Wednesday, March 14, 2007

Ceroboh

Satu Petang Yang Indah Di KL

Joe: Aku musykil la dengan diaorang nih.

Jambul: Awat lak?

Joe: Diaorang dok kata Abg Mat cabul budak umur 16 tahun dan Abg Mat pun, menurut sisatan pihak persatuan, kononnya didapati bersalah kerana mencabul… kenapa diaorang asyik memperbesarkan isu menceroboh?

Jambul: Itu menunjukkan bahawa diaorang sendiri tak yakin dengan tuduhan mencabul yang diaorang lemparkan kat Abg Mat tu. Diaorang pun, tahu kes cabul nih tak mempunyai cukup bukti nak implicate Abg Mat. Apa yang jelas dari fakta kes ialah Abg Mat mengaku ada pergi ke rumah Hashimah semasa ketiadaan parentsnya. Tapi bila bab cabul nih… Orang lain tak tahu apa yang sebenarnya berlaku… cuma Hashimah, GU dan ALLAH SWT je yang tahu apa yang sebenarnya terjadi pada hari tu. Malaun belah sana memang realise that this is a huge loophole in their argument. So, dalam usaha nak tetap menunjukkan Abg Mat bersalah, diaorang highlight la gila – gila bab menceroboh tu. Dengan harapan kesalahan menceroboh akan dapat mengaitkan Abg Mat mencabul la.

Joe: Tapi orang ramai boleh nampak apa… menceroboh tak semestinya mencabul.

Jambul: Itu la…. Orang masuk bilik air tak semestinya berak. Bagi siapa yang arif pasal perbincangan logic akan dengan mudah nampak logical fallacy ynag dilakukan oleh malaun – maluan yang belah sana… Cuma orang pendek akal je yang tak nampak benda nih.

Joe: Lagi satu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan menceroboh tu? Iye la.. kalau kita masuk kawasan rumah orang yang memang kita tak kenal, boleh la kita kata menceroboh? Kalau kita masuk rumah orang yang kita kenal rapat, macam keluarga sendiri takkan menceroboh gak kot?

Jambul: Benar, lagi pun kalau la Abg Mat menceroboh, kenapa Hashimah tak pulak marah kat Abg Mat bia dia datang. Siap jemput masuk lagi. Kalau la dia tak suka orang masuk rumah tanpa izin, mesti dia takkan jemput masuk kerumah punya. The fact she ajak dia masuk tu menunjukkan dia tidak merasakan sebarang pencerobohan telah berlaku.

Joe: Lagipun, Abg Mat pun ada mengata bahawa dia pernah datang bersama – sama keluarga kerumah Hashimah semasa parents dia tak de. Habis, adakah itu pun juga menceroboh?

Jambul: Betul, kalau kita ikut definisi barua – barua belah sana yang dok kata kalau orang masuk rumah tanpa izin mak bapak itu menceroboh. Tak kira la samada seorang ke atau ramai – ramai ke… dah tak de parents.. so, kira menceroboh jugak la tu. Abih, KENAPA TAK KECOH?

Joe: Tul tu… Bangang betul la..

Jambul: Lepas tu, ada sekali tu… sehari sebelum keputusan MMK keluar mengatakan Abg Mat bersalah mencabul Hashimah, Amruddin dan Nasir ada datang ke rumah Mak Teh untuk membincangkan hal Abg Mat. Masa diaorang datang tu, Mak Teh terang – terang kata dia tak nak jumpa diaorang… tapi diaorang main redah masuk je rumah Mak Teh… yang itu diorang tak de pulak kata menceroboh.

Joe: Tak adil la macam tu.. kalau kes Hashimah tu dia boleh kata ceroboh, yang ini pun dia kena kata menceroboh jugak. Tak boleh la kasi treatment yang lain.

Jambul: Biasala diaorang.. kalau benda tu tak memihak kat diaorang, diaorang akan putar belit.