Tuesday, September 26, 2006

SAMAR ?

This is quite hillarious… I just finished reading a posting in http://bigguy.php1h.com/index.php of what seems to be the answer to peneraju.com post on the analysis of Ketua Perhubungan and Seranta's objection to the recent decision made in GU’s case.

For those who are not familiar with the whole thing, Majlis Mesyuarat Kebangsaan PSSCUHM telah memutuskan untuk menggantung keahlian GU Silat Cekak Hanafi, Mohd Radzi Hj. Hanafi kerana didapati bersalah didalam kes pencabulan anak kepada salah seorang ahli PSSCUHM. However, ada pihak yang bersimpati terhadap GU merakan bahawa cara pengadilan dan hukuman yang terhadap GU telah dilakukan secara tidak adil. Salah satu daripada ketidak adilan yang dimaksudkan adalah tindakan MMK yang menggantung keahlian GU yang juga merupakan Presiden persatuan.

Mereka berpendapat bahawa MMK telah memanupulasi perlembagaan persatuan untuk menegakkan agenda jahat mereka. Salah satu daripada hujah mereka adalah sepatutnya GU diambil tindakkan menurut Peraturan 23 perlembagaan persatuan sebagai penjawat jawatan dan bukannya Peraturan 24 sebagai ahli biasa.

MMK telah melangkaui batas jurisdiction dengan menggunakan peraturan 24 instead of peraturan 23 untuk menghukum GU.

Bawah ni adalah petikan peraturan yang saya ambil daripada analysis yang di post kan di peneraju.com….

2. Fakta yang kedua ....

YM Tuan Guru adalah Presiden PSSCUHM, beliau adalah penjawat jawatan tertinggi didalam persatuan seperti didalam Peraturan 8 & Peraturan 21.
Sebarang tindakan tatatertib pada penjawat jawatan
tertakluk kepada Peraturan 23.
MMK telah memanipulasikan perlembagaan serta tindakan pada 13 Ogos 2006 dengan menggunakan Peraturan 24 untuk menjatuhkan tindakan tatatertib kepada YM Tuan Guru sebagai AHLI bukannya atas jawatan PRESIDEN.
Sepatutnya jawatan Presiden tertakluk kepada Peraturan 23 seperti berikut:-

PERATURAN 23 - ETIKA-ETIKA PENJAWAT JAWATAN
Semua penjawat-penjawat jawatan yang terdapat di dalam undang-undang ini akan gugur dari jawatan masing-masing sekiranya MMT berpuashati bahawa mereka telah melakukan kesalahan berikut:-

(a) Telah didapati mengamal dan menyebarkan perkara-perkara yang bercanggah dengan akidah Islam termasuk amalan-amalan yang telah dikategorikan sebagai ajaran-ajaran sesat yang telah diperakukan oleh mana-mana badan berwibawa kerajaan.

(b) Didapati mempelajari dan mengajar seni mempertahankan diri yang lain tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Lembaga Pelajaran dan Tatatertib.

(c) Telah melakukan kesalahan jenayah yang tersabit di mana-mana mahkamah di
Malaysia atau mana-mana negara sekalipun.
Pengisian kekosongan jawatan mana-mana penyandang jawatan telah digugurkan oleh MMT, hendaklah dilakukan oleh pihak-pihak yang diberi kuasa di dalam peruntukan undang-undang ini seperti Peraturan 8(7) atau lain-lain peraturan yang berkaitan.

PERATURAN 24 - TINDAKAN TATATERTIB
1. Tertakluk kepada Peraturan 23, Majlis Mesyuarat Kebangsaan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli yang didapati melanggar peraturan-peraturan persatuan, melanggar arahan dari mana-mana pihak yang berwibawa di dalam persatuanatau mengambil tindakan yang boleh ditafsirkan oleh Majlis mesyuarat Kebangsaan sebagai perkara - perkara yang boleh merosakkan imej dan nama baik persatuan.
2. Majlis Mesyuarat Kebangsaan hendaklah merujukan kes-kes tatatertib kepada Lembaga Pelajaran dan Tatatertib untuk mendapatkan nasihat mereka.
Jika Majlis Mesyuarat Kebangsaan berpuas hati terhadap mana-mana ahli yang telah melakukan kesalahan tatatertib, mereka boleh menjatuhkan hukuman tatatertib

PERATURAN 8 - MAJLIS MUAFAKAT TERTINGGI

(7) Jika seseorang Ahli Majlis itu mati, terlucut di bawah Peraturan 22 dan 23, tidak siuman atau pun meletakkan jawatannya, maka Majlis Mesyuarat Kebangsaan akan berkuasa untuk mengambil mana-mana ahli persatuan ini untuk mengisi jawatan yang kosong itu sehingga Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang akan datang.

Kalau kita tengok jawapan yang diberi kepada analysis peneraju.com di http://bigguy.php1h.com/index.php, ada pulak la kutu yang pergi kata bahawa MMK boleh membuat intrepretasi sekiranya terdapat kesamaran didalam perlembagaan. Beliau kemudiannya menuduh penganalisa di peneraju.com ni ambil perlembagaan sekerat – sekerat.

Buat kutu yang buat komen tu… saya nak mintak la.... BACA LAGI SEKALI… saya ulangi BACA SEKALI LAGI apa yang di tulis dalam peraturan 24 tu.

Okla.. meh saya post lagi sekali:

Tertakluk kepada Peraturan 23, Majlis Mesyuarat Kebangsaan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli

Boleh baca tak 4 ayat pertama dalam peraturan di atas... apa dia kata?

TERTAKLUK KEPADA PERATURAN 23,….

Nampak tak?… NAMPAKKKKKKKK?!!!!!!

Aku tak tahu la kutu kita nih membaca dalam bahasa apa.. from what I understand, kalau nak jalan kan peraturan 24… kenna tengok dulu peraturan 23. maknanya kat sini, penjawat jawatan dalan PSSCUHM mempunyai standard yang berbeza berbanding dengan ahli biasa.

Maka berdasarkan peraturan di atas, GU telah digantungkan jawatan secara tidak sah kerana dia digantung menggunakan peraturan 23 bukannya 24. Kalau ikut peraturan 23 penggantungan GU sebagai ahli PSSCUHM perlu dirujuk kepada MMT sebab GU tu Presiden. MMK memang tak de kuasa nak menggantung Presiden. Dia cuma ada kuasa nak menggantung ahli.. itu pun TERTAKLUK kepada peraturan 23.

Saya tak tahu la mana kutu nih nampak kesamaran tu… Agaknya la kan. Agaknya la .. Kalau peraturan tu tak ikut kehendak dia, dia kata benda tu samar.. kalau la benda ni memihak kat diaorang, diaorang kata peratuaran tu jelas.

Macam nih la orang yang buat keputusan... apa? IKUT RASA HATI… Semua ikut suka hati dia..

You be the judge.. siapa yang sebenarnya ambil perlembagaan sekerat - sekerat?