Sunday, April 01, 2007

Simple Minds

I guess simplistic thinking run really deep amongst geng belah sana. I mean, how in the world do they come up with the idea that things can be settled once a new Master is “elected”?

Pemikiran macam ni adalah serupa la macam pemikiran - pemikiran yang pernah saya sentuh didalam blog saya yang lepas:

· GU telah ditahan polis… oleh kerana dia telah ditahan, dia bersalah

· GU telah di bawa kehadapan magistrate.. oleh kerana dia dibawa kehadapan magistrate, dia bersalah

· GU mengaku masuk kerumah Hashimah semasa ketiadaan ibu atau bapanya... maka dia bersalah

· GU menepuk mulut Abu Huzaifah... dia bertindak ganas

Boleh nampak pattern dia?

Propoganda and manipulation aside, kita boleh nampak betapa simpliknya pemikiran genag belah sana. Its like saying that there is one cause and then one effect….

Yup…. Buat satu dapat satu… aduh.. senangnya hidup…

Apapun… Cuba kita tanya diri kita sendiri apakah tindakan diaorang nih munasabah? Adakah dengan satu langkah semua masalah persatuan boleh selesai? Boleh ke?

I do not know about you… but sori brader, ini bukan buah serang. There is no such thing as a magic bullet dalam menyelesaikan masalah persatuan.

Selepas setahun kes GU nih berjalan, terlalu banyak perkara yang melampau telah dilakukan oleh puak belah sana terhadap GU dan mereka yang mempertahankan GU. Terlalu banyak.

And the wound cuts deep… terlalu dalam untuk dibaiki semata - mata dengan perlantikan GU baru.

I know what you are thinking. Puak belah sana mahu memaksa perkara ini diselesaikan. Mereka nak memaksa cawangan mengikut telunjuk diaorang dan mereka juga nak memaksa GU berundur. Samada keluar dari persatuan atau lepaskan saja jawatan.

Semuanya dengan cara paksaan. Baca aje la laman web dan blog - blog diaorang tu… semuanya arahan… arahan itu.. arahan ini.

Agaknya diaorang nih lupa dengan siapa dia berurusan agaknya. Kitaorang bukannya budak - budak boleh diheret kehulu kehilir. Semua ada akal, ada perasaan.

You think we won’t retaliate if you force us?

Kita masih tidak lupa bagaimana MMK banyak berlaku tidak adil kepada pihak cawangan. Bagaimana MKK telah mentah - mentah menolak tuntutan pihak cawangan untuk mengadakan EGM beberapa bulan yang lepas walaupun tuntutan itu sah menurutperlembagaan persatuan. Sehinggakan pihak persatuan terpaksa diheret ke mahkamah untuk mendapat perhatian yang sewajarnya.

Itu belum lagi masuk benda - benda yang mereka lakukan terhadap GU dan keluarga Allahyarham Ustaz.

Apa ingat kita orang kat sini tak marah ke?

Agaknya diaorang tu lupa yang pihak cawangan la yang banyak beri undi kat diaorang dalam AGM - AGM yang lepas. Tanpa pihak cawangan.. sapa la korang dalam persatuan.

Lagi nak mengugut? Nak paksa? Nak halang hak kami?

Please, do not bite the hand that feed you.. brother…

Kalau kita congak, berapa la sangat IPT atau Cawangan yang ikut Master Joe dan anak - anak buahnya? Dalam banyak - banyak, cuma cawangan Selangor je yang poyo nak ikut Master Joe itu pun yang ada kat area Bangi. Belah Shah Alam.. mintak maaf la.. solid di belakang GU.

Bagaimana dengan cawangan lain?

Cawangan Master Joe sendiri?

Laaa. Cawangan Master Joe sendiri pun tak ikut Master Joe?

Bagaimana pula dengan IPT? Ada dalam 10? 20? 30?

Berapa kerat sangat pun yang ikut diaorang tu?

Siapa yang sebenarnya yang terpinggir? Korang? Atau kitaorang?

Agaknya diaorang tu tak sedar yang diaorang tu... sikit... harap pegang jawatan dalam persatuan je...

Kalau kita tengok upacara pengisytiharan Mater Joe yang lepas, cuma cawangan Selangor dari sekitar Bangi je yang dijemput untuk upacara tu. Cawangan lain... tak de.

Diaorang tak berani nak panggil.. sebagaimana diaorang tak berani nak buat EGM yang diminta oleh 9 cawangan dulu.

OOPs.. I guess i was wrong, diaorang sedar diaorang tu tu sikit sebenarnya...

Anyway...

Pemilihan GU baru bukannya meredakan kemelut persatuan malah merumitkan lagi. Pihak cawangan yang menyokong GU sudah pasti tidak mahu menerima keputusan MMK dan MMT ini sebab semua dah sedia maklum bahawa dalam Silat Cekak seseorang itu perlu mempunyai mandat untuk menjadi Guru dan mandat itu perlu diserahkan oleh guru lama kepada guru baru.

Tapi sekarang mana penyerahan mandatnya?

Kalau la alasan hilang kelayakkan dan darurat digunakan untuk meniadakan penyerahan mandat maka ini satu asalan yang tidak boleh diterima kerana salah - salah Pak Ak dulu pun Che Mat pergi mengadap dia untuk ambil mandat.

Dan, sejahat - jahat Pak Ya pun, Ustaz mengadap dia untuk mengambil mandat.

Begitu juga dengan guru - guru silat cekak yang lain.

Semuanya mengadap.. semuanya secara 4 biji mata...

Kita tanya sekali lagi... mana penyerahan mandatnya?

Sekarang kita tanya pulak… mana pergi integriti individu – individu yang begitu lantang mempertahankan sistem penyerahan mandat semasa krisis dalam Cekak Malaysia dahulu?

Mana pergi integriti Ketua Penerangan dan Seranta pada waktu itu yang menghasilkan booklet untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa menerangkan kedudukan penyerahan mandat dalam silat kita?

Mana pergi integriti individu – individu yang ke hulu – kehilir membawa tape penyerahan mandat untuk meyakinkan para ahli bahawa GU yang baru ialah MD Radzi Hj Hanafi pada waktu itu?

Mana integriti korang… mana?

Putting all into perspective, tak secara langsung kita boleh nampak apa sebenarnya niat sesetengah orang lama masa zaman dalam CM dulu.

Rupa – rupanya semua sokongan yang diberikan kepada GU itu is just a matter of convenience.

Sakit hati sangat dengan Pak Ak, tetiba datang Che Mat yang dah siap ambik mandat… apa lagi.. pucuk dicita, ulam mendatang.

Sekarang, bila dah tak sehaluan.. dia makan pulak orang yang dia sokong dulu.

Tak menghairankan jika satu hari nanti Master kita nih akan dibaham sama.

Having said that…

MMK dan MMT pula akan, seperti biasa, menggunakan pendekatan mengarah, mengugut dan memaksa kesemua cawangan dan puat latihan untuk ikut telunjuk diaorang.

Selaras dengan pemikiran simplistik diaorang tu, ini lah saja cara yang boleh mereka fikir untuk mengekalan control dalam persatuan.

Hei brader jangan paksa - paksa... Silap haribulan, ada yang akan bertumbuk nanti.

I leave the rest to your imagination… but I tell you… whatever happens from here onwards is going to be messy… very - very messy.

Whatever it is, things are not going be settled easily.. it may take time.. it may take some creative thinking, but it will come to an amicable end.

Pihak GU mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah ini but wont be as simplictic as the method employed by puak belah sana.

Bagi geng belah sana… penghujung kes GU ini merupakan perlantikan Guru Utama yang baru...

Bagi kami... ini baru titik permulaan.

Tunggu saja tindak balas kami....

Checkmate?

Hardly my friend.. hardly

The game has just begun...