukannya setakat jaminan mulut.

Sebenarnya, perkara ini lah minta oleh banyak pihak terutamanya mereka yang neutral dan sepatutnya telah dilakukan lebih awal. Ini kerana seolah – olah kemelut yang melanda persatuan ini nampak sepeti tiada kesudahan. Ramai berharap yang supaya penyelesaian segera dapat dicapai so that the persatuan can move on to do more productive things rather than engage in useless bickering. Moga – moga dengan terlibatnya pihak polis, yakni satu pihak yang neutral dalam kes GU ini, we would come to a closure to this unfortunate episode dalam lipatan sejarah Silat Cekak.

Sebelum itu, perlu diingatkan yang the main reason why I and I believe majority of penyokong GU sekarang ini bertindak untuk menyokong GU. Rata – rata mereka ini menyokong atas sebab mereka amat tidak berpuas hati terhadap tatacara pengendalian perbicaraan dan penyiasatan yang telah dianjurkan oleh pihak MMK yang nampak terlalu berat sebelah dan tidak telus. Banyak perkara – perkara yang telah dilakukan ini bersalahan dengan prinsip natural justice yang dipakai secara meluas oleh badan – badan yang melakukan domestic enquiry dan juga mahkamah.

Bukannya kita nih tak mahu menerima yang GU tu boleh buat jahat. Selain para nabi, tak de manusia yang maksum. GU sendiri pun mengatakan bahawa dia bukannya maksum dan tidak layak untuk mencapai taraf maksum. Tapi, sebagai seorang manusia yang berfikiran waras, naluri kita akan menuntut pembuktian terhadap apa juga dakwaan yang dibuat oleh mana – mana pihak. Dalam kes GU ini, apakah bukti yang menunjukkan dengan jelas bahawa GU itu bersalah?

Apakah cukup sekadar satu pengakuan bersumpah dari budak 16 tahun sebagai bukti? Atau cuma pengakuan GU yang dia memasuki rumah Asnawi tu cukup untuk meyakinkan semua orang? Masuk tak semestinya buat… Adakah benar budak 16 tahun tak boleh menipu?.... Banyak lagi benda – benda yang dipertikaikan.. banyak betul… tak perlu la saya ulang semuanya sebab kita semua dah sedia maklum.

Oleh kerana bukti yang digunakan oleh pihak MMK untuk menghukum GU itu amat flimsy, maka kita menolak keputusan yang telah dibuat oleh pihak MMK ini. Tambahan pula, banyak perkara – perkara yang kurang menarik berlaku in the background yang telah dilakukan oleh pihak – pihak tertentu yang menambahkan lagi keyakinan sesetengah pihak akan kebenaran pihak GU. Misalnya penghantaran SMS yang dipenuhi kata – kata kesat dan lucah kepada pihak yang rapat dengan GU, cubaan pihak tertentu untuk memecah belahkan pihak keluarga Ustaz, kemunculan blog – blog yang tak henti – henti menghina keluarga Ustaz dan GU dan kegiatan melobi ahli – ahli LPT dan orang – orang lama oleh pihak ahli jawatankuasa kehakiman dan penyiasatan bagi memastikan GU bersalah merupakan beberapa perkara yang dilihat sebagai perkara yang menampakkan lagi pihak mana yang sebenarnya berada di pihak yang benar dalam kemelut yang melanda persilatan kita ini.

Baru – baru ini kita disaji dengan pelbagai info – info pelik dari Pak Kaduk. Baca saja lah blog Pak Kaduk tu. Kita boleh nampak one elaborate propaganda going on. Dalam dia cuba nak menaikkan Amruddin jadi guru. Mereka juga ingin mempengaruhi para pembaca behawa segala tradisi atau peraturan yang telah ditetapkan dalam Seni Silat Cekak ini boleh diubah. Seolah – olah benda yang dibuat itu tanpa asas dan sebab. Antara benda yang paling pelik diperkatakan oleh Pak Kaduk ialah mandat perguruan Silat Cekak ini berada dalam tangan MMK.

Kita pun faham kenapa mereka jadi macam ni. Sebenarnya puak belah sana tu dah desperate. Ye la, dulu janji nak ada guru baru dalam masa 40 hari. Sekarang dah nak masuk 6 bulan habuk pun tarak. Ahli – ahli kelas dibawah naungan mereka dah mula resah. Plan untuk menaikkan Amruddin pun tak dapat nak dijalankan sepenuhnya sebab ramai lagi ahli – ahli yang tidak yakin dengan kemampuan dan kelayakkan Amruddin untuk menjadi Guru walaupun jentera propaganda telah giat berjalan. Tambahan pula mereka juga serba salah untuk melantik Amruddin tanpa mandat kerana masa zaman krisis dengan Pak Ak dulu, diaorang nih juga yang beriya – iya mempertahankan sistem penyerahan mandat dalam memastikan seseorang itu boleh menjadi Guru atau tidak.

Akibat terlalu banyak halangan untuk merealisasikan cita – cita mereka untuk menaikkan Amruddin, maka akhirnya mereka bertindak dengan menjalankan kelas – kelas dibawah mereka ini tanpa ijazah. Benda nih dibuat kerana kononnya kita nih berada dalam keadaan darurat. Setakat ini, kelas kelas yang diketahui menjalankan pengambilan ahli baru dan peralihan peringkat tanpa ijazah adalah UKM, UTMKL dan beberapa kelas di Pahang dan Terengganu.

Ini lah dia kerja orang – orang yang kononnya mengatakan yang mereka itu mempertahankan ajaran Ustaz Hanafi. Ustaz Hanafi selama hayatnya tak pernah membenarkan orang belajar silatnya tanpa ijazah walau macam mana darurat pun keadaannya. Kalau dia sakit atau ada masalah, ijazah akan ditangguhkan. Paling kurang pun dia akan bersalam dengan pelajar – pelajar baru yang ingin belajar silat semasa beliau sakit sebagaimana yang terjadi kepada kelas ITM satu masa dahulu. Kalau kita kaji sejarah Silat Cekak ini pun, bermula dari zaman Panglima Ismail sampai kini tak pernah ada satu guru pun yang membenarkan orang belajar tanpa mengadap guru terlebih dahulu. Pak Ak sendiri pun tak buang sistem pengijazahan sebagaimana mereka yang menggelarkan diri mereka penyambung ajaran Ustaz Hanafi ini buat.

Mungkin pihak dibelah sana akan mengatakan bahawa tindakan ini terpaksa dibuat kerana imej GU sekarang ini dah terlalu buruk. Kalau itu lah alasannya, maka ia merupakan satu alasan yang tak masuk akal kerana kalau nak dibandingkan jahatnya perangai semua guru – guru yang ada dalam silat cekak ini, tak de siapa yang boleh melawan jahat Pak Ya. Sebagaimana yang saya pernah ceritakan dahulu, Pak Ya ni, kalau nak banding jahatnya dengan benda yang dituduh kat GU sekarang ini, macam langit dengan bumi. Tapi adakah Ustaz Hanafi cuba untuk menjatuhkan dia? Atau memburuk – burukkannya dikhalayak ramai? Atau menjalankan kelas tanpa ijazah dari Pak Ya? Tidak. Sama sekali tidak. Ustaz bukan hanya bersabar dengan perangai Gurunya malah mencuba sedaya upaya untuk menjaga imej Gurunya. Walaupun dia tahu yang Gurunya tu tak baik. Tapi, adakah perkara yang sama kita nampak dari mereka yang kononnya mempertahankan ajaran Ustaz Hanafi ini?

Hampeh… habuk pun tarak….

Ada pula yang mengatakan bahawa selama ini sistem ijazah itu dijalankan kerana ianya satu adat. So, memandangkan ianya hanya satu adat, maka kita boleh ubah benda tu ikut suka hati kita. Tambahan pula, kata mereka, GU kita sekarang ini sebenarnya tak de mandat kerana Pak Ak dulu pun tak de mandat. Ini disebabkan tiada bukti yang mengatakan yang Pak Ak itu pengganti Uataz. Oleh kerana tiada bukti maka tiada la mandat. Maka mandat sebenarnya ada kat orang lama ataupun MMK.

Bagi menjawab persoalan pertama, seperti yang saya katakan tadi, semua perkara yang kita buat dalam silat ini ada sebabnya. Kita bukan buat sebab kita suka – suka buat. Kalau la masjlis ijazah dalam silat ini merupakan kerja sia – sia, dah lama dah Ustaz buang majlis ijazah ini dari silat cekak.

Semua orang sedia maklum yang Ustaz buat banyak perubahan dalam dalam silat ini. Perkara – perkara yang dirasakan tak perlu, Ustaz akan buang atau membuat perubahan. Satu contoh yang baik adalah perubahan jumlah buah dari 28 kepada 21. Kita pun semua tahu yang jumlah buah ini dikurangkan kerana pada pendapat Ustaz terdapat beberapa buah – buah yang membahayakan pengguna dan membazir masa untuk digunakan oleh para pengamal silat ini. Maka buah – buah tersebut telah digugurkan oleh Ustaz.

Dari sini kita boleh nampak, secara tidak langsung, falsafah yang dipegang Ustaz dalam menjalankan silat ini. Yang mana beliau tak suka simpan perkara yang sia – sia dan tak berfaedah dalam silat ini. Hanya perkara yang penting dan benar – benar perlu sahaja disimpan untuk diajarkan kepada anak muridnya. Falsafah yang sama juga dibawa dalam menilai keperluan majlis pengijazahan. Kalau la benda tu sekadar adat dan tak membawa apa – apa faedah, dah lama Ustaz buang benda nih dari silat.

Dan, di dalam menilai keperluan majlis ijazah, Ustaz telah mengkaji sedalam – dalamnya kesemua aspek berkenaan ijazah yang ada dalam silat ini. Berpandukan ilmu dari pelbagai bidang dan terutamannya dalam bidang agama yang beliau pelajari selama berpuluh tahun beliau nampak banyak kelebihan yang boleh dicapai dalam mengekalkan sistem pengijazahan dalam silat cekak berbanding membuangnya terus dari silat ini.

Oleh itu, kalaula ada pihak, terutama yang bukan ada tauliah atau mandat untuk menjadi GU, bertindak untuk tidak mengijazahkan para penuntut sebelum mula mempelajari silat, maka ini secara tidak langsung merupakan satu usaha yang boleh dianggap menghina Ustaz Hanafi kerana diaorang ni dengan sewenang – wenangnya boleh mengubah perkara – perkara dalam silat ini yang telah bersusah payah dipertahankan oleh Ustaz Hanafi. It is also indirectly saying that diaorang ni lagi pandai dari Ustaz.

Sudah la tak de mandat.. kalau ada tak pe jugak… ini kerja orang yang setengah mati nak buat elok – elok dengan senang je dia ubah… semata – mata kerana benda yang dibuat tu tak ikut selerea diaorang.

Bagi dakwaan yang konon GU sekarang ini tiada mandat kerana Pak Ak dahulunya pun tak de mandat pula. Saya berpendapat bahawa ini merupakan satu dakwaan yang sengaja dibuat – buat oleh puak belah sana to justify their malicious and unscrupulous actions. Bukannya diaorang tak tahu yang sebelum Ustaz meninggal, Ustaz ada memberi bayangan akan individu – individu yang akan bakal menggantinya bila beliau tiada nanti kat Cikgu Rauhi dan beberapa orang lain di Ipoh. Dah puas benda nih diorang canang masa zaman krisis dengan Pak Ak dahulu. Kalau kita tengok VCD Menegak Kebenaran (yang diterbitkan oleh geng – geng yang rata – ratanya semua berada dibelah sana) pun ada jugak menceritakan apa siapakah pengganti Ustaz sebenarnya.

Kalau kita kaji dari segi bukti, kita akan dapati kalau dibandingkan jumlah bukti yang menunjukkan bahawa Pak Ak dan Che Mat menjadi Guru Silat Cekak selepas Ustaz berbanding dengan bukti mengatakan mandat perguruan ini berada dalam tangan MMK, ada lagi banyak bukti yang menunjukkan yang menunjukkan kedudukan Pak dan Che Mat sebagai pengganti berbanding sebaliknya. Bukti mandat berada dalam tangan MMK habuk pun tarak. Bukannya takat cakap mulut.. orang terpikir pun tidak.

Kalau la benar MMK ini merupakan kumpulan yang mewarisi silat cekak maka MMK yang ada sekrang ini pun sebenarnya tak de mandat seperti yang di dakwa mereka. Kalau kita ingat semasa permulaan krisis dalam CM pada tahun 1993 dahulu. Selepas Che Mat mengambil mandat dari Pak Ak. AJK pusat pada waktu itu telah memutuskan untuk menolak Che Mat sebagai Guru Utama dan menetapkan Pak Ak sebagai Guru Utama atas alasan yang kita sudah sedia maklum. Kalau kita ikut pendapat yang telah diberikan oleh Pak Kaduk ini, maka keputusan yang telah dibuat untuk mengekalkan Pak Ak sebagai GU adalah sah. Ini kerana, pada waktu itu, mana ada MMK? Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi pun tak de jadi, nak ada MMK amende? So, naturally mandat pada masa tu sebenarnya ada dalam tangan jawatankuasa pusat kerana pada masa itu jawatan kuasa pusat memikul tanggugjawab yang sama seperti MMK kita sekarang ini. Adakah ini bermaksud Pak Ak… ye Pak Ak… masih lagi GU yang sah? Kat mana kita nak letak mandat yang ada kat MMK ini jika sebenarnya Pak Ak masih lagi guru yang sah? Kita juga perlu ingat yang MMK ini ujud kemudian dan Ustaz Hanafi tak pernah pun menerajui MMK. At least dalam kes Jawatankuasa Pusat PSSCM, Ustaz Hanafi pernah menerajui PSSCM satu masa dahulu. Kat mana the connecting point that we can conclude that MMK telah mendapat dapat mandat dari Ustaz Hanafi?

So, cerita Che Mat tiada mandat perguruan dan mandat berada dalam tangan MMK ini tak lebih dari cerita dongeng. We will open one big a can of worms if we were to thread the line put forth by Pak Kaduk. To me, cerita dongeng dalam bab mandat ini is more as a means to an end. Tujuannya hanyalah untuk mengaburi mata para pendokong Silat Cekak Hanafi so that bila mereka buat perkara – perkara yang jelas bertentangan dengan amalan yang dibawa oleh Ustaz, they can get away scot free with it. Tah – tah diaorang sendiri pun tak percaya cerita mengarut nih… tapi sebab dah terlajak.. alamat main jalan je la.

Sekarang ini desas desus mengatakan yang Amruddin akan akhirnya menjalankan ijazah. Perkara nih dah memang kita agak dah.. Kalau kita tengok tulisan – tulisan yang ada kat Pak Kaduk tu pun memang diaorang ni menjurus ke arah tu. So its an open book.. nothing surprise us anymore. Mungkin ini sebahagian taktik Amruddin nak jadi GU. Mula – mula dia jalan la kelas tanpa ijazah… bila ada kontroversi, dia pun boleh guna alasan sebab darurat dia nak mula ijazahkan orang. Dah tak de jalan lain katanya.

Cuma beberpa persoalan yang timbul kalau la Amrudin tu mula mengijazah. Apa la yang ko nak baca masa ijazah tu Am? Ko tahu ke apa nak nak baca? Ko tahu ke bila nak start ijazah tu? Ko tahu ke bila masa “benda” tu mai? Ko tahu ke apa tanda nak baca masa ayam tu dok menggelupur nak mati time ko sembelih?

Ko dah tanya Nasir pasal benda nih? Dah la ko membelakangkan Nasir main belasah biarkan dioarang belajar silat tanpa ijazah. Ko pun tahu how strongly Nasir feels about bab – bab ijazah nih. Dia jugak dulu yang kata benda yang membezakan silat cekak dengan silat lain tu ialah ijazah. Tapi sekarang ko main jalan je silat tanpa ijazah. Buat malu dia je ko tau…

Sekarang ko nak naik jadi Guru ikut suka ko pulak… Hentam je la Labu….