Sunday, December 20, 2009

4000 Hadiri Ceramah Dr. Yusuf Al Qaradawi

DI PETIK DARI MALAYSIAKINI:

Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi.

Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjamaah bersama-sama makmum yang menunggu beliau sejak jam 6 petang lagi.

Bagaimanapun, tokoh pemikir Islam dari Mesir itu kelihatan tidak begitu sihat hanya mengimamkan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi.

dr yusuf al-qaradhawi 03Sewaktu selesai solat berjamaah dan menuju ke kerusi yang disediakan berhampiran dengan mimbar masjid, hadirin yang berada di kiri dan kanan mimbar berpusu-pusu menghampiri beliau dengan lebih dekat menyebabkan pihak keselamatan dan urusetia terpaksa menenangkan keadaan.

Urusetia juga ketika itu, mengingatkan kepada hadirin agar tidak mendekati beliau dengan lebih rapat supaya dapat memberi ruang kepada Dr Yusuf untuk menyampaikan syarahan dengan lebih jelas dan selesa.

Turut hadir mendengar syarahan tersebut adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Dr Yusuf yang baru sahaja dianugerahkan tokoh Ma'al Hijrah pada tahun ini kelmarin, menyampaikan syarahan perdana yang menyentuh tentang pengajaran yang diperolehi oleh umat Islam dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Syarahan beliau memakan masa selama dua jam, bermula kira-kira 7.35 malam termasuk terjemahan syarahannya yang dipimpin oleh Abdul Ghani.

'Hijrah satu kemenangan'

Dalam syarahan beliau itu, Dr Yusuf menegaskan hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan.

"Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran.

"Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan hujahnya.

dr yusuf al-qaradhawiDalam kesempatan itu, beliau juga mengemukakan contoh bagaimana sahabat baginda, Sumayyah dan Ammar ibn Yasir diseksa oleh kaum kafir Quraisy kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Mereka adalah antara sahabat baginda yang terawal mati syahid dalam sejarah Islam, tambah ilmuan Islam itu.

Menurut Dr Yusuf, selain faktor penyeksaan yang diterima oleh para sahabat baginda, ahli keluarga dan kaum kerabat turut baginda dikenakan tekanan sosial dan diboikot dalam bidang ekonomi, menyebabkan Allah memerintahkan baginda berhijrah ke sana.

Dr Yusuf berkata antara pengajaran lain yang perlu dicontohi oleh umat Islam daripada peristiwa agung itu adalah "bagaimana Rasullullah SAW mengatur, merencanakan dan merancang strategi untuk berhijrah".

Katanya baginda mengatur strategi antaranya, memilih Abu Bakar Al-Siddiq menemani beliau sewaktu berhijrah, memilih Ali Abi Talib bagi menggantikan beliau ditempat tidur baginda, dan melantik Asma Abu Bakar menjadi sumber berita kepada Rasullah SAW sewaktu berhijrah.


'Harus atur strategi'


Sebahagian strategi Rasulullah SAW juga ialah memilih penunjuk jalan yang benar-benar arif ke Madinah supaya terhindar daripada kaum kafir Quraisy, tambah ilmuan Islam itu.

"Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," kata Dr Yusuf sambil membaca sepotong ayat yang dibaca oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar meminta beliau tidak bersedih dan gusar dengan kaum kafir Quraisy.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukan agama yang bersifat individualistik.

Sebaliknya katanya, Islam itu menganjurkan manusia agar hidup berjamaah atau berkumpulan dengan baginda mengasaskan masyarakat Islam dengan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, yang dinamakan sebagai kaum Ansar.

"(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam... tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam.

"Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran," katanya sambil membaca ayat keempat dan kelima dari surah al Fatihah, yang menggalakkan manusia hidup berkumpulan bukan bersikap individualistik.

Menurut Dr Yusuf lagi, pengajaran dari peristiwa hijrah tidak terhenti di situ sahaja, apabila baginda membina masyarakat yang berteraskan kepada iman dan Islam.

Menurutnya, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam 'Rabbani Insani' di situ.

Bina masjid

Ini kerana, wahyu yang turun di Madinah, secara umumnya mengisahkan tentang akhlak termasuk pensyariatan solat, puasa, urusan bermuamalat dan sosial di kalangan mereka termasuk perlaksanaan hukum qisas dan pengurusan hutang piutang berlaku selepas peristiwa hijrah.

dr yusuf al-qaradhawiDr Yusuf berkata, bagi tujuan tersebut, Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat.

Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.

"Pasar itu mempunyai pelbagai seksyen seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lembu, unta dan baginda menjadi pemantau terhadap sikap peniaga dan pedagang (yang berniaga)," katanya sambil menceritakan kisah seorang peniaga yang menipu dengan menjual tamar yang tidak elok.

Maka Dr Yusuf membaca sepotong hadis sahih yang menceritakan teguran Rasulullah SAW terhadap perbuatan peniaga tersebut, yang cuba menipu pelanggan.

Sebelum beliau mengakhiri syarahan beliau, ilmuan Islam itu, mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam".

'Pendustaan kaum munafik'

Katanya, mereka ini mengaku beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka benci kepada Islam. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik.

Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam".

Beliau memberi contoh bagaimana isteri baginda Rasullah SAW, Aisyah Abu Bakar difitnah mempunyai hubungan dengan seorang sahabat, yang terkenal dalam sirah baginda sebagai kisah 'Hadith Al-Ifki'.

Dalam peristiwa ini, orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay menyebarkan fitnah berhubung perkara tersebut dalam masyarakat Islam di Madinah, menyebabkan ada di kalangan sahabat terpedaya dan termakan dengan fitnah tersebut.

"Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain.

"Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.


Selepas menyampaikan ceramah, Dr Yusuf diminta membaca doa untuk kesejateraan umat Islam dan hadirin baramai-ramai mengaminkannya, sebelum diiringi dengan laungan takbir.

RASA - RASANYA ABDULLAH BIN UBAY MODERN NI BUAT FITNAH MACAM MANA AGAKNYA YEK?

Wednesday, July 01, 2009

Suasana tidak selesa

Lawak la pihak di belah sana tu. Kelam kabut punya hal, nak issue statememt pun dah macam orang mabuk.

Kat website diaorang tu ada mengatakan bahawa kononnya pihak ROS tidak pernah memperakui atau mengiktiraf mana - mana jawatankuasa persatuan dengan harapan ingin menunjukkan bahawa kononnya ada penipuan berlaku.

Ini apa punya statement penipu da? Apa korang ingat kita buat suka - suka ke main hentam macam korang? Kita ada bukti la beb. Tak percaya tanya la pihak HEP UIA yang sendiri dah tengok dokumen yang ada chop perakuan dari pihak ROS. Kalau nak kita tunjukkan pun boleh jugak. Kalau berani datang la... Sebab tu la pihak HEP tu ikut belah kami.. kerana kami ada bukti hitam putih... ala.. macam bukti kes pencabulan korang jugak la... ada bukti hitam putih kan? kalau korang boleh usung kes cabul tu ke hulu ke hilir, kita pub boleh usung fail yang telah diperakui ROS jugak.

Pulaknya dia tambah mengatakan bahawa pihak ROS tidak pula mengeluarkan notis pertikaian atas alasan bahawa ada kes di mahkamah agung. Ok... Kalau betul ROS tak nak keluarkan notis pertikaian, mana dia surat dari ROS yang mengatakan bahawa mereka sedang menunggu keputusan mahkamah agung sebelum membuat apa - apa tindakan? Mana dia? Takkan nak cakap mulut je kot? Kalau takat macam tu sesiapa pun boleh main dakwa - dakwi. Kita kat sini pun boleh cakap macam - macam... kita bukan macam korang sampai sanggup menipu ahli sendiri.

Yang lebih lawak ialah pihak belah sana mengambiL pendekatan status quo. Yakni AJK yang sedia ada akan diterima pakai sementara ada keputusan dari pihak ROS dan mahkamah.

Setakat yang saya tahu, saman terhadap persatuan ada saman yang melibatkan penggantungan GU berdasarkan hasil siasatan dalaman persatuan. GU mempertikaikan tatacara siasatan tersebut dan juga keputusan yang telah dibuat.

Kalau la nak ikut kan sangat status quo yang diaorang dok sebut - sebutkan sangat tu, maka status quo yang sepatutnya diambil adalah satus quo yang ada sebelum adanya keputusan penggantungan jawatan YM En. MD Razdi. Ataupun status quo sebelum adanya siasatan dalaman. Dalam erti kata lain, YM GU sepatutnya masih lagi presiden persatuan. Bukannya status quo yang macam diaorang tu.. itu status quo taik kucing namanya.

Apapun tahniah kepada pihak2 yang sedang bekerja keras menegakkan keadilan bagi pihak GU kerana talah berjaya mewujudkan apa yang disebutkan sebagai "suasana tidak selesa" dibahagian belah sana tu...

Friday, June 19, 2009

Proses penyerangan telah bermula

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala penat lelah untuk mendapatkan semula persatuan telah pun menampakkan hasil. Kepulangan GU yang tercinta dari tanah suci telah disambut dengan khabar gembira bahawa pihak Pendaftar Pertubuhan telah pun memperakui senarai jawatankuasa baru Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi bagi sesi 2009 - 2011 dengan YM GU sendiri sebagai presiden. Database ROS juga telah pun dikemaskini sekaligus menandakan bahawa episod hitam penguasaan pihak tertentu terhadap PSSCUHM telah pun berakhir.

Namum begitu, pihak tersebut masih lagi berkeras tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka telah pun kehilangan persatuan. Ibarat cuba untuk menegakkan benang yang basah pihak ini cuba untuk mengadakan Mesyuarat Agung mereka sendiri pada 6 Jun yang lepas. Tapi sayang.. you were a little bit too late..

Apapun perkara ini telah pun dibawa ke pihak polis yg mana laporang polis telah pun dibuat oleh pihak persatuan sebelum dan juga selepas mesyuarat tersebut. Kita tengok la apa yang akan terjadi.

Khabarnya mesyuarat pihak belah sana tu bukannya gah sangat pun. Yelah.. cuma 3 cawangan je yang nak datang. Berapa sangat la yang nak datang pun. Dengar cerita cuma 58 orang je yang hadir. Cawangan Perak pula langsung tak menghantar wakil... apa sudah jadi brader? Jauh sangat beza dengan EGM kita hari tu...

Tapi tak pe... ramai tak semestinya betul.. iye tak?

ini ayat penyedap hati.. orang dah kalah... macam ni la..

Dengan adanya perakuan dari ROS itu maka bermula lah siri serangan balas dari pihak kita. Sudah 3 tahun kita bersabar dengan kerenah diaorang ni. Habis semua IPT yang menyebelahi pihak GU dikacaunya termasuk sekali dengan wajadiri... para ahli dicawangan pun telah menerima padahnya dengan pelbagai ugutan dan sebagainya. Tambah pula dengan kenyataan - kenyataan di dada akhbar dan majalah yang banyak berunsur fitnah lagi memalukan... I think it is about time kita bertindak lebih aggresive don't you think?

Baru - baru ini pihak kita telah bertemu dengan pihak pentadbir Universiti Islam Antarabangsa (kesemua kampus) bagi menjelaskan kedudukan Persatuan terkini. Alhamdulillah, pihak pentadbir menyambut baik kehadiran kita dan berpuas hati penjelasan yang telah diberi oleh pihak Persatuan yang kini diterajui oleh YM GU. Kelas - kelas di UIA kini pun semuanya dibenarkan berjalan seperti biasa selama ianya dikendalikan pihak Persatuan.

Khabarnya semasa pertemuan dengan pihak pentadbiran UIA Nilai saudara Amrahi kita ada juga cuba nak intercept. Tah dari mana lah Saudara Amrahi kita ni dapat tahu pasal pertemuan tersebut. Alhamdulillah, despite kehadiran Saudara Amrahi, pihak kita berjaya untuk menjawab semua persoalan and segala hujah beliau telah dapat dipatahkan.

Malu Saudara Amrahi dihadapan pihak pentadbir UIA.

Usaha - usaha pemutihan semula akan diteruskan lagi... harap - harapnya keputusan yang sama juga akan kita dapati bagi kelas - kelas lain... tunggu dan lihat je la..

Apapun, memandangkan kita dah dapat persatuan balik, kita pun kena kerja dengan lebih keras bagi memartabatkan lagi pergerakkan kita. kalau dulu kita boleh berjalan dengan baik disebalik pelbagai cabaran yang timbul semata - mata kerana tidak memegang tampuk pemerintahan persatuan, tak de sebab kenapa kita tidak boleh bergerak dengan lebih giat lagi dengan adanya platform persatuan seperti sekarang.





p/s: terbaca kenyataan kat friendster group cekak pusaka hanafi: "dulu korang sebok kata mana pergi berkat guru Che Mat... sekarang korang dah rasa... amacam? ada best ka?"

Monday, June 08, 2009

Pengumuman Penting!!!

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pekeliling MMK 09/13

6 Jun 2009

Semua Ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA - Menggunakan Nama Persatuan Tanpa Kebenaran

Perkara diatas adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah menerima aduan dari ahli-ahli bahawa suatu perhimpunan telah diadakan pada 6hb Jun 2009 bertempat di Dewan MPAJ, Pandan Indah oleh pihak-pihak tertentu yang merujukkan perhimpunan tersebut kepada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 untuk PSSCUHM.

Untuk makluman semua ahli, pihak PSSCUHM tidak menganjurkan apa-apa mesyuarat atau perjumpaan pada masa ini dan sama sekali tidak mengeluarkan sebarang Notis Mesyuarat atau mengadakan sebarang perjumpaan pada tarikh dan tempat seperti di atas.

Pihak persatuan mendapati bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencemarkan nama baik PSSCUHM dengan menggunakan nama persatuan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Pihak persatuan telah membuat laporan polis dan seterusnya akan berkerjasama dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk mengambil tindakan serius mengenai perkara ini.

Pihak persatuan juga akan membuat laporan polis kerana terdapatnya individu yang tidak bertanggungjawab kerana telah menipu dengan menggunakan nama PSSCUHM bertujuan untuk menganjurkan suatu perhimpunan. Individu tersebut juga telah menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri, dan telah secara sengaja menyamar sebagai agen atau penjawat jawatan di PSSCUHM. Pihak persatuan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana individu di dalam perkara seperti ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menipu ahli-ahli dan masyarakat umum.

Pihak persatuan menasihatkan ahli-ahli supaya bertenang dan TIDAK MELIBATKAN DIRI di dalam apa-apa perjumpaan ataupun perhimpunan yang tidak sah kerana ianya adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak persatuan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli yang didapati melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung di dalam perhimpunan atau perjumpaan yang tidak sah.

Ahli-ahli bolehlah merujuk di laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org atau berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.

Sekian, wassalam.

AMINUDIN BIN DAHLAN
Ketua Perhubungan Seranta

Sunday, April 26, 2009

PSSCUHM Milik Kita !!!!!!

Alhamdulillah, berkat usaha dan perancangan rapi pihak YM GU, kita telah berjaya mendapatkan kembali Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi dari pihak yang belah sana di dalam satu Mesyuarat Agung Luar Biasa yang telah diadakan di Kelang pada penghujung bulan Mac yang lepas.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh sebahagian besar (>77%) daripada cawangan dan jugak ahli terus Persatuan yang telah secara sebulat suara memilih YM Tn. Hj. Md Radzi sebagai presiden bagi sessi yang seterusnya selama 3 tahun.

Tindakan ini sedikit sebanyak mengundang reaksi drastik dari pihak belah sana. Kenyataan rasmi berhubung tindakan pihak kita boleh didapati dilaman web penipu - penipu besar (lidah rasmi Ramliar) di www.cekakhanafi.com.

Secara ringkasnya, pihak belah sana bertindak kononnya berdasarkan perlembagaan persatuan dan kuasa yang berada ditangan mereka dengan membubarkan 10 Cawangan negeri dan juga memecat beberapa ahli terus persatuan. Selain daripada itu, satu laporan polis juga telah difailkan terhadap setiausaha persatuan En. Amin Zainul Abidin, atas dakwaan menipu ahli - ahli persatuan.

Bagi saya kenyataan dan tidakkan mereka ini merupakan tidakan dalam keadaan panik dan tak lebih dari usaha pihak belah sana untuk menegakkan benang yang basah. Sebenarnya mereka tidak menyangka bahawa perkara sebegini berlaku. Mereka ingat dengan tertubuhnya Pusaka Hanafi kita akan tinggalkan Cekak Hanafi... apa korang ingat kita nak kasik korang free - free guna nama Ustaz Hanafi ke?

Walauapapun tindakan ini telah pun dijangka... pihak cawangan dan semua yang terlibat sudah sedia maklum... sudah tentu ada bezanya tindakan orang bijaksana dan tindakan orang yang pandai..

Sebagai balasan terhadap kenyataan tersebut, pihak persatuan telah mengeluarkan kenyataan berikut:



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Pekeliling MMK 09/12

27 April 2009



Semua Ahli,

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.



Tuan / Puan,

MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa berdasarkan Perlembagaan Persatuan, Peraturan 7, Ceraian 23 (b), pada 28 Mac 2009 (Sabtu), pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan diseluruh Malaysia iaitu sekitar 77.6% peratus kehadiran daripada jumlah maksima Perwakilan sebanyak 410 orang.

Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini di adakan atas desakan 10 buah Cawangan Negeri di Malaysia yang menuntut Presiden memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2006/2009 yang telah gagal melaksanakan amanahnya berdasarkan Perlembagaan Persatuan dan ketetapan Mesyuarat Agung Perwakilan serta enggan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2006, 2007 dan 2008 dan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 telah difailkan dengan sempurna di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Mac 2009.

Satu laporan polis telah dibuat terhadap En.Ramlee Bin Abd.Rahman (Mantan Setiausaha Agung), En.Amrahi Bin Buang (Mantan Bendahari Agung), En.Abd Azman Bin Johan dan En.Kamarul Baharaini Bin Abd.Latiff (Mantan Juruaudit Dalaman) kerana telah enggan dan engkar untuk menyerahkan Penyata Aktiviti dan Kewangan PSSCUHM pada 26hb April 2009.

Adalah dimaklumkan juga bahawa pembubaran 10 Buah Cawangan Negeri oleh MMK 2006/2009 adalah tidak sah kerana Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan Negeri yang hilang kepercayaan dan keyakinan kepada En.Ramlee Bin Abd.Rahman (mantan Setiausaha Agung) telah diadakan pada bulan Februari 2009 dan MMK 2006/2009 telah tamat tempohnya selama 3 tahun pada 11hb Mac 2009.

Turut dimaklumkan bahawa pengguguran keahlian beberapa orang ahli Seumur Hidup persatuan ini adalah tidak sah kerana pemakluman tersebut hanya diterima selepas tarikh 21hb April 2009, iaitu selepas Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 terbentuk pada 28hb Mac 2009.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kesahihan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa mahupun Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 tersebut, bolehlah mencabarnya dimana-mana mahkamah di Malaysia yang merupakan badan yang berwibawa untuk menentukan samada sesuatu Mesyuarat Agung tersebut sah ataupun tidak.

Suka saya tegaskan disini bahawa berkuatkuasa selama 3 tahun, bermula daripada 28hb Mac 2009, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 (rujuk laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org) yang telah dipilih pada Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009 dan akan berakhir tempohnya pada 27hb Mac 2012. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.



Sekian, wassalam.





MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN

Setiausaha Agung




Lepas ini kita tengok macam mana lagi diaorang nak pusing....