Wednesday, July 25, 2007

Luahan Abie

Berikut adalah artikel sumbangan salah seorang member kita berkenaan mandat dan perguruan:

Mungkin apa yang abie nak sampaikan sudah agak lama dan lapuk malah mungkin juga apa yang akan abie tulis pernah di kupas atau pun di tulis oleh para sahabat yang jauh lebih arif dari abie. Cuma apa yang abie nampak ialah beberapa perkara yang selama ini bermain di fikiran abie yang mana abie merasakan perlunya ada pemikiran yang jauh lebih terbuka malah berfikiran matang dalam mencari ilmu.

Perkara yang selama ini menjadi persoalan abie ialah berkenaan dengan mandat perguruan. Semenjak abie belajar ilmu silat cekak, apa yang ditekankan kepada abie ialah berkenaan mandat ataupun sanat. Abie mengaku abie bukannya pengamal silat cekak yang lama dan abie juga mengaku yang abie kurang arif dalam bab-bab berkaitan isi dalam silat cekak. Tetapi sepengetahuan abie dari dulu lagi abie telah di dedahkan bahawa sanat perguruan yang di miliki oleh abie hingga ke hari ini merupakan sanat yang sah sejak dari zaman Panglima Ismail sehinggalah kepada Guru Utama yang sekarang. Dan sepengetahuan abie juga Guru Utama yang abie kenal sekarang tidak pernah menyerahkan mandat perguruan kepada sesiapa. Abie tahu semua ahli silat cekak maklum tentang perkara ini tetapi ada sebahagian daripada sahabat yang menafikan hak mandat atau sanat yang berkenaan. Cuma abie teringatkan satu cerita yang abie dengar daripada kalangan sahabat yang bersama dengan abie mahupun yang tidak lagi mempunyai persefahaman dengan abie. Kisahnya berkisar kepada apa yang berlaku terhadap almarhum Ustaz Hanafi di masa hayat almarhum.

Dari segi ilmu silat cekak semua maklum almarhum Ustaz Hanafi mengambil kembali mandat / sanat / ba’iah daripada En. Yayha Said. Semua sahabat juga maklum bahawa terdapat segelintir kecil penuntut yang almarhum ijazahkan telah membelakangi almarhum hingga wujudnya konflik pada waktu itu untuk menjatuhkan almarhum dan juga silat cekak secara keseluruhannya. Namun usaha itu gagal dan silat cekak berkembang dengan begitu pesat malahan bertambah hebat dengan keberkatan yang ada pada almarhum. Begitu juga selepas almarhum meninggal dunia. Selepas berlakunya penyerahan mandat perguruan terdapat sebilangan sahabat dalam silat cekak tidak dapat menerima apa yang telah berlaku hingga tercetusnya perpecahan. Sebahagian daripada sahabat berpegang teguh atas salasilah perguruan silat cekak yang mempunyai adab dan adat selain diperkukuhkan dengan bukti bahawa mandat perguruan telah berpindah dari mantan guru utama kepada pengganti yang lebih berhak sementara sebahagian sahabat sukar untuk menerima. Berlakulah perpecahan sekali lagi. Selepas sekian lama silat cekak mengalami satu lagi revolusi yang sama iaitu sebahagian sahabat masih lagi berpegang kepada mandat perguruan yang sah sementara sebahagian sahabat berpendapat penyerahan mandat / sanat / ba’iah itu merupakan isu yang lama dan remeh. Dalam dunia moden sekarang ianya tidak diperlukan. Abie pun pening juga dengan apa yang berlaku sedangkan seingat abie bab berkaitan mandat / sanat / ba’iah ini begitu dititik beratkan dalam silat cekak dan itulah benda yang pertama yang abie rasa lain pada mula-mula abie belajar ilmu silat cekak.

Abie berpendapat sejarah tidak akan berubah jika mengikut kepada konsep ilmu alam melainkan dengan izinNya sahaja tetapi apa yang berlaku tetap berlaku dan kita tidak boleh mengubah sebab setahu abie sejarah itu sebagai satu fakta yang tetap jika mengikut lunas dan panduan yang berkaitan dengan sejarah. Sebagai contoh jika di sekolah dulu abie didedahkan yang Melaka di jajah oleh Portugis pada tahun 1511 ianya masih lagi diguna pakai sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam hidup kita dan apa yang abie maksudkan hari semalam merupakan sejarah bagi satu lagi kehidupan yang cukup unik bagi kita semua. Sama juga macam apa yang abie tulis sekarang kerana pada esok hari ianya akan dikira sebagai sejarah bagi abie kerana telah menulis.

Sebelum itu abie ingin meminta maaf sekiranya apa yang abie sampaikan di atas berlainan dengan apa yang para sahabat tahu tetapi seingat abie itulah yang di ceritakan oleh semua sahabat yang mempelajari ilmu silat cekak. Yang membezakannya sama ada sahabat itu mahu menerima atau pun menafikan apa yang telah berlaku.

Jadi apa yang cuba abie sampaikan? Abie teringat beberapa kisah yang abie dengar sendiri daripada mereka yang abie kenal sepanjang abie mempelajari ilmu silat cekak bahkan hingga ke hari ini pun abie mengaku abie tidak arif dan tidak tahu secara mutlak apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam silat cekak. Semua sahabat dalam silat cekak walaupun berbeza pendapat mengakui almarhum Ustaz Hanafi seorang pemimpim agong kerana telah mengembangkan ilmu silat cekak sehinggalah ianya berkembang seperti pada hari ini. Abie dapat tahu satu cerita yang mana abie rasa ianya boleh dikaitkan dengan isu mandat / sanat / ba’iah yang ada dalam silat cekak. Jika apa yang abie ceritakan ini salah abie mohon maaf tetapi itulah yang abie tahu daripada cerita sahabat-sahabat. Salah satu cerita yang abie tahu almarhum Ustaz Hanafi pernah bertemu dengan Sheikh Abdullah Fahim dan almarhum pernah mengambil ba’iah ataupun diijazah dari Sheikh Abdullah Fahim. Seingat abie Sheikh Abdullah Fahim telah mengijazahkan almarhum dengan Selawat Syifa’ dalam pertemuan itu. Abie tahu ramai yang akan bertanya apa kena mengena antara cerita ba’iah yang disampaikan oleh Sheikh Abdullah Fahim kepada almarhum dan apa yang berlaku dalam silat cekak. Untuk pengetahuan sahabat semua kalau tidak salah abie Sheikh Abdullah Fahim merupakan salah seorang daripada ulama yang pernah hidup di tanah melayu dan beliau jugalah yang telah ditemui oleh bapa kemerdekaan kita untuk menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada waktu itu. Catitan berkenaan hidup Sheikh Abdullah Fahim pun abie dengar telah diterbitkan dan telah pun berada dipasaran sekarang.

Apa yang abie maksudkan lebih kurang begini. Semua sahabat mengakui almarhum Ustaz Hanafi bukan sahaja guru silat cekak malahan seorang guru yang arif berkaitan bab tauhid. Bila almarhum kembali mengadap tuanNya mandat itu telah diperturunkan kepada mereka yang berhak sehinggalah sekarang. Begitu jugalah dengan ilmu yang di panggil isi oleh semua sahabat yang mempelajari ilmu silat cekak. Ianya juga telah diperturunkan kepada yang hak sehinggalah sekarang. Jadi abie bertanya jika apa yang ada sekarang dinafikan oleh dua pertiga daripada sahabat yang mempelajari ilmu silat cekak bagaimana pula dengan apa yang disampaikan oleh Sheikh Abdullah Fahim kepada Ustaz Hanafi? Adakah ianya juga dikirakan terbatal atau tidak boleh di ambil kira sekiranya benar apa yang diperkatakan oleh dua pertiga daripada sahabat yang mempelajari ilmu silat cekak? Jika mandat / ijazah / ba’iah / sanat tidak penting mengapa almarhum Ustaz Hanafi mengambil kembali ilmu silat cekak daripada pemegang amanah? Dan apa perlunya almarhum Ustaz Hanafi mengambil ijazah selawat daripada Sheikh Abdullah Fahim? Dari mula abie belajar ilmu silat cekak abie telah ditekankan dengan tiga perkara yang penting iaitu ibu, bapa dan guru. Pada ibu abie diajar letaknya karamah pada bapa hikmah dan pada guru pula adanya perkataan berkat. Pada pendapat abie almarhum Ustaz Hanafi berjumpa dengan Sheikh Abdullah Fahim untuk mengambil ba’iah adalah untuk mendapatkan keberkatan yang difahami oleh almarhum. Atas sebab itu juga abie berpendapat mengapa almarhum telah mengarang satu rangkap pantun yang ada kena mengena dengan keberkatan guru dan begitu juga dengan pantun yang ada kena mengena dengan kedua ibubapa. Kalau betul apa yang dikatakan oleh dua pertiga daripada sahabat yang mempelajari ilmu silat cekak dengan menafikan berkaitan dengan keberkatan mengapa pula perlunya pemimpim agong silat cekak berjumpa dengan beberapa individu yang tertentu bagi memperolehi apa yang sepatutnya almarhum perolehi? Itulah yang menjadi satu persoalan yang agak memeningkan bila abie fikir.
Nak suruh abie tidak memikirkan perkara ini sukar juga kerana di tempat abie bertugas sekarang ini pun amat berpegang kepada sanat / ba’iah. Sehinggakan ada yang abie dengar rakan-rakan sekerja abie yang mengambil ba’iah sewaktu mereka belajar di Mesir dahulu. Pernah juga abie dengar seorang sahabat yang mengatakan pelajar yang pergi ke Mesir rugi besar jika tidak mengambil ba’iah daripada guru di sana. Setahu abie kalau dah pergi Mesir dan ambil ba’iah mestilah satu ilmu yang berkaitan dengan agama. Di luar pengetahuan abie pula kalau apa yang sahabat abie ambil ba’iah di sana lain daripada bab agama. Abie ada juga teringin hendak belajar ilmu seperti mana yang sahabat-sahabat abie arif sekarang dan pernah meminta salah seorang sahabat baik abie mengajar tetapi sahabat abie di nasihatkan oleh sahabat abie supaya berjumpa dengan sahabat yang ada mempunyai sanat dalam ilmu berkenaan. Dari sinilah abie semakin yakin bahawa sanat / ba’iah / ijazah / mandat itu satu yang perlu dalam bidang agama sekiranya kita benar-benar faham akan konsep menuntut ilmu.

Abie minta maaf jika apa yang abie sampaikan salah tetapi pada pandangan abie jika apa yang abie katakan tadi salah maksudnya apa yang almarhum rangka dan coretkan sepanjang hayat almarhum berkaitan keberkatan berguru itu pun tidaklah boleh diguna pakai. Jika begitu abie rasa biarlah kita keluarkan setiap bentuk pantun yang di cipta oleh almarhum yang ada kena mengena dengan keberkatan mahu pun yang berkaitan dengan guru. Kenapa abie kata begitu? Sebabnya apa yang abie nampak melalui mata kasar abie dan juga pemikiran abie yang kurang arif ini dua pertiga daripada sahabat silat cekak telah pun tidak mempercayai dan menolak secara mutlak hal berkaitan dengan mandat / ijazah / sanat / ba’iah.

Yang paling abie tidak faham mengapa dua pertiga daripada sahabat silat cekak yang telah menolak kaedah yang ada kaitan dengan mandat / ijazah / sanat / ba’iah dalam silat cekak masih lagi meneruskan kaedah yang sama sewaktu pengambilan penuntut baru silat cekak? Mengapa tidak dibuang sahaja majlis tersebut sekiranya masih diguna pakai dalam proses pengambilan ahli baru? Abie rasa biarlah dibuang sahaja proses pengijazahan pada penuntut silat cekak yang baru kerana abie berpendapat jika dua pertiga ahli silat cekak mengamalkan juga majlis tersebut dalam majlis maka secara tidak langsung dua pertiga sahabat silat cekak masih lagi percaya kepada sanat / ba’iah / ijazah / mandat. Pelik bukan? Tetapi itulah yang abie nampak. Tidak percaya kepada sanat / mandat / ba’iah / ijazah tetapi dalam masa yang sama masih lagi melakukan benda yang abie rasa sama dengan kaedah yang diperolehi atau diguna pakai oleh almarhum sama ada sewaktu menuntut ilmu silat cekak mahu pun ilmu agama.

Maaf sekiranya apa yang abie katakan di atas menyingung sahabat-sahabat silat cekak secara keseluruhannya. Bagi abie apa yang abie tulis ini sebagai satu luahan abie yang mana abie pendamkan selama ini. Abie pun tidak tahu hendak letak di mana apa yang abie tulis. Sekarang ini pun abie lihat sudah banyak blog yang menulis dan masing-masing pada pendapat abie berpegang pada apa yang telah diutarakan dalam blog masing-masing. Sesungguhnya abie mengaku yang abie masih baru dalam silat cekak dan ini sebagai cetusan daripada abie sendiri. Abie suka dengan apa yang disampaikan kepada abie oleh sahabat-sahabat silat cekak yang mengata almarhum Ustaz Hanafi pernah berkata ‘kenal diri rata-rata baru kenal DIA yang nyata’ Begitu juga dengan kata guru salah seorang sahabat abie yang mengatakan ‘kita kena ikut Muhammad sungguh-sungguh. Jika Muhammad kata dia tak tahu kita pun kena ikut kata tak tahu’ Apa yang abie faham mengikut ilmu abie yang kurang ini maksudnya semua benda yang jadi datang dari pada pencipta yang mutlak. Lebih kurang macam itu agaknya. Kalau tidak pun mesti ada kaitan sedikit dengan apa yang abie dengar dari mula belajar silat cekak ‘gerak yang empunya gerak’ Wallahua’lam. Sesungguhnya abie la arif.

Abieirfan........