“Dalam kes Md Radzi Hanafi ini, penangkapan beliau oleh pihak polis mengesahkan bahawa beliau bersalah. Diberitakan beliau juga telah dihadapkan ke mahkamah dan sekarang ini sedang menunggu perbicaraan. Semua ini membuktikan bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang sumbang itu. Dan perbuatan sumbang ini adalah satu perbuatan yang mengaibkan. Dan orang-orang lama dan persatuan telah berusaha sedaya upaya untuk menutup aib besar ini. Namun bila yang punya diri telah memecahkan pekung di dada, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.”
Jika anda membaca Pak Kaduk dan juga dalam Big Body Bai, anda akan membaca tulisan – tulisan seperti yang tertera di atas.
Secara dasarnya dia
1) Polis telah menangkap GU. Oleh kerana penangkapan telah dibuat maka dia bersalah.
2) Beliau telah dihadapkan ke mahkamah. Oleh kerana dia dihadapkan ke mahkamah, maka beliau bersalah.
Bagi saya tulisan – tulisan sebegini bertujuan bukannya untuk menceritakan kebenarnan. Ia tidak lebih dari usaha propaganda Pak Kaduk untuk mengaburi para pembaca daripada fakta yang sebenarnya.
Sebenarnya, GU telah di tahan REMAN oleh pihak Polis bagi MEMBANTU SIASATAN. Perlu diingatkan bahawa penahanan reman ini tidak sama sekali menunjukkan bahawa seseorang itu bersalah. Kat
Penahanan sebegini adalah perkara biasa kerana ianya prosedur terutamanya bagi kes – kes berat seperti membunuh dan sebagainya. Namun, tindakkan polis ini adalah berdasarkan laporan. Jika terdapat laporan maka the police is duty bound to act based on the report.
Apabila seseorang itu ditahan untuk soal siasat, mengikut Criminal Procedure Code, pihak polis tidak dibenarkan untuk menahan seseorang lebih dari 24 jam. Undang – undang menetapkan bahawa sekiranya seseorang itu ditahan untuk disoal siasat, siasatan tersebut perlu la seselai dalam masa 24 jam dari masa tangkapan.
Sekiranya lebih masa diperlukan untuk menyoal siasat, pihak polis dikehendaki memohon kepada Majistret untuk tahanan reman. Pihak Majistret mempunyai kuasa untuk menahan seseorang dibawah reman sehingga 2 minggu.
Selalunya remand akan dibenarkan untuk sekiranya:
- Orang yang di tuduh itu melakukan jenayah yang amat berat.
- Orang tersebut telah melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
- Orang dituduh dikhuatiri melarikan diri ke luar negara.
- Orang yang di tuduh akan menghilangkan atau memusnahkan bahan bukti
- Orang yang dituduh akan melakukan jenayah sebelum dia dibicarakan
- Orang yang di tuduh berada dalam keadaan bahaya. Sekiranya beliau dilepaskan ada kemungkinan beliau akan diserang orang musuh – musuhnya.
Bagi kes GU ini, beliau bukannya dihadapkan ke mahkamah atas sebab mencabul. Tetapi beliau telah dibawa mengadap Majistret untuk mendapat tempoh reman selaras dengan garis panduan yang terdapat dalam Malaysian Crimimal Criminal Code.
Tak logik kalau dia ni telah dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan sedangkan dia baru je ditangkap 24 jam sebelum tu. Siasatan pun tak dimulakan.. tak
Sebagaimana kita tahu, GU telah dilepas
Kes ini masih lagi dalam siasatan polis. Setelah selesai siasatan nanti laporan akan dihantar ke bahagian pendakwaan. Sekiranya pihak pendakwaan rasa ada kes baru lah GU akan dibawa ke mahkamah untuk dibicara.
So, as you can see, things are not as simple as how these two idiots put it. Kalau kita paham procedure yang digunakan, kita boleh nampak banyak kerja – kerja memanipulasi fakta yang telah dibuat Pak Kaduk dan Big Body Bai yang nyatanya bertujuan untuk sengaja mengaibkan GU. Padahal, kalau ikut fakta yang sebenarnya, benda ni merupakan berkara biasa yang dilalui oleh mana – mana individu yang ditahan Polis untuk membantu siasatan. Ia tidak sama sekali menunjukkan kesalahan orang tersebut kerana pihak polis bukannya pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan samada orang yang ditangkap itu salah atau pun tidak. Dalam kontek kes pencabulan GU ini, penahanan reman ini juga tidak menunjukkan bukti adanya pencabulan berlaku. Apa yang dibuktikan adalah hanya bahwa terdapat aduan mengenai kes pencabulan terhadap GU dan polis telah memulakan siasatan.
Having said that, keep in mind that geng Big Body Bai dan Pak Kaduk bukannya kisah sangat keputusan siasatan polis atau mahkamah. Samada GU bersalah atau tidak, mereka tetap akan menolak kepimpinan GU sebagaimana yang diisytiharkan oleh Ramliar dalam temuramahnya dalam Seni Beladiri baru – baru ini. Kononnya diaorang ini tidak boleh menerima tindakan GU memasuki rumah dan menyentuh seorang anak dara tanpa kehadiran ibu bapanya. Tapi bila kawan – kawan dia dengan jelas menceroboh rumah Mak Teh, diaorang membisu seribu bahasa.
Kata Ramliar lagi, bahawa process domestic enquiry yang dibuat persatuan itu telah diseliakan oleh para peguam yang memang arif pasal undang – undang negara. Sebab itu diaorang berani berpegang kepada hasil siasatan diaorang dan bukannya hasil siasatan polis.
Peguam yang arif kehapa…. Tahu tak bahawa sebenarnya ada pelbagai jenis peguam yang ujud dalam dunia nih.?
Sebab tu la kita tengok tatacara domestic enquiry persatuan ni haru biru sehinggakan kita tak nampak prinsip Natural Justice, iaitu prinsip dipegang oleh mahkamah - mahkamah di Malaysia , ditegakkan dalam prosess domestic enquiry persatuan. Bergantung kepada conveyance lawyer untuk menyelia kes criminal adalah ibarat orang sakit otak kita hantar kat pakar sakit tulang. Apa la pakar sakit tulang tu tahu?… ilmu dia ada pun takat ilmu masa dia jadi GP masa mula – mula keluar University dulu.... hujungnya, penyakit yang di diagnose lain tapi ubat yang diberi lain… Mana tak melarat?