Thursday, May 24, 2007

Menegak Benang Yang Lagi Basah

As you all know, sebagaimana yang telah ditulis dalam blog Pak Kaduk, kes saman cawangan Melaka terhadap Persatuan telah pun di tunda ke bulan 8 kerana the presiding judge bagi kes ini telah pun meninggal dunia.

Apart form that, we are also waiting untuk tarikh untuk appear di mahkamah bagi kes saman GU terhadap Persatuan on the grounds of Natural Justice.

And also, siasatan terhadap GU on the grounds of mencabul masih lagi berjalan. Bila nak habis kes nih pun kita tak tahu. Kalau polis, badan yang professional dalam hal siasat menyiasat nih pun kena ambik masa yang banyak untuk mensyiasat, aku tak tak tahu la macam mana AJK penyiasatan dengan kehakiman boleh selesaikan kes nih dalam masa 40 hari.

Saya juga rasa begitu bersyukur kerana telah berjaya untuk mengemukakan fakta dan bukti – bukti yang jelas mengenai madat perguruan sehinggakan pihak dibelah sana kehilangan punca untuk menjawab bukti – bukti yang telah pihak kami pamerkan. Mereka seperti biasa, bila sudah terkantoi tu cepat – cepat mereka mengubah topic dan mencari kesalahan lain untuk dihebah – hebahkan. I think everyone is very well aware about this.

Anyway, I think I should make a short comment on what Pak Kaduk wrote recently in his blog regading mandat perguruan. Saya malas nak komen sebenarnya.. sebabnya it is pretty clear that this is just another one of the spin that pihak belah sana buat untuk mengaburi mata para ahli terutamanya ahli – ahli baru tentang mandat perguruan ini. Bagi mereka yang faham dan bukannya taksub seperti sesetengah pihak, soal mandat perguruan ini jelas siapa sebenarnya berada di pihak yang benar dan siapa pula yang tidak.

Kalau kita baca kesemua artikel – artikel berkenaan mandat perguruan yang datang dari puak belah sana kita pun sudah nampak beberapa percanggahan fakta yang telah diberikan oleh puak – puak ini..

Misalnya, kalau kita tengok tulisan Pak Kaduk beberapa bulan yang lepas, Pak Kaduk ada mengatakan bahawa mandat perguruan sebenarnya kini berada dalam tangan MMK. Maka MMK berhak untuk melantik Guru Utama baru. Tapi kalau kita baca blog dia sekarang, lain pulak ceritanya. Pak Kaduk kata MMT yang ada hak pulak.

So, yang mana satu betul? MMK atau MMT? Perlu di ingatkan bahawa ini cerita dalam satu blog nih… satu hari cerita lain.. lain hari cerita lain pulak. Benda ni bukannya dari sumber – sumber yang berlainan.

Dulu Pak Kaduk jugak yang kecoh, Guru Utama tu terbukti menipu sebab kenyataan dia kepada jawatan kuasa penyiasatan ada percanggahan. Tapi ni sekarang Pak Kaduk sendiri kasik statement bercanggah pulak apa cerita?

Pak Kaduk juga ada mengatakan bahawa mandat perguruan telah pun diserahkan kepada MMT dalam satu surat yang telah ditandatangani oleh GU sendiri pada tahun 1993 – 94 dahulu.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, saya secara peribadi menyangkal kebenarnya ujudnya surat tersebut kerana sebelum ini kita tak pernah dengar ujudnya sebarang surat yang telah di tandatangani oleh ahli MMT dan Guru Utama mengenai penerahan mandat. Kalau benar ianya ujud, kenapa tak di letakkan saya scanned copy di mana – mana blog atau laman web pihak belah sana? Saya sangsi kerana pihak dibelah sana telah banyak kali menipu dan memutar belit fakta sehinggakan kami tidak tahu yang mana benar dan yang mana palsu. Salah satu contoh penipuan dan putar belit fakta yang baik jelas adalah bekenaan kata – kata Pak Ak yang beliau tidak diberi mandat oleh Ustaz untuk menjadi Guru Silat Cekak. Alhamdulillah, berkat kebenaran yang ada pada pihak GU, kami telah berjaya membongkar penipuan ini dan pihak belah sana telah pun membisu seribu bahasa tentang isu yang mereka timbulkan itu.

Berbalik kita kepada isu surat penyerahan mandat itu tadi, saya dapati terdapat beberapa perkara yang amat memusykilkan yang perlu di highlight bagi kita menilai the genuity of claim made by pihak Pak Kaduk.

Kalau kita tengok video Menegak Kebenaran, terdapat kenyataan yang terang dan jelas daripada Setiauasha MMT bahawa proses pemilihan GU baru ini tidak melibatkan sesiapa pun melainkan Guru lama dan bakal Guru baru secara 4 biji mata. Kenyataan itu juga disokong oleh seorang lagi ahli MMT yang appear dalam video yang sama. Dan, dalam pada itu, buat pengetahuan semua, video itu telah dihasilkan oleh orang – orang yang sebahagian besarnya kini berada di belah sana sekitar tahun 2000 – 2001.

Kat sini la letaknya kemusykilan tersebut. Kalau la GU dah serahkan mandat pada tahun 1993, kenapa pada tahun 2001 nak sebok tunjuk kat semua orang yang GU kita tu sebenarnya GU yang sah. Kenapa tak cerita terus yang MMT mempunyai mandat pada ketika itu? Kenapa bila tiba sekarang lain pula cerita yang keluar? Adakah pihak MMT atau AJK yang menerbitkan VCD Menegak Kebenaran pada ketika itu telah terlibat dalam satu bentuk penipuan yang amat besar?

I do not know about you… But I feel that there is something wrong here…

Tambahan pula, semua orang tahu bahawa persoalan siapa yang mempuyai mandat merupakan persoalan pokok dalam pergerakan silat ini. Kalau kita kaji, dari mula silat ini dilahirkan semula sampai sekarang, sebahagian besar krisis yang besar dalam pergerakan ini mempunyai kaitan rapat dengan kedudukan mandat itu sendiri. Maka semua orang tahu bahwa soal mandat merupkan satu perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan buat main - main. Berdasarkan hakikat kedudukan mandat dalam pergerakan ini, adakah logic bagi satu benda yang begitu critical dalam silat ini dapat diserahkan dengan one simple letter? Mustahil!!!


Sekain daripada itu, kalau dikaji apa yang dikatakan oleh Pak Kaduk dengan lebih mendalam, kandungan surat tu (kalau benar ianya ujud la) pun tak de pula sebarang kenyataan yang jelas mengatakan bahawa mandat itu sekarang berada dalam tangan MMT. Yang ada cuma persetujuan untuk menurut keputusan MMT (GU pun ahli MMT jugak). I do not know about you, but penyerahan mandat dan menurut keputusan merupakan dua isu lain. Bersetuju menurut keputusan mesyuarat tak semestinya menyerahakan mandat. How in the world Pak Kaduk boleh berfikiran macam tu saya tak tahu. Tapi yang nyatanya tiada bukti jelas yang menunjukkan adanya penyerahan mandat dalam surat tersebut.

Memandangkan tiadanya bukti jelas maka di sini kita dapat simpulkan bahawa dakwaan yang menyatakan MMT telah diberi mandat seperti yang Pak Kaduk dapat dari membaca surat tersebut lebih bersifat inference bukannya factual.

Bagi mereka yang arif dalam bab critical thinking akan pasti tahu bahwa the conclusion derived from any form of inferences is context dependent. Kalau betul konteksnya maka betul lah kesimpulan yang dicapai.

Dari sudut perundangan pula kita akan jumpa istilah the letter of the law dan the spirit of the law. Secara ringkasnya Letter of the law bermaksud apa yang tersurat dan the spirit of the law bermaksud yang tersirat ataupun tujuan sebenar Letter of the Law. Para penggubal undang – undang juga sedia maklum bahawa tak semua perkara dapat disampaikan dalam bentuk tulisan maka mereka menuntut agar para hakim atau mana – mana pihak yang ingin mengintrepretasi apa jua undang – undang memahami hakikat sebenar sesuatu undang – undang sebelum membuat apa – apa intrepertasi.Ini adalah untuk memastkan bahawa kesemua keputusan akan dibuat dalam konteks yang betul.

Jadi bagaimana pula dengan surat yang telah ditandatangani oleh GU ini? Kita pulangkan persoalan ini kepada Pak Kaduk sendiri: Adakah pihak Pak Kaduk telah benar – benar mengkaji konteks sebenar disebalik tulisan dalam surat tersebut? Saya rasa tidak…

Sebenarnya surat (atau Akujanji) yang kononnya menjadi bukti penyerahan mandat itu merupakan satu perkara yang lazim digunakan dalam mana – mana pergerakkan pun. Banyak organisasi mempunyai directive yang serupa yakni menyeru agar semua keputusan mensyuarat hendaklah dipatuhi. Sesetengah organisasi meletakkan sebagai General Order atau pun dalam employment letter bergantung kepada kesesuaian keadaan organisasi tersebut.

Tujuan kenapa Akujanji tersebut dibuat adalah kerana pihak MMT pada waktu itu mahu memastikan bahwa tiada perpecahan berlaku diperingat MMT bagi mengekalkan perpaduan dalam persatuan. Jikalau pada peringkat itu sudah ada perpecahan, maka sudah tentu pada peringkat yang lebih dibawah perpecahan akan menjadi lebih teruk lagi sepertimana yang berlaku di dalam Cekak Malaysia pada ketika itu. Therefore, akujanji seperti ini merupakan a necessary step at that time.

Perlu diingatkan bahawa Akujanji tersebut tidak sama sekali menunjukkan bahawa mandat perguruan telah pun diserahkan kepada mana – mana pihak. MMT pada ketika itu sedia maklum bahawa mandat perguruan hanya boleh berpindah secara 4 biji mata tanpa melibatkan sesiapa pun.

Atas dasar itu juga kita dapat melihat dari tahun 1993 sehingga pada sebelumnya terbit fitnah terhadap GU yang terjadi kini, semua orang di dalam Silat Cekak Hanafi, dari MMT hingga ke ahli biasa berpegang kepada mandat perguruan berada dalam tangan En. Md Radzi Hj Hanafi. Kalau tak percaya cuba kita tengok semua bahan – bahan informasi dalam bentuk elektronik mahupun physical serta ceramah – ceramah yang telah diberikan oleh “orang – orang lama” persatuan. Kesemuanya mengatakan benda yang sama. Iaitu En. Md Radzi merupakan GU yang sah dan mandat perguruan ada padanya. Tiada perbezaan cerita diantaranya dan benda nih telah dia canangkan dan digunapakai bukannya sekejap tetapi selama berbelas tahun!

Satu cara yang lain yang boleh digunakan untuk menentukan kebenaran cerita Pak Kaduk ini adalah dengan cara perbandingan. Cuba kita bandingkan pula dokumen yang digunakan oleh Pak Kaduk ini dengan dokumen penyerahan mandat yang telah ditandatangani oleh Pak Ak pada tahun 1993 dahulu. Kalau kita tengok dokumen tersebut, terdapat catatan yang terang dan jelas bahawa mendat perguruan itu telah di serahkan oleh Pak Ak kepada En. Md Radzi. Dokumen tersebut juga diperkuatkan dengan rakaman suara dan juga saksi – saksinya sekali. Tak kira sesiapa pun… orang tua ke, muda ke, terpelajar atau tidak, bila membaca dokumen – dokumen tersebut akan mengtahui bahawa adanya penyerahan mandat berlaku diantara Pak Ak dan En. Md Radzi. Sebab apa? Sebab kandungan dokumen itu jelas dan tidak perlu dibuat apa – apa inference.

Takkan lah pada tahun 1993, a lot of effort was put in untuk mewujudkan bukti penyerahan tapi pada tahun 1994 mandat tu diserahkan dengan sewenang – wenangnya? Langsung tak masuk akal!!!! Takkan la pihak Persatuan ini bodoh sangat nak backtrack on a precedence set?

Berdasarkan hujah – hujah diatas adalah jelas kepada kita bahawa dakwaan Pak Kaduk mengenai mandat perguruan Silat Cekak kini berada dalam tangan MMT jelas merupakan satu ciptaan baru yang berujuan hanya untuk mengelirukan para ahli yang juga menjadi alasan yang remeh for them to justify tindakan keji mereka selama ini. Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembagan blog Pak Kaduk ini, perkara ini tidaklah bergitu menghairankan kerana Pak Kaduk ini memang terkenal dengan cerita sensasi yang sarat dengan penipuan. This is just another permutation of the lies that he has been spinning all this while.

Saya melihat tindakan beliau ini sebagai a failed retaliation terhadap video dan bahan bukti pihak kami tentang mandat perguruan. Say whatever you want brader but the fact remains. You guys have made repeated mistakes dalam kes GU ini. Orang ramai dah mula nampak siapa sebenarnya berada dipihak yang benar. One thing for sure its not you.

Marilah kita sama – sama saksikan bagaimana puak belah sana tu self destruct themselves…

Tuesday, May 01, 2007

Mari Tengok Lagi Sekali!!!!!!



Bak kata big body bai... fikir - fikirkan yek...