Puak belah
Alasannya.. biasalah… benda kita dok tengok kat blog Pak Kaduk tu, itu la dia.. .
But, come to think of it, Ustaz dulu dengan guru – guru dia, baik dari segi silat ataupun agama, bukannya tak de problem. Guru silatnya, Yahya Said, bukannya model citizen pun. Sapa tak tahu betapa buruknya perangai Pak Ya tu? Ustaz pun pada mulanya tak berkenan nak berguru dengan Pak Ya sebab dia khuatir yang perangai buruk Pak Ya tu akan melekat kat dia. Tapi bila dah Ustaz dah tua sikit, dia punya pendapat pun berubah. Bak kata orang, ikan terubuk tu, isinya lemak tapi tulangnya banyak. Makan la isinya tapi buang tulangnya.
Pak Ya masa jadi guru, macam – macam halnya. Dia buat pun bukannya sorok – sorok. Pak Ya nih walau pun dia nih anggota polis tapi dia nih suka kacau bini orang, hisap candu, suka mengintai… pendek kata memang hebat la jugak dari segi yang tak berapa baik tu.
Akan tetapi, walaupun Pak Ya jahat macam tu, Ustaz tetap hormat dia sebagai Guru. Dia tetap
Bukan hanya takat tu, pasal duit pun Pak Ya ada kenakan Ustaz. Masa Silat Cekak mula dikembangkan dulu. Ustaz ada buat perjanjian dengan Pak Ya bahawa duit pengkeras guru yang Pak Ya dapat tu dibahagikan sama rata antara Ustaz dengan Pak Ya. Ini kerana Pak Ya ditugaskan untuk menjalankan kerja – kerja mengajar sementara kerja mencari ahli merupakan kerja Ustaz.
Sampai waktu nak bahagi
Tapi ustaz sabar, sikit pun dia tak de nak buat apa – apa kat gurunya. Semua aib gurunya dia simpan dan dilindungi. Tak de pun dia gatal nak kempen kat member – member dia untuk menjatuhkan Pak Ya.
Tambahan pula, kedua – dua individu ini tahu yang Ustaz merupakan pewaris Silat Cekak yang dimaksudkan oleh Panglima Tok Rashid. Sebab banyak tanda – tanda yang menunjukkan Ustaz la individu yang berhak. Anatara tanda – tanda yang didapati adalah Ustaz mengetahui perkara – perkara yang Pak Ya tak ajar kat Ustaz. Salah satunya adalah ukuran parang lading.
Menurut kisah, Pak Ya memang tak tahu beza Lading dengan Kelewang. Kalau antara dua nih pun dia tak tahu beza, ukuran lagi la dia tak tahu. Tapi Ustaz bukannya takat beza senjata dia tahu tapi sampai takat ukuran ukuran dia sekali dia sekali. Beza jenis senjata tu kira biasa la sebab Ustaz tu memang banyak merantau, tapi ukuran tu… camna dia tahu?
Pak Ya pun ada jugak sorok mata pelajaran. Antaranya ialah bab ikat tangan. Tapi Ustaz, sebagaimana kes parang lading tu jugak, tahu yang bab ikat tangan ada dalam Silat Cekak dan menegur Pak Ya sebab sorok bab ikat tangan tu. Banyak jugak benda lain yang menandakan Silat Cekak ini merupakan hak Ustaz Hanafi. Tapi saya rasa dua di atas tu memadai.
Tidak.. Sama sekali tidak. Ustaz sabar je.. dia tunggu sampai masanya.. sampai Pak Ya dah tak mahu jadi Guru dan menyerahkan jawatan Guru tu kat Ustaz, barula Ustaz menjadi Guru Silat Cekak. Dia tetap menghormati Gurunya… Guru Tetap Guru…. Sampai lepas dah jadi musuh pun, masa zaman Pak Ya dengan Silat Kalimah, Ustaz masih lagi menghormati Pak Ya sebagai Guru. Masa Pak Ya meninggal pun Ustaz gi melawat.
Guru – guru agama ustaz pun ada juga hal nya. Macam Pak Ngah Syarif tu, Ustaz yang tolong mati – matian untuk menjual ubat buatan Pak Ngah. Bukannya dia dapat apa – apa hasil pun.. semuanya untuk Pak Ngah. Ustaz pun tak bersetuju yang Pak Ngah tu suka kawin banyak.. sapa yang tahu pasal cerita nih paham la… benda nih pun ada jugak ditulis dalam thesis berkenaan Silat Cekak oleh Pn Halimah tahun 70an dulu. Kalau ada peluang, baca la… Elok jugak tahu bab sejarah nih sekali sekala.
Serupa juga dengan Pak Haji Zain.. dia pun ada jugak beberapa benda yang dia buat… Tapi Ustaz ambik itu sebagai ujian antara Guru dan Murid… ada la sebab kenapa ia jadi macam tu.
Kalau kita tengok, walaupun Ustaz kena macam – macam dengan Guru - gurunya, tapi dia tak de pun nak melawan lebih- lebih... siap cover lagi ada la….
Cuba kita bandingkan dengan puak – puak belah sana yang mengaku anak murid Ustaz Hanafi tu… apa serupa ke tindak tanduk diaorang dengan Ustaz?
Lagi nak mengaku anak murid Ustaz Hanafi…
Pigi daaa…