Tuesday, April 10, 2007

Kantoi!!!!

Puak – puak belah sana tu.. seperti biasa… cuba untuk memutar belitkan fakta yang kononnya Pak Ak mengatakan yang dia tiada mandat.

Kalau kita baca big body bai mereka ada meletakkan ayat ini:

" ... tentang nak perturunkan balik saya tak dapat mandat daripada Ustaz bab menda ijazah apa semua ini Ustaz tak perturun pada saya... "

Tapi apa yang mereka TAK letakkan ialah kata – kata Pak Ak selepas itu yang memberi gambaran yang lebih jelas apakah maksud Pak Ak sebenarnya..

Sejurus selepas mengatakan ayat diatas, Pak Ak menyambung dengan:

“….Ustaz hanya bagi satu benda saja yang saya cakap kat Mat dulu kan?... Belakang Silat tu memang saya ambil dari Ustazlah… Tetapi benda – benda bab – bab hakikat nih Ustaz tak PERTURUNKAN kat saya. Kalau saya nak PERTURUNKAN balik tak de lah. Saya bagi balik satu benda tu je lah. Apa yang Ustaz bagi kat saya tu, tu aje lah …

Nyata di sini bahawa apa yang dimaksudkan dengan IJAZAH yang tidak ada dan tidak dapat beliau perturunkan merupakan IJAZAH untuk bab – bab Hakikat yakni ilmu Agama yang ada pada Ustaz bukannya IJAZAH silat tu sendiri.

Pada masa yang sama Pak Ak dengan jelas mengatakan bahawa SILAT itu sememangnya beliau ambil dari Ustaz. Pak Ak merujuk kepada mandat silat tu dengan perkataan BENDA.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila lah mendengar siri perbualan di antara Pak Ak dan GU yang da dalam VCD Menegak Kebenaran tu. Jangan dok dengar sekerat – sekerat, dengar lah keseluruhan perbualan tu.

Nak pusing kot mana lagi Big Body Bai oiii ?…