Sunday, March 18, 2007

Oh Abg Joe KU

Setelah sekian lama menuggu siapakah orang yang bakal dipilih untuk menjadi GU geng belah sana, teka - teki itu akhirnya terjawab dengan “Pelantikkan” JOE MARWI sebagai guru baru bagi”menggantikan” GU yang masih lagi sah dan bermandat, Mohd Radzi Bin Hj Hanafi.

Seperti sudah mengagak, Amruddin tidak dinobatkan sebagai GU. Puak sana tahu, kalau Amruddin dilantik menjadi guru maka banyaklah lagi masalah yang timbul. For one it will, without doubt, confirms the allegation that Amruddin nih ada hati jadi Guru.

Perlatikkan Joe Marwi ini memberi sedikit kejutan kerana rata - rata dia dia ni bukanlah individu yang kita nampak mempunyai ketokohan untuk menjadi GU (ala.. Amruddin pun tak de jugak). Lets face it, aside from being magnificent at silat, Joe Marwi offers nothing much. Tak tahu la kalau his past experience sebagai samseng Chow Kit tu boleh dijadikan sandaran

But do not expect Joe Marwi to be at the top for long though. From where I am. I believe he is just there as a stop gap measure before turn to someone who is of better caliber to replace him.

Joe Marwi ini is considered a good candidate untuk menjadi guru bagi pihak diorang sebab dia nih senang nak di kudakan. Tengok saja lah senang mana dia percaya bulat - bulat cerita Amruddin tentang kes Hashimah ini. Kalau macam tu punya senang dia boleh percaya, macam tu punya senang juga la dia boleh di manipulate oleh malaun - malaun ini. Tak salah juga kalau kita nak kata dia nih lebih merupakan GU boneka dari GU yang sebenar.

Buat pengetahuan, antara criteria utama untuk mejadi GU ini adalah calon tersebut hendaklah orang Kedah atau berasal dari Kedah. Bukan takat itu sahaja. Ada banyak tanda - tanda dan ukuran - ukuran tertentu yang dikenali sebagai Tujuh Bintang yang perlu ada pada seseorang calon tersebut sebelum dia boleh dipertimbangkan untuk menjadi GU. Kalau ikut bahasa yang biasa digunakan oleh Ustaz, kalau seseorang tu nak jadi Guru dia kena ada “cutting”nya.

Sebenarnya bukannya senang nak cari guru pengganti. Ia bukannya satu benda yang boleh dibuat sesuka hati kerana ia ibarat searching for a needle in a hay stack. The probability to find a suitable candidate is so minute... so small, sehinggakan GU mengatakan bahawa dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahui siapa yang menjadi pengganti GU. Atas sebab ini juga lah kita melihat kedudukan GURU dalam Silat Cekak ini telah diserahkan kepada beberapa pemegang amanah sepanjang sejarah keujudannya.

Apa pun yang nyatanya Joe Marwi atau Amruddin bukan lah orang yang ada cutting tersebut. maka mereka bukannya layak untuk menerima jawatan GU Silat Cekak.

Akhir kalam, ingin saya mengimbau kembali kata - kata Ustaz Hanafi dalam bab menjadi Guru ini dalam Dewan Masyarakat satu waktu dahulu semoga ianya menjadi panduan buat "Guru Baru" kita dan juga mereka yang bersekongkol dengannya :

“ Faham akan semua peringkat, baharulah seseorang itu layak menjadi penganjur dan pemimpin silat sebenarnya. Jika sekadar sampai pada kulit sahaja tanpa “ruh” silat yang sejati ia tidak layak menerima warisan pusaka. Jika diterima jua ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang sejati baharulah ia layak menjadi GURU.

Jika tidak maka guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing berlari. Pelajar dengan guru sedemikian bermakna seseorang itu kan bertambah jahat, bongkak dan sombong…”

Selamat menjadi GU… Abg JOE.