Saturday, April 28, 2007

Dah Hilang Credibility

Dah lama saya tak update kan blog suwabara ini. Bukannya apa, sengaja perkara ini dilakukan kerana saya ingin meletakkan video dan bahan – bahan bukti tersebut pada kedudukan yang atas dalam blog ini. So that, bila puak – puak belah sana cuba nak putar belit isu mandat ini, para pembaca boleh la melihat video dan bahan bukti lain yang telah diterbikan sendiri oleh puak – puak tu dulu.

Cerita dia mudah aje… dulu diaorang cakap lain sekarang diaorang cakap lain pulak.

Persoalan – persoalan yang timbul berkenaan isu mandat ini telah pun diaorang sendiri jawab pada tahun 1993 – 94 dahulu.

Kita boleh lihat dengan jelas yang mereka ini has turned back on their own words.

I don’t know about you.. but selalunya kalau cakap balik – balik nih orang kata cakap bohong.

So, kalau Bigguy nak tahu siapa yang cakap bohong, Bigguy tengok saja la muka tu dalam cermin.. muka yang hang nampak tu la sebenarnya muka pembohong.

Saya pasti para pembaca ingat kata – kata Bigguy yang kononnya Pak Ak mengaku bahawa dia tiada mandat. Beliau kemudiannya telah mencabar pihak kami untuk memaparkan perbualan di antara Pak Ak dan GU tersbut.

Cabaran itu telah disahut dan saya telah pun menjawab dalam bentuk video dan tulisan apa yang sebenarnya berlaku. Kesimpulan yang didapati ialah Pak Ak mengakui beliau telah mendapat mandat persilatan dari Ustaz tetapi bab – bab hakikat dia tak de. Ianya amat berlawanan dengan dakwaan yang dibuat oleh Bigguy.

Secara tak langsung, insiden mencabar pihak GU untuk menunjukkan rakaman penyerahan berjaya dalam memaparkan character sebenar Bigguy dalam mengemukakan hujah selama ini. Beliau ini bukannya berminat untuk menegakkan kebenaran sebaliknya lebih berminat untuk menegakkan ideologi songsang mereka. Lihat saja lah cubaan mereka untuk memanipulasikan perbualan diantara Pak Ak dan GU. Itu saja telah cukup untuk menunjukkan jenis apa kah makhluk yang kita sedang hadapi kini.

You name it.. they have it… manipulative, penipu, kaki temberang, putar belit, putar alam…

Lagi nak mengaku ada sifat siddiq… piiiirrraaahhh…….

Seperti biasa, puak belah sana akan meneruskan propoganda mereka. Walaupun telah terang – terang terkantoi, mereka tetap nak menegakkan benang yang basah. Baca aje lah blog bigguy yang terbaru… boleh dia masih lagi mahu menafikan maksud sebenar Pak Ak dalam perbualan semasa penyerahan mandat dahulu… ini yang dah ada bukti ni…. pun dia tetap nak pusing sana pusing ini…

Lepas tu letak besar – besar: INI LAH SEBENAR – BENARNYA…

Tapi yang sebenarnya kita nampak bahawa diaorang tu kaki penipu…

INILAH SEBENAR – BENARNYA…

Bagi saya baik si Big Body Bai tu berhenti menulis… tak payah la nak canang buat kerja kerana Allah. Tak payah la nak canang kat orang yang orang lama tahu serba serbi. Tak payah la nak canang yang korang semua tu waris ilmu ustaz. Tak payah la sebok nak bagi “pengisian” kat orang…

The fact the korang menipu… dan dah kena kantoi terang – terangan sudah cukup menunjukkan bahawa korang tak de satu habuk pun benda yang ustaz dok bawak dulu tu.

Sifat siddiq tu asas.. sifat perdu.. kalau perdu dah rosak.. tak payah la nak bicara bab – bab ranting yang lainnya…..

Nanti bukannya pengisian yang hang bagi… pengosongan lagi ada la… bukan tkat kosong… songsang lagi ada la…

p/s: seronok tengok peraduan UNDIGU kat silatcekakhanafi.org dan seronok jugak bila nampak puak Bigguy begitu “terasa” dengan peraduan tersebut…..

Friday, April 13, 2007

Ini Buktinya

Atas permintaan ramai, saya postkan perbualan di antara Pak Ak dan GU semasa penyerahan mandat dahulu. I would like to thank my friend tandukrusa for all his hard work on this.



You judge it for yourself... siapa yang cuba nak putar belit isu sekarang?


Tak macam setengah orang, kami cakap ada bukti..

Tuesday, April 10, 2007

Kantoi!!!!

Puak – puak belah sana tu.. seperti biasa… cuba untuk memutar belitkan fakta yang kononnya Pak Ak mengatakan yang dia tiada mandat.

Kalau kita baca big body bai mereka ada meletakkan ayat ini:

" ... tentang nak perturunkan balik saya tak dapat mandat daripada Ustaz bab menda ijazah apa semua ini Ustaz tak perturun pada saya... "

Tapi apa yang mereka TAK letakkan ialah kata – kata Pak Ak selepas itu yang memberi gambaran yang lebih jelas apakah maksud Pak Ak sebenarnya..

Sejurus selepas mengatakan ayat diatas, Pak Ak menyambung dengan:

“….Ustaz hanya bagi satu benda saja yang saya cakap kat Mat dulu kan?... Belakang Silat tu memang saya ambil dari Ustazlah… Tetapi benda – benda bab – bab hakikat nih Ustaz tak PERTURUNKAN kat saya. Kalau saya nak PERTURUNKAN balik tak de lah. Saya bagi balik satu benda tu je lah. Apa yang Ustaz bagi kat saya tu, tu aje lah …

Nyata di sini bahawa apa yang dimaksudkan dengan IJAZAH yang tidak ada dan tidak dapat beliau perturunkan merupakan IJAZAH untuk bab – bab Hakikat yakni ilmu Agama yang ada pada Ustaz bukannya IJAZAH silat tu sendiri.

Pada masa yang sama Pak Ak dengan jelas mengatakan bahawa SILAT itu sememangnya beliau ambil dari Ustaz. Pak Ak merujuk kepada mandat silat tu dengan perkataan BENDA.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila lah mendengar siri perbualan di antara Pak Ak dan GU yang da dalam VCD Menegak Kebenaran tu. Jangan dok dengar sekerat – sekerat, dengar lah keseluruhan perbualan tu.

Nak pusing kot mana lagi Big Body Bai oiii ?…

Sunday, April 08, 2007

Nak pusing kot mana lagi oiiii?

Agaknya si big body bai nih nak kena lagi nih...

hehehehehe...

Bila baca blog terbaru dari mamat nih saya rasa teramat geli sangat. Nampak sangat usaha - usaha apa yang diistilahkan sebagai "character assasination" (ikut suka ko la labuuuu... ) berjaya sedikit sebanyak mencuit hati sanubari pihak belah sana.

Sekarang nih menggelabah la diaorang nak cari bukti mengatakan tindakkan diaorang nih semuanya betul...

Kononnya semua buktinya ada... tapi... kena rujuk setiausaha MMT... baguih la tu... simpan benda tu baik - baik ye tuan setiausaha...

Apa pun.. pihak dibelah sini dah mula keluarkan bukti..

Akan kami pertontonkan kepada anda semua satu persatu (chewah.. macam pak kaduk pulak aku nih)

Saya tak nak komen panjang... let the evidence speaks for itself... the proof is in the pudding...

Cuma saya nak minta perhatian semua adalah, siapa banyak kecoh pasal hal penyerahan mandat ini dahulu?

Adakah En. Md Radzi atau orang - orang lain atau mereka yang perasan sebagai "orang lama"?

Semua ni kata - kata diaorang... bukan kata - kata GU ye...

Korang kan orang lama?... ada universiti education lagi... pandai - pandai... jawab ler sendiri..

kita tengok putar alam diaorang macam mana pulak lepas ni

Tengok Apa Orang Lama Nih Cakap

Video dibawah menunjukkan dengan jelas bahawa tindakan MMT dan MMK meLANTIK Master Joe bersalahan dengan kata - kata orang lama ini.

Korang kena ikut cakap dia ni.. dia nih pemimpin Agung zaman ni:



Video ini jelas menunjukkan:

  • Bahawa pertukaran Guru adalah melalui penyerahan mandat
  • Tiada siapa yang berhak unuk campur tangan dalam urusan perlantikan guru baru.
  • MMT atau majlis muafakat penetapan guru utama hanya bertindak sebagai badan yang menetapkan dan mengisytiharkan GU baru bukannya untuk melantik Guru baru.
  • Cakap balik - balik sesetengah pihak. kalau nak tahu penipu... ini lah dia..

Saturday, April 07, 2007

Cerita Orang Lama

Tengah dok syok – syok bersih kan rumah saya semalam, terjumpa saya akan satu booklet yang telah di edarkan secara meluas semasa zaman pepecahan diantara CM dan CH pada tahun 1993 – 94 dahulu.

Antara beberapa artikel yang ada dalam booklet itu ada satu artikel yang benar – benar menarik minat saya dan saya rasa ianya amat relevent dengan apa yang sedang berlaku tehadap persatuan kita sekarang ini.

Artikel tersebut bertajuk GURU UTAMA SENI SILAT CEKAK yang telah dikarang oleh JAWATANKUASA PENERANGAN, URUSETIA LPT SENI SILAT CEKAK, PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA padah tahun 1994 menjelang mesyuarat agung luar biasa yang telah diadakan pada tahun itu.

Saya ambil sebahagian daripada artikel tersebut untuk dibaca oleh para pembaca sekelian:


Pendahuluan

Di dalam silat mesti ada guru dan anak murid. Di dalam Seni Silat Cekak sebenarnya Guru yang berhak yang boleh mengijazahkan penuntut adalah seorang sahaja didalam satu masa. Sebab itulah soal siapa Guru Utama Seni Silat Cekak sekarang adalah sangat penting dan menjadi punca kemelut di dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sekarang ini.

Sebab itu analisis dan kajian yang mendalam berdasarkan fikiran yang sihat, ajaran dan pesanan Ustaz Hanafi serta bahan bukti perlu dibuat oleh ahli - ahli di dalam menetapkan pendirian masing - masing di dalam mengiktiraf atau menyatakan siapakan sebenarnya Guru Utama Seni Silat Cekak yang berhak sekarang ini, kerana jika tidak kita sendirilah yang rugi kerana tidak mendapat berkat guru.

Pertukaran Guru Utama Seni Silat Cekak

Dari segi sejarah pertukaran guru berlangsung di antara guru dengan guru tanpa melibatkan orang lain. Dari guru, kita telah diberi tahu bahawa Panglima Ismail telah menurunkan silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Panglima Tok Rashid telah menurunkannya sebagai pemegang amanah kepada Yahya Said. Pak Yahya Said telah memberi MANDAT menjadi Guru kepada Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad. Di dalam penyerahan MANDAT tersebut Pak Ya telah membuat perjanjian dengan Ustaz Hanafi yang masing - masing mereka tidak boleh mengambil anak murid masing - masing. Malangnya Pak Yahya Said telah melanggar janji dengan mengambil murid - murid yang telah menderhaka dengan Ustaz Hanafi sebagai muridnya. Pak Yahya Said juga walaupun telah memberi MANDAT perguruan kepada Ustaz Hanafi selaras dengan syarat (perjanjian) penerimaan MANDAT guru dari gurunya, Panglima Tok Rashid untuk memulangkan kembali kepada anak cucunya dari Kedah, telah memberi kononya MANDAT perguruan kepada beberapa orang lain selepas itu. Tetapi tiada seorang pun yang menjadi yang dapat menjalankan tugas secara berwibawa kerana:

1) MANDAT perguruan sebenar telah pun diserahkan kepada ustaz.
2)Semasa memberi MANDAT tersebut, Pak Yahya Said telah tidak ada MANDAT untuk meMANDATkan perguruan kepada orang lain.

Tentang pengakuan Encik Ishak Itam bahawa ianya Pemangku dan mengatakan Encik Mohd Radzi yang akan mengambilalih perguruan kemudian bukanlah perkara baru. Sebelum dan selepas beliau didisytiharkan menjadi Guru Utama pada 21 September 1986 beliau sendiri telah memberitahu mengenai perkara itu kepada beberap orang di Kuala Lumpur dan beberapa pemimpin dan penuntut di Pusat Pengajian Tinggi. Angota pihak pentadbiran PSSCM yang juga pendukung – pendukung lama dan utama Ustaz Hanafi juga menyedari hal ini dan menasihati beliau (En. Ishak Itam) dan orang – orang yang berkaitan (yang sering mengatakan hal ini ) supaya perkara ini tidak diperkatakan pada masa itu kerana ianya bertentangan dengan muslihat pengukuhan dan perpaduan Seni Silat Cekak dan biarlah perkara ini ditentukan oleh masanya sendiri, kerana tidak ada makhluk yang dapat menentukan apa yang berlaku di hari muka.

Pada 19 Mei, 1993 tepat jam 1 tengahhari Tuan Haju Ishak Itam telah menyerahkan MANDAT perguruan Seni Silat Cekak kepada Encik Mohd Radzi Haji Hanafi secara ijazah 4 biji mata (di antara guru lama dan guru baru) seperti yang berlaku di dalam penyerahan MANDAT perguruan dari guru ke guru yang terdahulu. Sebagaimana di masa pertukaran guru yang lalu ada perjanjian yang dilakukan maka dalam pertukaran ini perjanjian telah dibuat di antara Encik Mohd Radzi Haji Hanafi dan Tuan Haji Ishak Itam ialah bahawa Tuan Haji Ishak Itam akan terus melakukan ijazah sehingga akhir Mei 1993 dan selepas itu En. Mohd Radzi Haji Hanafi akan menjalankan tuga perguruan sepenuhya.

Dari semua peristiwa di atas, ianya telah merakamkan bahawa urusan penyerahan MANDAT adalah urusan guru ke guru tanpa campur tangan sesiapapun. Penyerahan MANDAT dibuat adalah secara ijazah empat biji mata dengan mempunyai syarat – syarat yang diketahui oleh guru sendiri. Itulah tradisi, amalan dan keistimewaan Seni Silat Cekak. Tidak sewenang – wenangnya seseorang itu boleh mengatakan dan menjalankan tugas sebagai guru melainkan beliau betul – betul telah menerima MANDAT perguruan dari guru sebelumnya. Walaupun dalam sejarahnya ada juga segelintir penuntut – penuntut yang benar – benar bernafsu untuk menjadi guru tetapi mereka tidak dapat dan tidak berani mendakwa menjadi guru kerana mereka ini tidak menerima MANDAT perguruan yang sebenarnya.

Perkara ini perlu difahami oleh pemmpin – pemimpin PSSCM, kerana jika tersilap maka PSSCM bukan lagi akan menjadi jentera pengembang Seni Silat Cekak yang bergurukan kepada guru yang sebenarnya yang berhak dan sekiranya ini berlaku maka ianya merupakan malapetaka yang sukar diperbetulkan kembali.

-----------------------------------------------------------------

Nota:

Artikel diatas telah ditulis oleh salah seorang AHLI LPT merangkap ORANG LAMA PERSATUAN (sudah semestinya bukan geng belah GU kita sekarang)

Artikel ini juga menunjukkan dengan jelas bahawa pertukaran guru adalah melalui mandat dan bukannya secara lantikan oleh mana – mana pihak pun.

Pak Ak semasa menjadi GU Seni Silat Cekak dahulu disahkan mempunyai mandat. Berlainan dengan dakwaan sesetengah pihak yang Pak Ak tiada mandat.

Menujukkan bahawa tindakkan melantik GU oleh MMT merupakan satu tindakan yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah Silat Cekak dan jelas berlawanan degan tradisi dan amalam dalam Seni Silat Cekak.

Artikel ini juga menunjukkan bahawa tindakan “orang – orang lama persatuan” sekarang ini adalah berlawanan dengan apa yang telah mereka canangkan dahulu dan ini membuktikan bahawa selama ini mereka bukannya ikhlas dalam menyokong dan memperjuangkan Seni Silat Cekak yang telah dibawa oleh YM En. Md Radzi Hj Hanafi.

Kita dapat lihat bahawa pekataan MANDAT telah digunakan dengan meluas manakala perkataan DILANTIK tidak pun digunakan. Secara logiknya sekiranya PERLANTIKAN GU itu merupakan cara utama untuk menobatkan GU baru, perkataan LANTIK sudah tentu akan timbul dengan lebih banyak lagi.

------------------------------------------------------------

Di samping itu, terdapat juga satu artikel bertajuk Latarbelakang Dan Asal Usul Seni Silat Cekak yang juga telah ditulis oleh orang yang sama. Dalam para 7 artikel tersebut penulis telah menulis:

“Y.M Ustaz Hanafi Haji Ahmad sekalu Pemimpin Agung Seni Silat Cekak telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogogs 1986 di rumah beliau di alamat No 55, Jalan AU 2A/20, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur. Dalam tempoh 40 hari kemudian ahli – ahli keluarga Allahyarham Ustaz Hanafi berdasarkan kepada FAKTA – FAKTA yang meyakinkan telah sebulat suara bersetuju supaya Encik Ishak Itam memangku jawatan Guru Utama Sei Silat Cekak. Perkara ini telah diperakui di dalam perbincangan antara ahli kelaurga dan para pendukung setia Seni Silat Cekak.”

Dari ini kita dapat melihat bahawa penulis mengatakan bahawa terdapatnya FAKTA – FAKTA yang meyakinkan yang menyebabkan Tn. Hj. Ishak Itam telah dinobatkan sebagai pemangku GU Seni Silat Cekak. Ianya sudah tentu berlawanan dengan dakwaan yang kita baca di sesetengah blog – blog geng belah sana yang bahawa Pak Ak telah dinobatkan sebagai GU tanpa bukti yang kukuh.

Sunday, April 01, 2007

Simple Minds

I guess simplistic thinking run really deep amongst geng belah sana. I mean, how in the world do they come up with the idea that things can be settled once a new Master is “elected”?

Pemikiran macam ni adalah serupa la macam pemikiran - pemikiran yang pernah saya sentuh didalam blog saya yang lepas:

· GU telah ditahan polis… oleh kerana dia telah ditahan, dia bersalah

· GU telah di bawa kehadapan magistrate.. oleh kerana dia dibawa kehadapan magistrate, dia bersalah

· GU mengaku masuk kerumah Hashimah semasa ketiadaan ibu atau bapanya... maka dia bersalah

· GU menepuk mulut Abu Huzaifah... dia bertindak ganas

Boleh nampak pattern dia?

Propoganda and manipulation aside, kita boleh nampak betapa simpliknya pemikiran genag belah sana. Its like saying that there is one cause and then one effect….

Yup…. Buat satu dapat satu… aduh.. senangnya hidup…

Apapun… Cuba kita tanya diri kita sendiri apakah tindakan diaorang nih munasabah? Adakah dengan satu langkah semua masalah persatuan boleh selesai? Boleh ke?

I do not know about you… but sori brader, ini bukan buah serang. There is no such thing as a magic bullet dalam menyelesaikan masalah persatuan.

Selepas setahun kes GU nih berjalan, terlalu banyak perkara yang melampau telah dilakukan oleh puak belah sana terhadap GU dan mereka yang mempertahankan GU. Terlalu banyak.

And the wound cuts deep… terlalu dalam untuk dibaiki semata - mata dengan perlantikan GU baru.

I know what you are thinking. Puak belah sana mahu memaksa perkara ini diselesaikan. Mereka nak memaksa cawangan mengikut telunjuk diaorang dan mereka juga nak memaksa GU berundur. Samada keluar dari persatuan atau lepaskan saja jawatan.

Semuanya dengan cara paksaan. Baca aje la laman web dan blog - blog diaorang tu… semuanya arahan… arahan itu.. arahan ini.

Agaknya diaorang nih lupa dengan siapa dia berurusan agaknya. Kitaorang bukannya budak - budak boleh diheret kehulu kehilir. Semua ada akal, ada perasaan.

You think we won’t retaliate if you force us?

Kita masih tidak lupa bagaimana MMK banyak berlaku tidak adil kepada pihak cawangan. Bagaimana MKK telah mentah - mentah menolak tuntutan pihak cawangan untuk mengadakan EGM beberapa bulan yang lepas walaupun tuntutan itu sah menurutperlembagaan persatuan. Sehinggakan pihak persatuan terpaksa diheret ke mahkamah untuk mendapat perhatian yang sewajarnya.

Itu belum lagi masuk benda - benda yang mereka lakukan terhadap GU dan keluarga Allahyarham Ustaz.

Apa ingat kita orang kat sini tak marah ke?

Agaknya diaorang tu lupa yang pihak cawangan la yang banyak beri undi kat diaorang dalam AGM - AGM yang lepas. Tanpa pihak cawangan.. sapa la korang dalam persatuan.

Lagi nak mengugut? Nak paksa? Nak halang hak kami?

Please, do not bite the hand that feed you.. brother…

Kalau kita congak, berapa la sangat IPT atau Cawangan yang ikut Master Joe dan anak - anak buahnya? Dalam banyak - banyak, cuma cawangan Selangor je yang poyo nak ikut Master Joe itu pun yang ada kat area Bangi. Belah Shah Alam.. mintak maaf la.. solid di belakang GU.

Bagaimana dengan cawangan lain?

Cawangan Master Joe sendiri?

Laaa. Cawangan Master Joe sendiri pun tak ikut Master Joe?

Bagaimana pula dengan IPT? Ada dalam 10? 20? 30?

Berapa kerat sangat pun yang ikut diaorang tu?

Siapa yang sebenarnya yang terpinggir? Korang? Atau kitaorang?

Agaknya diaorang tu tak sedar yang diaorang tu... sikit... harap pegang jawatan dalam persatuan je...

Kalau kita tengok upacara pengisytiharan Mater Joe yang lepas, cuma cawangan Selangor dari sekitar Bangi je yang dijemput untuk upacara tu. Cawangan lain... tak de.

Diaorang tak berani nak panggil.. sebagaimana diaorang tak berani nak buat EGM yang diminta oleh 9 cawangan dulu.

OOPs.. I guess i was wrong, diaorang sedar diaorang tu tu sikit sebenarnya...

Anyway...

Pemilihan GU baru bukannya meredakan kemelut persatuan malah merumitkan lagi. Pihak cawangan yang menyokong GU sudah pasti tidak mahu menerima keputusan MMK dan MMT ini sebab semua dah sedia maklum bahawa dalam Silat Cekak seseorang itu perlu mempunyai mandat untuk menjadi Guru dan mandat itu perlu diserahkan oleh guru lama kepada guru baru.

Tapi sekarang mana penyerahan mandatnya?

Kalau la alasan hilang kelayakkan dan darurat digunakan untuk meniadakan penyerahan mandat maka ini satu asalan yang tidak boleh diterima kerana salah - salah Pak Ak dulu pun Che Mat pergi mengadap dia untuk ambil mandat.

Dan, sejahat - jahat Pak Ya pun, Ustaz mengadap dia untuk mengambil mandat.

Begitu juga dengan guru - guru silat cekak yang lain.

Semuanya mengadap.. semuanya secara 4 biji mata...

Kita tanya sekali lagi... mana penyerahan mandatnya?

Sekarang kita tanya pulak… mana pergi integriti individu – individu yang begitu lantang mempertahankan sistem penyerahan mandat semasa krisis dalam Cekak Malaysia dahulu?

Mana pergi integriti Ketua Penerangan dan Seranta pada waktu itu yang menghasilkan booklet untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa menerangkan kedudukan penyerahan mandat dalam silat kita?

Mana pergi integriti individu – individu yang ke hulu – kehilir membawa tape penyerahan mandat untuk meyakinkan para ahli bahawa GU yang baru ialah MD Radzi Hj Hanafi pada waktu itu?

Mana integriti korang… mana?

Putting all into perspective, tak secara langsung kita boleh nampak apa sebenarnya niat sesetengah orang lama masa zaman dalam CM dulu.

Rupa – rupanya semua sokongan yang diberikan kepada GU itu is just a matter of convenience.

Sakit hati sangat dengan Pak Ak, tetiba datang Che Mat yang dah siap ambik mandat… apa lagi.. pucuk dicita, ulam mendatang.

Sekarang, bila dah tak sehaluan.. dia makan pulak orang yang dia sokong dulu.

Tak menghairankan jika satu hari nanti Master kita nih akan dibaham sama.

Having said that…

MMK dan MMT pula akan, seperti biasa, menggunakan pendekatan mengarah, mengugut dan memaksa kesemua cawangan dan puat latihan untuk ikut telunjuk diaorang.

Selaras dengan pemikiran simplistik diaorang tu, ini lah saja cara yang boleh mereka fikir untuk mengekalan control dalam persatuan.

Hei brader jangan paksa - paksa... Silap haribulan, ada yang akan bertumbuk nanti.

I leave the rest to your imagination… but I tell you… whatever happens from here onwards is going to be messy… very - very messy.

Whatever it is, things are not going be settled easily.. it may take time.. it may take some creative thinking, but it will come to an amicable end.

Pihak GU mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah ini but wont be as simplictic as the method employed by puak belah sana.

Bagi geng belah sana… penghujung kes GU ini merupakan perlantikan Guru Utama yang baru...

Bagi kami... ini baru titik permulaan.

Tunggu saja tindak balas kami....

Checkmate?

Hardly my friend.. hardly

The game has just begun...