Sunday, June 17, 2007

Kunikukuciwa

Akhirnya, boleh jugak aku dapat masa nak update blog aku nih. Tapi aku tak nak cakap banyak la. Malas la mau layan puak belah sana… tak de faedah ma… isu pun banyak yang dah mengarut. Lagipun, kita pun dah berjaya buktikan yang diaorang nih semua kaki temberang…

Semuanya dah jelas depan mata.

Sementara tu, baru – baru ini pihak persatuan telah diheret ke mahkamah untuk menetapkan status quo terhadap GU. Tapi perbicaran tu telah ditangguhkan kerana pihak belah sana masih lagi terkial – kial nak menjawab afidavit yang telah dikeluarkan oleh pihak GU.

Apa ni korang? Kat blog tu bukan main lagi tulis.. boleh hari – hari update. Cerita macam GU tu penjenayah nombor satu dunia tapi takat afidavit seketul pun tak boleh balas apa dah jadi nih? Bukan si Ramliar kata kat dalam Seni Beladiri yang pihak persatuan ada ramai ahli – ahli yang memang pakar dalam bidang perundangan ke? Mana diaorang semua tu? Takkan la susah sangat nak buat hujah balas?

Ko korang takat gah kat blog je? Masuk mahkamah… semua kecut teloq..

Cakap pasal bab Lawyer nih. Beberapa hari lepas saya telah digemparkan dengan berita bahawa salah seorang dari pada lawyer yang berada dalam AJK Kehakiman (aku tatau lawyer mana.. korang kena cari sendiri) telah ditarik balik lesennya kerana terlibat dalam Criminal Breach Of Trust!!! Dalam bahasa melayunya Pecah Amanah!!!

Pergh!! Bukannya kecik – kecik anak tu. Pecah Amanah!!!

Kalau kita dok kata dia tu tak amanah tu tak pe jugak.. ini sampai Bar Council pun kata dia tak amanah. INI BIG TIME punya tak AMANAH nih!!!

Kata Ustaz kalau orang tu tak de amanah maknanya tak de la siddiq… kalau tak de siddiq jangan harap nak jadi umat Muhammad. Kalau tak jadi umat muhammad.. maka jangan harap nak cium bau syurga… kalau dah cium puntak boleh masuk lagi la tak boleh … ye tak?

Itu bukan kata – kata aku… itu kata Ustaz… ala.. guru yang hang dok agung – agungkan tu… pi la tanya dia kalau nak confirm…. Oops sori… dia dah tak de… itu la… susah berguru orang yang dah mati nih.. nak confirm kan apa – apa pun susah… tunggu dalam mimpi je la.. itu pun kalau dia nak jumpa korang…

Itu lah… lawyer yang menjadi kebanggaan si Ramliar. Siap dok canang kat seni beladiri. Berwibawa konon… ini dah kena kas pecah amanah ni apa cerita?

Saya tahu, mungkin ada setengah dari korang mengatakan bahawa lawyer tersebut masih lagi berada dalam siasatan dan belum lagi ada conviction dari Bar Council atau pun mahkamah. Dan dia nih pun kena suspend dan bukannya dilucutkan.

Itu betul, saya tak nafi kan. Tapi kalau kita ikut standard yang telah diletakkan oleh Bigguy dengan Pak Kaduk, lawyer tersebut terbukti bersalah. Sebab kalau dalam kes GU tu, diaorang boleh kata GU bersalah sebab kena tahan reman untuk membantu siasatan, apakah benda yang sama patut kita apply kat dia? Saya rasa patut.. macam tu baru la adil.

With that in mind, bukankah sepatutnya dia nih digugurkan jawatan sebab menurut perlembagaan persatuan, dia nih telah pun didapati bersalah oleh satu badan yang berwibawa. Bar Council bukannya satu badan picisan kat Malaysia nih. Their voice is big enough to influence the judicial system of the country. This is no small fry man!!!... So, apa tindakan persatuan terhadap si dia ni? Adakah tribunal akan dilaksanakan seperti yang diaorang buat terhadap GU? atau diaorang akan membisu seribu bahasa macam sekarang nih?

Looking at the events yang berlaku lately, saya tak hairan kenapa pihak Bigguy boleh mengeluarkan artikel mengenai perasaan kecewa. Kalau nak tahu, ini lah yang dinamakan Projection. Walaupun artikel tu bertujuan nak memujuk golongan diaorang tu supaya jangan kecewa, pada hakikatnya yang tengah kecewa tu diri dia sendiri. Mana tak kecewa bang…. Dari mula kes ni sampai sekarang, ada aje benda yang jadi yang tak memihak kat diaorang.

Nak pengaruh keluarga ustaz, tak jadi. Dok kempen ke hulu kehilir, sikit sangat yang ikut.
Bawak kes gi MMT, yang memula sangka sokong diaorang tetiba tukar pendirian. Lantik GU baru dengan harapan kes selesai, tapi lagi pening kepala ada la. Nak tipu semua orang kata Pak Ak tak de mandat, keluar pulak video yang menafikan dakwaan diaorang. Kasik Master Joe kena interview, Master Joe jawab tak convincing sampai orang lain kena jawab on his behalf. Ada lawyer hebat… pecah amanah pulak….

Ish banyak lagi la benda yang jadi.. korang pun sedia maklum.

Sekarang nih belah sana dok pening.. siapa la yang nak bercerita bab – bab fahaman kat ahli – ahli diaorang. Diaorang pun sedia maklum yang benda tu diaorang memang tak de. Bab silat boleh la korang kelentong…. Bab fahaman atau bab tauhid? Jangan bang.. silap haribulan korang kena macam Pak Ak dulu… satu dunia tahu yang ilmu dalam bab fahaman tu kena bersanad. Master Joe memang tak boleh nak cerita la sebab dia tu guru lantikkan.

Tak pe… korang mintak la ustaz tolong ajarkan… dia kan guru korang…

Kita tengok boleh takorang hidup berguru dengan orang dah mati.