Friday, March 23, 2007

Spin Doctors

“Dalam kes Md Radzi Hanafi ini, penangkapan beliau oleh pihak polis mengesahkan bahawa beliau bersalah. Diberitakan beliau juga telah dihadapkan ke mahkamah dan sekarang ini sedang menunggu perbicaraan. Semua ini membuktikan bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang sumbang itu. Dan perbuatan sumbang ini adalah satu perbuatan yang mengaibkan. Dan orang-orang lama dan persatuan telah berusaha sedaya upaya untuk menutup aib besar ini. Namun bila yang punya diri telah memecahkan pekung di dada, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.”

Jika anda membaca Pak Kaduk dan juga dalam Big Body Bai, anda akan membaca tulisan – tulisan seperti yang tertera di atas.

Secara dasarnya dia cuba menujukkan 2 perkara:

1) Polis telah menangkap GU. Oleh kerana penangkapan telah dibuat maka dia bersalah.

2) Beliau telah dihadapkan ke mahkamah. Oleh kerana dia dihadapkan ke mahkamah, maka beliau bersalah.

Bagi saya tulisan – tulisan sebegini bertujuan bukannya untuk menceritakan kebenarnan. Ia tidak lebih dari usaha propaganda Pak Kaduk untuk mengaburi para pembaca daripada fakta yang sebenarnya.

Sebenarnya, GU telah di tahan REMAN oleh pihak Polis bagi MEMBANTU SIASATAN. Perlu diingatkan bahawa penahanan reman ini tidak sama sekali menunjukkan bahawa seseorang itu bersalah. Kat Malaysia ni cuma pihak mahkamah sahaja yang boleh menentukan samada a criminal itu bersalah ataupun tidak. Orang lain… tak de kuasa.

Penahanan sebegini adalah perkara biasa kerana ianya prosedur terutamanya bagi kes – kes berat seperti membunuh dan sebagainya. Namun, tindakkan polis ini adalah berdasarkan laporan. Jika terdapat laporan maka the police is duty bound to act based on the report.

Apabila seseorang itu ditahan untuk soal siasat, mengikut Criminal Procedure Code, pihak polis tidak dibenarkan untuk menahan seseorang lebih dari 24 jam. Undang – undang menetapkan bahawa sekiranya seseorang itu ditahan untuk disoal siasat, siasatan tersebut perlu la seselai dalam masa 24 jam dari masa tangkapan.

Sekiranya lebih masa diperlukan untuk menyoal siasat, pihak polis dikehendaki memohon kepada Majistret untuk tahanan reman. Pihak Majistret mempunyai kuasa untuk menahan seseorang dibawah reman sehingga 2 minggu.

Selalunya remand akan dibenarkan untuk sekiranya:

  • Orang yang di tuduh itu melakukan jenayah yang amat berat.
  • Orang tersebut telah melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
  • Orang dituduh dikhuatiri melarikan diri ke luar negara.
  • Orang yang di tuduh akan menghilangkan atau memusnahkan bahan bukti
  • Orang yang dituduh akan melakukan jenayah sebelum dia dibicarakan
  • Orang yang di tuduh berada dalam keadaan bahaya. Sekiranya beliau dilepaskan ada kemungkinan beliau akan diserang orang musuh – musuhnya.

Bagi kes GU ini, beliau bukannya dihadapkan ke mahkamah atas sebab mencabul. Tetapi beliau telah dibawa mengadap Majistret untuk mendapat tempoh reman selaras dengan garis panduan yang terdapat dalam Malaysian Crimimal Criminal Code.

Tak logik kalau dia ni telah dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan sedangkan dia baru je ditangkap 24 jam sebelum tu. Siasatan pun tak dimulakan.. tak kan dah ada keputusan kot… Apa dia ingat mahkamah Malaya nih buat kerja amcam diaorang ke? Belum mula siasatan tapi dah ada keputusan.

Sebagaimana kita tahu, GU telah dilepas kan 4 hari selepas ditahan reman. Pihak Majistret pada mulanya memberi 5 hari untuk tahanan reman. Tetapi atas budibicara pihak polis, beliau telah dilepaskan selepas 4 hari. Sebenarnya boleh pendek lagi tapi memandangkan penahanan dibuat pada hari Jumaat, maka administratively they cannot let him go earlier. Maka lepas la dia pada hari Selasa.

Kes ini masih lagi dalam siasatan polis. Setelah selesai siasatan nanti laporan akan dihantar ke bahagian pendakwaan. Sekiranya pihak pendakwaan rasa ada kes baru lah GU akan dibawa ke mahkamah untuk dibicara.

So, as you can see, things are not as simple as how these two idiots put it. Kalau kita paham procedure yang digunakan, kita boleh nampak banyak kerja – kerja memanipulasi fakta yang telah dibuat Pak Kaduk dan Big Body Bai yang nyatanya bertujuan untuk sengaja mengaibkan GU. Padahal, kalau ikut fakta yang sebenarnya, benda ni merupakan berkara biasa yang dilalui oleh mana – mana individu yang ditahan Polis untuk membantu siasatan. Ia tidak sama sekali menunjukkan kesalahan orang tersebut kerana pihak polis bukannya pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan samada orang yang ditangkap itu salah atau pun tidak. Dalam kontek kes pencabulan GU ini, penahanan reman ini juga tidak menunjukkan bukti adanya pencabulan berlaku. Apa yang dibuktikan adalah hanya bahwa terdapat aduan mengenai kes pencabulan terhadap GU dan polis telah memulakan siasatan.

Having said that, keep in mind that geng Big Body Bai dan Pak Kaduk bukannya kisah sangat keputusan siasatan polis atau mahkamah. Samada GU bersalah atau tidak, mereka tetap akan menolak kepimpinan GU sebagaimana yang diisytiharkan oleh Ramliar dalam temuramahnya dalam Seni Beladiri baru – baru ini. Kononnya diaorang ini tidak boleh menerima tindakan GU memasuki rumah dan menyentuh seorang anak dara tanpa kehadiran ibu bapanya. Tapi bila kawan – kawan dia dengan jelas menceroboh rumah Mak Teh, diaorang membisu seribu bahasa.

Kata Ramliar lagi, bahawa process domestic enquiry yang dibuat persatuan itu telah diseliakan oleh para peguam yang memang arif pasal undang – undang negara. Sebab itu diaorang berani berpegang kepada hasil siasatan diaorang dan bukannya hasil siasatan polis.

Peguam yang arif kehapa…. Tahu tak bahawa sebenarnya ada pelbagai jenis peguam yang ujud dalam dunia nih.? Ada specialist bab intellectual rights, ada specialist bab oil and gas, ada specialist bab syariah dan bermacam – macam lagi. Bagi bab jenayah nih kita ada specialist yang dipanggil criminal lawyer. Lawyer – lawyer yang si Ramliar dok kata tahu pasal undang – undang negara ni bukannya criminal lawyer.. tapi conveyence lawyer… apa dia tahu pasal nak membicarakan orang? Buat contract nak beli rumah reti la.

Sebab tu la kita tengok tatacara domestic enquiry persatuan ni haru biru sehinggakan kita tak nampak prinsip Natural Justice, iaitu prinsip dipegang oleh mahkamah - mahkamah di Malaysia , ditegakkan dalam prosess domestic enquiry persatuan. Bergantung kepada conveyance lawyer untuk menyelia kes criminal adalah ibarat orang sakit otak kita hantar kat pakar sakit tulang. Apa la pakar sakit tulang tu tahu?… ilmu dia ada pun takat ilmu masa dia jadi GP masa mula – mula keluar University dulu.... hujungnya, penyakit yang di diagnose lain tapi ubat yang diberi lain… Mana tak melarat?

Sunday, March 18, 2007

Oh Abg Joe KU

Setelah sekian lama menuggu siapakah orang yang bakal dipilih untuk menjadi GU geng belah sana, teka - teki itu akhirnya terjawab dengan “Pelantikkan” JOE MARWI sebagai guru baru bagi”menggantikan” GU yang masih lagi sah dan bermandat, Mohd Radzi Bin Hj Hanafi.

Seperti sudah mengagak, Amruddin tidak dinobatkan sebagai GU. Puak sana tahu, kalau Amruddin dilantik menjadi guru maka banyaklah lagi masalah yang timbul. For one it will, without doubt, confirms the allegation that Amruddin nih ada hati jadi Guru.

Perlatikkan Joe Marwi ini memberi sedikit kejutan kerana rata - rata dia dia ni bukanlah individu yang kita nampak mempunyai ketokohan untuk menjadi GU (ala.. Amruddin pun tak de jugak). Lets face it, aside from being magnificent at silat, Joe Marwi offers nothing much. Tak tahu la kalau his past experience sebagai samseng Chow Kit tu boleh dijadikan sandaran

But do not expect Joe Marwi to be at the top for long though. From where I am. I believe he is just there as a stop gap measure before turn to someone who is of better caliber to replace him.

Joe Marwi ini is considered a good candidate untuk menjadi guru bagi pihak diorang sebab dia nih senang nak di kudakan. Tengok saja lah senang mana dia percaya bulat - bulat cerita Amruddin tentang kes Hashimah ini. Kalau macam tu punya senang dia boleh percaya, macam tu punya senang juga la dia boleh di manipulate oleh malaun - malaun ini. Tak salah juga kalau kita nak kata dia nih lebih merupakan GU boneka dari GU yang sebenar.

Buat pengetahuan, antara criteria utama untuk mejadi GU ini adalah calon tersebut hendaklah orang Kedah atau berasal dari Kedah. Bukan takat itu sahaja. Ada banyak tanda - tanda dan ukuran - ukuran tertentu yang dikenali sebagai Tujuh Bintang yang perlu ada pada seseorang calon tersebut sebelum dia boleh dipertimbangkan untuk menjadi GU. Kalau ikut bahasa yang biasa digunakan oleh Ustaz, kalau seseorang tu nak jadi Guru dia kena ada “cutting”nya.

Sebenarnya bukannya senang nak cari guru pengganti. Ia bukannya satu benda yang boleh dibuat sesuka hati kerana ia ibarat searching for a needle in a hay stack. The probability to find a suitable candidate is so minute... so small, sehinggakan GU mengatakan bahawa dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahui siapa yang menjadi pengganti GU. Atas sebab ini juga lah kita melihat kedudukan GURU dalam Silat Cekak ini telah diserahkan kepada beberapa pemegang amanah sepanjang sejarah keujudannya.

Apa pun yang nyatanya Joe Marwi atau Amruddin bukan lah orang yang ada cutting tersebut. maka mereka bukannya layak untuk menerima jawatan GU Silat Cekak.

Akhir kalam, ingin saya mengimbau kembali kata - kata Ustaz Hanafi dalam bab menjadi Guru ini dalam Dewan Masyarakat satu waktu dahulu semoga ianya menjadi panduan buat "Guru Baru" kita dan juga mereka yang bersekongkol dengannya :

“ Faham akan semua peringkat, baharulah seseorang itu layak menjadi penganjur dan pemimpin silat sebenarnya. Jika sekadar sampai pada kulit sahaja tanpa “ruh” silat yang sejati ia tidak layak menerima warisan pusaka. Jika diterima jua ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang sejati baharulah ia layak menjadi GURU.

Jika tidak maka guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing berlari. Pelajar dengan guru sedemikian bermakna seseorang itu kan bertambah jahat, bongkak dan sombong…”

Selamat menjadi GU… Abg JOE.

Wednesday, March 14, 2007

Silat Cekak AM

Apa la cerita lawak yang Pak Kaduk buat ni. Memang one of the best jokes aku pernah dengar sepanjang 2007 nih.

Ada ke dia kata GU nak buat persatuan baru? Mengarut!!!!

Kalau dia stop takat tu okeh la kot. Sebab there could be a possibility of that happening. But then when I saw the name Silat Cekak Warisan… I said to my self “You gotta be joking!!!!”

Kalau iyepun nake menipu jangan la obvious sangat. I wonder. Who in the world would want to come up with such a corny name for a silat. Aku rasa ini la kot taraf pemikiran Pak Kaduk.. nama Silat Cekak Warisan prefectly reflect the simplicity of “orang lama” ini punya pemikiran.

Ei brader.. kalau kita nak bukak silat lain.. we would come up with a better name la… definitely not Silat Cekak Warisan..

Plus, even kalau kitaorang nak buat persatuan lain pun, korang ingat kitaorang nak free - free kasik korang guna nama Ustaz Hanafi. Nama Ustaz Hanafi tu milik keluarga ko tahu tak?.... Korang pakai nama tu atas ihsan keluarga Ustaz je... legally, pihak keluarga ada hak untuk menarik balik penggunaan nama Ustaz Hanfi dari Persatuan..... kalau ko tak paham benda ni.. ko gi tanya la loyar - loyar korang tu.... loyar kat belah hang kan ramai...

By the way, for everyone’s info.. memang tak de pun apa – apa initiative untuk menubuhkan persatuan baru. I know what you are doing Pak Kaduk.. your spies may have been giving you khabar – khabar angin….

Ini nak pancing la nih…

Keep in mind that kita masih lagi belum habis idea atau jalan untuk dapatkan persatuan dari malun – malaun belah sana.

We still have a court case pending…. Bulan 5 nanti insyaAllah kita boleh dapat keputusannya. And, unlike what Pak Kaduk cakap suatu waktu dahulu. Yang kononnya perbicaraan ditangguhkan kerana pihak GU tak dapat menjawab point malaun – malaun belah sana tu. Perbicaraan tu sebenarnya ditangguhkan sebab nak memberi masa untuk kedua – dua belah pihak buat translation on their submissions upon request by the presiding judge.

Bukannya sebab pihak belah sini tak boleh jawap.

Tolong sikit ye..

Sebenarnya kalau kita sesiapa yang dah baca point yang digunakan oleh puak – puak malaun belah sana tu, kita nampak yang secara keseluruhannya diaorang nih memang tak de hujah yang kukuh untuk deny pihak cawangan dari mengadakan EGM. Benda tu dah clearly stated dalam perlembagaan… nak pusing kot mana lagi?

Masak la korang nanti…

Solatu Daimun

Satu lagi isu yang menarik perhatian saya adalah berkenaan Kursus Sembahyang yang dikendalikan oleh GU. Pak Kaduk mempersoalkan kenapa kursus tersebut memerlukan bayaran yang mahal?

Bagi menjawab persoalan ini, saya rasa adalah baik Pak Kaduk gi bertanya Rohaya, ibu kepada Hasimah pasal benda nih. Sebab dialah malaun yang organise kan kursus kat Hotel dekat Jalan Ipoh tu. Dia la yang menentukan bayaran yang diperlukan.

Setahu saya… satu sen pun GU tak ambik. Dia pun bukannya bodoh.. dia tahu yang ilmu akhirat bukannya boleh dijual beli. Habis byk pun dia merasa ialah makanan untuk kursus tu (yang difahamkan bahawa makanan pada masa kursus tu memang lavish) dan juga hadiah yang dibelikan oleh Rohaya bagi pihak peserta kursus. Banyak mana yang gi ke kursus? Banyak mana yang gi ke hadiah? Semua kita tatau sebab benda nih Rohaya tu la yang handle… tah dia yang songlap duit tu pun kita tak tahu.

Serupa jugak dengan kursus masa kat Ibu pejabat.. yang itu ketua dia ialah malaun yang bernama Naim… kena tanya la Naim sendiri sebab Naim tu pun geng hang… tah – tah dia songkap kasi kat hang.

Pak Kaduk juga mempersoalkan kenapa GU tak sembahyang sedangkan dia buat kursus sembahyang. Yang ini tak perlu la kita jawap. Ada baiknya kalau Pak Kaduk dan malaun – maluan belah sana tu cermin diri sendiri la sebelum persoal GU. Apa korang punya sembahyang tu penuh sangat ke?

Saya pernah buat kerja persatuan dengan ramai ahli yang perasan mereka nih “orang lama”. Dan dari pemerhatian, saya dapati “orang – orang lama” ni pun ramai yang sembahyangnya lopong. Ada seorang tu, tak pernah pun sembahyang.. harap bila gi umrah je baru dia sembahyang.. kalau kat Malaysia.. satu rakaat habuk pun tarak.

So, jangan la gatal nak jaga tepi kain orang bab sembahyang ni. Kalau GU tu nak sembahyang.. tak de punya dia nak tunjuk kat korang….

Gila Glamour

Dalam satu entry Pak Kaduk, dia ada mempersoalkan pasal Anugerah GU. Nasihat saya kat Pak Kaduk… tak payah la nak menyebok. Dah nama dia Anugerah Khas GU… maka hak nak memilih tu hak dia. Ada la jasa – jasa individu yang dipilih tu terhadap dia. Lagi pun, dia pun bukannya guna duit persatuan nak beli hadiah tu. Dia guna duit dia sendiri dan dia sendiri yang beli hadiah tu. Yang hang jaki sangat apasal?

Dari sini kita dah boleh nampak apa yang sebenarnya dia kejar oleh geng Pak Kaduk nih. Dalam diam orang – orang lama nih memang gila glamour sebenarnya. Diaorang dah kemaruk dengan title orang lama tu sampai dia ingat cuma orang macam dia je boleh terima anugerah. Bila dia tak dapat anugerah … bila tak dipuji , mula la nak merajuk … kononnya dia dipinggirkan… kononnya GU sengaja nak sakitkan hati diaorang… piraaahh… macam budak – budak

RM100 punya cerita

Tak habis – habis diaorang nih. Ada pulak diaorang kata Abg Mat kutip RM100 untuk ijazah?

Bila masa pulak dia kutip RM100? Orang kutip RM 200 ada la… sebab total bayarakan dari awal sampai tamat ialah dalam lingkungan RM200… so, kalau sesiapa yang ikut GU dari awal, maka bayarkan yang telah dibuat adalah sebanyak tu.... RM100 tu sikit sangat… tatau la kalau ada structure yuran yang baru...

Diaorang ni pun satu la.. kata spy ramai.. tapi apa punya spy kasik salah info nih? Memang Abg Mat ada mengijazahkan orang tapi duit yang dia ambik tu cuma bahagian dia je.. iaitu pengkeras Guru. Habis banyak pun dia ambik ialah bahagian tabung amanah untuk Mak Teh… lain semua dia tak ambik.

Kalau diaorang nak tahu mana gi duit yang lian tu tu kena la tanya cawangan – cawangan atau tempat latihan yang buat majlis ijazah tu. Memandangkan cawangan – cawangan ini kan semua orang – orang yang nun berada dibawah, maka diaorang tak de la masalah nak tanya pihak cawangan pasal duit tu sebab diaorang tu kan orang – orang yang nun berada di atas…

Kita kena faham dilemma cawangan – cawangan dan pusat – pusat latihan ni. Diaorang nih nih macam serba salah nak kasi sebab diaorang nih nak kasik duit kat Ahli MMK yang benar – benar sah. Sepertimana yang kita ketahui, banyak cawangan mempertikaikan kesahihan MMK yang ada sekarang ini sebab masa AGM yang lepas ada cawangan yang telah dibubarkan telah dibenarkan mengundi.

Cawangan – cawangan juga telah menuntut agar EGM diadakan untuk melantik semua MMK yang benar – benar sah.

Tuntutan mereka ini sah menurut perlembagaan persatuan. Tapi, MMK yang sekarang nih.. barang kali takut hilang jawatan, menolak tuntuan pihak cawangan.

Memandangkan pihak MMK buat keras kepala. Berlagak macam diaorang nih kononnya raja dalam persatuan. Maka jangan la marah kalau ada cawangan dan pun buat perangai keras kepala macam diaorang jugak.


Jangan la pula nak libat kan GU dalam hal ini sebab sebagai seorangyang telah digantungkan keahlian, GU tak ada kuasa nak memerintah pihak dan pusat – pusat latihan untuk memberi duit tu kat malaun – malaun MMK tu.

Saya tak nak komen panjang pasal hal ini. Apa pun, sekarang nih benda nih dah ada dalam tangan mahkamah. Kita tunggu je la bulan 5 nanti. Sementara tu pandai pandai la pihak MMK deal dengan pihak cawangan untuk mendapatkan duit yang patut diberikan kat persatuan.

Kalau kantung persatuan dah kering, pandai – pandai la korang cari duit sendiri. MMK kan pandai – pandai semua… cuba la merayu dalam blog tu.. Mana la tahu ada orang bersimpati….

Ceroboh

Satu Petang Yang Indah Di KL

Joe: Aku musykil la dengan diaorang nih.

Jambul: Awat lak?

Joe: Diaorang dok kata Abg Mat cabul budak umur 16 tahun dan Abg Mat pun, menurut sisatan pihak persatuan, kononnya didapati bersalah kerana mencabul… kenapa diaorang asyik memperbesarkan isu menceroboh?

Jambul: Itu menunjukkan bahawa diaorang sendiri tak yakin dengan tuduhan mencabul yang diaorang lemparkan kat Abg Mat tu. Diaorang pun, tahu kes cabul nih tak mempunyai cukup bukti nak implicate Abg Mat. Apa yang jelas dari fakta kes ialah Abg Mat mengaku ada pergi ke rumah Hashimah semasa ketiadaan parentsnya. Tapi bila bab cabul nih… Orang lain tak tahu apa yang sebenarnya berlaku… cuma Hashimah, GU dan ALLAH SWT je yang tahu apa yang sebenarnya terjadi pada hari tu. Malaun belah sana memang realise that this is a huge loophole in their argument. So, dalam usaha nak tetap menunjukkan Abg Mat bersalah, diaorang highlight la gila – gila bab menceroboh tu. Dengan harapan kesalahan menceroboh akan dapat mengaitkan Abg Mat mencabul la.

Joe: Tapi orang ramai boleh nampak apa… menceroboh tak semestinya mencabul.

Jambul: Itu la…. Orang masuk bilik air tak semestinya berak. Bagi siapa yang arif pasal perbincangan logic akan dengan mudah nampak logical fallacy ynag dilakukan oleh malaun – maluan yang belah sana… Cuma orang pendek akal je yang tak nampak benda nih.

Joe: Lagi satu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan menceroboh tu? Iye la.. kalau kita masuk kawasan rumah orang yang memang kita tak kenal, boleh la kita kata menceroboh? Kalau kita masuk rumah orang yang kita kenal rapat, macam keluarga sendiri takkan menceroboh gak kot?

Jambul: Benar, lagi pun kalau la Abg Mat menceroboh, kenapa Hashimah tak pulak marah kat Abg Mat bia dia datang. Siap jemput masuk lagi. Kalau la dia tak suka orang masuk rumah tanpa izin, mesti dia takkan jemput masuk kerumah punya. The fact she ajak dia masuk tu menunjukkan dia tidak merasakan sebarang pencerobohan telah berlaku.

Joe: Lagipun, Abg Mat pun ada mengata bahawa dia pernah datang bersama – sama keluarga kerumah Hashimah semasa parents dia tak de. Habis, adakah itu pun juga menceroboh?

Jambul: Betul, kalau kita ikut definisi barua – barua belah sana yang dok kata kalau orang masuk rumah tanpa izin mak bapak itu menceroboh. Tak kira la samada seorang ke atau ramai – ramai ke… dah tak de parents.. so, kira menceroboh jugak la tu. Abih, KENAPA TAK KECOH?

Joe: Tul tu… Bangang betul la..

Jambul: Lepas tu, ada sekali tu… sehari sebelum keputusan MMK keluar mengatakan Abg Mat bersalah mencabul Hashimah, Amruddin dan Nasir ada datang ke rumah Mak Teh untuk membincangkan hal Abg Mat. Masa diaorang datang tu, Mak Teh terang – terang kata dia tak nak jumpa diaorang… tapi diaorang main redah masuk je rumah Mak Teh… yang itu diorang tak de pulak kata menceroboh.

Joe: Tak adil la macam tu.. kalau kes Hashimah tu dia boleh kata ceroboh, yang ini pun dia kena kata menceroboh jugak. Tak boleh la kasi treatment yang lain.

Jambul: Biasala diaorang.. kalau benda tu tak memihak kat diaorang, diaorang akan putar belit.