Saturday, April 07, 2007

Cerita Orang Lama

Tengah dok syok – syok bersih kan rumah saya semalam, terjumpa saya akan satu booklet yang telah di edarkan secara meluas semasa zaman pepecahan diantara CM dan CH pada tahun 1993 – 94 dahulu.

Antara beberapa artikel yang ada dalam booklet itu ada satu artikel yang benar – benar menarik minat saya dan saya rasa ianya amat relevent dengan apa yang sedang berlaku tehadap persatuan kita sekarang ini.

Artikel tersebut bertajuk GURU UTAMA SENI SILAT CEKAK yang telah dikarang oleh JAWATANKUASA PENERANGAN, URUSETIA LPT SENI SILAT CEKAK, PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA padah tahun 1994 menjelang mesyuarat agung luar biasa yang telah diadakan pada tahun itu.

Saya ambil sebahagian daripada artikel tersebut untuk dibaca oleh para pembaca sekelian:


Pendahuluan

Di dalam silat mesti ada guru dan anak murid. Di dalam Seni Silat Cekak sebenarnya Guru yang berhak yang boleh mengijazahkan penuntut adalah seorang sahaja didalam satu masa. Sebab itulah soal siapa Guru Utama Seni Silat Cekak sekarang adalah sangat penting dan menjadi punca kemelut di dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sekarang ini.

Sebab itu analisis dan kajian yang mendalam berdasarkan fikiran yang sihat, ajaran dan pesanan Ustaz Hanafi serta bahan bukti perlu dibuat oleh ahli - ahli di dalam menetapkan pendirian masing - masing di dalam mengiktiraf atau menyatakan siapakan sebenarnya Guru Utama Seni Silat Cekak yang berhak sekarang ini, kerana jika tidak kita sendirilah yang rugi kerana tidak mendapat berkat guru.

Pertukaran Guru Utama Seni Silat Cekak

Dari segi sejarah pertukaran guru berlangsung di antara guru dengan guru tanpa melibatkan orang lain. Dari guru, kita telah diberi tahu bahawa Panglima Ismail telah menurunkan silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Panglima Tok Rashid telah menurunkannya sebagai pemegang amanah kepada Yahya Said. Pak Yahya Said telah memberi MANDAT menjadi Guru kepada Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad. Di dalam penyerahan MANDAT tersebut Pak Ya telah membuat perjanjian dengan Ustaz Hanafi yang masing - masing mereka tidak boleh mengambil anak murid masing - masing. Malangnya Pak Yahya Said telah melanggar janji dengan mengambil murid - murid yang telah menderhaka dengan Ustaz Hanafi sebagai muridnya. Pak Yahya Said juga walaupun telah memberi MANDAT perguruan kepada Ustaz Hanafi selaras dengan syarat (perjanjian) penerimaan MANDAT guru dari gurunya, Panglima Tok Rashid untuk memulangkan kembali kepada anak cucunya dari Kedah, telah memberi kononya MANDAT perguruan kepada beberapa orang lain selepas itu. Tetapi tiada seorang pun yang menjadi yang dapat menjalankan tugas secara berwibawa kerana:

1) MANDAT perguruan sebenar telah pun diserahkan kepada ustaz.
2)Semasa memberi MANDAT tersebut, Pak Yahya Said telah tidak ada MANDAT untuk meMANDATkan perguruan kepada orang lain.

Tentang pengakuan Encik Ishak Itam bahawa ianya Pemangku dan mengatakan Encik Mohd Radzi yang akan mengambilalih perguruan kemudian bukanlah perkara baru. Sebelum dan selepas beliau didisytiharkan menjadi Guru Utama pada 21 September 1986 beliau sendiri telah memberitahu mengenai perkara itu kepada beberap orang di Kuala Lumpur dan beberapa pemimpin dan penuntut di Pusat Pengajian Tinggi. Angota pihak pentadbiran PSSCM yang juga pendukung – pendukung lama dan utama Ustaz Hanafi juga menyedari hal ini dan menasihati beliau (En. Ishak Itam) dan orang – orang yang berkaitan (yang sering mengatakan hal ini ) supaya perkara ini tidak diperkatakan pada masa itu kerana ianya bertentangan dengan muslihat pengukuhan dan perpaduan Seni Silat Cekak dan biarlah perkara ini ditentukan oleh masanya sendiri, kerana tidak ada makhluk yang dapat menentukan apa yang berlaku di hari muka.

Pada 19 Mei, 1993 tepat jam 1 tengahhari Tuan Haju Ishak Itam telah menyerahkan MANDAT perguruan Seni Silat Cekak kepada Encik Mohd Radzi Haji Hanafi secara ijazah 4 biji mata (di antara guru lama dan guru baru) seperti yang berlaku di dalam penyerahan MANDAT perguruan dari guru ke guru yang terdahulu. Sebagaimana di masa pertukaran guru yang lalu ada perjanjian yang dilakukan maka dalam pertukaran ini perjanjian telah dibuat di antara Encik Mohd Radzi Haji Hanafi dan Tuan Haji Ishak Itam ialah bahawa Tuan Haji Ishak Itam akan terus melakukan ijazah sehingga akhir Mei 1993 dan selepas itu En. Mohd Radzi Haji Hanafi akan menjalankan tuga perguruan sepenuhya.

Dari semua peristiwa di atas, ianya telah merakamkan bahawa urusan penyerahan MANDAT adalah urusan guru ke guru tanpa campur tangan sesiapapun. Penyerahan MANDAT dibuat adalah secara ijazah empat biji mata dengan mempunyai syarat – syarat yang diketahui oleh guru sendiri. Itulah tradisi, amalan dan keistimewaan Seni Silat Cekak. Tidak sewenang – wenangnya seseorang itu boleh mengatakan dan menjalankan tugas sebagai guru melainkan beliau betul – betul telah menerima MANDAT perguruan dari guru sebelumnya. Walaupun dalam sejarahnya ada juga segelintir penuntut – penuntut yang benar – benar bernafsu untuk menjadi guru tetapi mereka tidak dapat dan tidak berani mendakwa menjadi guru kerana mereka ini tidak menerima MANDAT perguruan yang sebenarnya.

Perkara ini perlu difahami oleh pemmpin – pemimpin PSSCM, kerana jika tersilap maka PSSCM bukan lagi akan menjadi jentera pengembang Seni Silat Cekak yang bergurukan kepada guru yang sebenarnya yang berhak dan sekiranya ini berlaku maka ianya merupakan malapetaka yang sukar diperbetulkan kembali.

-----------------------------------------------------------------

Nota:

Artikel diatas telah ditulis oleh salah seorang AHLI LPT merangkap ORANG LAMA PERSATUAN (sudah semestinya bukan geng belah GU kita sekarang)

Artikel ini juga menunjukkan dengan jelas bahawa pertukaran guru adalah melalui mandat dan bukannya secara lantikan oleh mana – mana pihak pun.

Pak Ak semasa menjadi GU Seni Silat Cekak dahulu disahkan mempunyai mandat. Berlainan dengan dakwaan sesetengah pihak yang Pak Ak tiada mandat.

Menujukkan bahawa tindakkan melantik GU oleh MMT merupakan satu tindakan yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah Silat Cekak dan jelas berlawanan degan tradisi dan amalam dalam Seni Silat Cekak.

Artikel ini juga menunjukkan bahawa tindakan “orang – orang lama persatuan” sekarang ini adalah berlawanan dengan apa yang telah mereka canangkan dahulu dan ini membuktikan bahawa selama ini mereka bukannya ikhlas dalam menyokong dan memperjuangkan Seni Silat Cekak yang telah dibawa oleh YM En. Md Radzi Hj Hanafi.

Kita dapat lihat bahawa pekataan MANDAT telah digunakan dengan meluas manakala perkataan DILANTIK tidak pun digunakan. Secara logiknya sekiranya PERLANTIKAN GU itu merupakan cara utama untuk menobatkan GU baru, perkataan LANTIK sudah tentu akan timbul dengan lebih banyak lagi.

------------------------------------------------------------

Di samping itu, terdapat juga satu artikel bertajuk Latarbelakang Dan Asal Usul Seni Silat Cekak yang juga telah ditulis oleh orang yang sama. Dalam para 7 artikel tersebut penulis telah menulis:

“Y.M Ustaz Hanafi Haji Ahmad sekalu Pemimpin Agung Seni Silat Cekak telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogogs 1986 di rumah beliau di alamat No 55, Jalan AU 2A/20, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur. Dalam tempoh 40 hari kemudian ahli – ahli keluarga Allahyarham Ustaz Hanafi berdasarkan kepada FAKTA – FAKTA yang meyakinkan telah sebulat suara bersetuju supaya Encik Ishak Itam memangku jawatan Guru Utama Sei Silat Cekak. Perkara ini telah diperakui di dalam perbincangan antara ahli kelaurga dan para pendukung setia Seni Silat Cekak.”

Dari ini kita dapat melihat bahawa penulis mengatakan bahawa terdapatnya FAKTA – FAKTA yang meyakinkan yang menyebabkan Tn. Hj. Ishak Itam telah dinobatkan sebagai pemangku GU Seni Silat Cekak. Ianya sudah tentu berlawanan dengan dakwaan yang kita baca di sesetengah blog – blog geng belah sana yang bahawa Pak Ak telah dinobatkan sebagai GU tanpa bukti yang kukuh.