Monday, December 11, 2006

Menjawab Persoalan Yang Tak Perlu Dipersoal

Tersenyum saya bila membaca artikel berkenaan kedudukan GU yang telah diletakkan oleh Pak Kaduk baru – baru ini. Saya tak tahu la kalau yang menulis nih orang lama atau orang baru tapi bagi saya tulisan ini langsung tak melambangkan pemahaman dia terhadap kedudukan GU dalam silat ini... bukannya saya nak kata saya tak tahu semua.. Tapi cuma sekadar nak menunjukkan bahawa terdapat beberapa salah faham yang kronik dikalangan merekan yang menentang GU tentang kedudukan Guru dalam silat cekak. Yang anihnya, banyak daripada info – info yang saya ada sekarang ini kebanyakkanya saya dapat dari sekarang ini pun datangnya dari mereka – mereka yang yang sekarang menentang GU…. Saya pun tak tahu kenapa… cakap tak serupa bikin kot.

Saya akan cuba menjawab beberapa dan fakta yang telah dinyatakan oleh penulis. Tulisan saya dalam Bold letters:

Hari ini Pak Kaduk teruja dengan satu artikal yang di siarkan di blog bigbodyguy, bertepatan dengan keadaan semasa dan ada perkara perkara yang didalam lipatan sejarah yang dilupakan atau diketepikan, besesuaian dengan keadaan masa kini maka Pak Kaduk copy dan 'paste'kan di blog Pak Kaduk untuk di baca oleh pengunjung pengunjung blog Pak Kaduk dengan izin, selamat membaca.


Dalam lipatan sejarah Silat Cekak

Assalamu’alaikum ahli-ahli Silat Cekak sekelian.

Alhamdullilah, bersyukur kita kepada Allah swt kerana masih lagi berpeluang untuk menikmati segala pemberianNya di alam semesta ini.

Selawat serta salam buat Rasullulah SAW yang sangat dikasihi.

Kelihatan ahli-ahli Silat Cekak masih lagi terpinga-pinga dalam menghadapi situasi
malang yang menimpa Silat Cekak sekarang ini.

Mana satu nak pilih? Di satu pihak adalah Md Radzi Hanafi, satu-satunya anak Ustaz Hanafi yang dikatakan boleh memimpin Silat Cekak. Di satu pihak lagi adalah para pendukung Silat Cekak serta MMK yang jasa mereka begitu banyak dalam Silat Cekak.

Kelihatan sentimen keluarga Ustaz Hanafi digunakan oleh Md Radzi Hanafi untuk meraih simpati dan sokongan. Ini termasuk Mak Teh dan abang-abang serta adik-adik beliau. Dikuatkan dengan sokongan kakak-kakak ipar dan adik-adik ipar serta anak-anak saudara, jauh dan dekat. Dicanangkan di seluruh negara bahawa para pendukung telah memfitnah beliau dengan tujuan untuk menjatuhkan beliau sebagai guru utama dan presiden. Imej anak kepada Ustaz Hanafi dan keluarga Ustaz Hanafi menjadi senjata utama untuk mencari pengaruh.

Aik…. Terpulag kepada cara masing - masinglah nak beri kredibiliti kepada diri masing - masing… macam la korang tak guna tactic yang lebih kurang sama. Guna sentimen sebagai orang lama dan ahli MMK yang kononnya banyak berjasa untuk mempengaruhi ahli - ahli yang lain.

Siapa yang tidak mahu terima dan menyokong Md Radzi Hanafi diusir keluar daripada persatuan! Benarlah ada pendapat yang mengatakan bahawa Md Radzi Hanafi ingat , Silat Cekak ini adalah silat bapanya dan dia boleh buat sesuka hatinya!

Sejak bila pulak ahli diusir keluar dari persatuan… ini cerita temberang nih.. boleh bagi nama tak siapa yang kena usir dari persatuan? Ke saudara nih keliru.. tak tahu beza kedudukan Guru dengan persatuan… macam ini ke fahaman orang - orang lama?

Lagi pun memang silat cekak ini milik bapak Md Radzi.. itu dulu.. sekarang dah jadi milik dia sebab mandat ada pada nya. Tak macam silat - silat lain, silat cekak nih bertuan dan bertunjangkan guru. Sebab itu guru boleh dan berhak untuk tidak menghalalkan ilmu yang dia beri kepada anak murid dia. Sebab itu juga sumpah tidak menderhaka kepada guru itu ditekankan betul - betul dalam silat cekak.


Maka terpinga-pinga ahli-ahli Silat Cekak… nak ikut atau tidak mahu ikut? Siapa yang menjadi tenaga pengajar lebih-lebih lagilah peningnya!

Jika tidak mahu sokong Md Radzi Hanafi, nak sokong siapa? Walaupun MMK telah buat keputusan membalikkan isu guru utama kepada MMT, masih tidak kelihatan tindakan-tindakan susulan yang diambil oleh MMK mengenai guru utama yang baru.

MMK tiada kuasa untuk menentukan kedudukan GU. Tindakan menggantung keahlian GU adalah hanya melibatkan kedudukan GU dalam persatuan.. itu pun tindakan tersebut tak sah sebab melanggar perlembagaan persatuan tapi apa lu kisah... lu orang tahu nak steamroll aje...

Keputusan MMT juga jelas dalam hal kedudukan GU ini, sebagaimana yang telah diputuskan pada mesyuarat terakhir MMT dulu iaitu untuk mengekalkan GU sebagai GU silat cekak hanafi.


Bagi mereka yang mengendalikan kelas, sewajarnya mereka ingin tahu bagaimana caranya untuk meneruskan kelas silat dipelbagai peringkat – asas, jatuh, potong dan tamat.

Bagi mereka yang mengendalikan kelas, mereka hanya perlu mengendalikan kelas seperti biasa sebab GU masih lagi GU. Yang pening ialah apabila penyeliua kelas tu dah mula nak memihak kepada pihak selain GU.. berani buat, berani tanggung la.. cari la guru lain untuk ijazah kalau tak nak GU yang ini…


Sebenarnya perkara ini tidak sukar untuk dilakukan kerana selagi kita berada di bawah persatuan, maka arahan-arahan daripada MMK wajar dipatuhi. Maka ikut sajalah arahan-arahan itu!

Tentu MMK telah memikirkan cara yang terbaik untuk menangani fasa peralihan ini!

MMK masih teraba - raba yang mencari penyelesaian… sebenarnya MMK tak berminat nak cari penyelesaian.. mereka lagi berminat untuk memburuk - burukkan GU… kalau nak selesai benda nih patutnya dah lama selesai dah..


Rata-rata ahli-ahli ingin tahu, siapakah yang akan menggantikan Md Radzi Hanafi sebagai guru utama Silat Cekak? Kuasa siapa sebenarnya untuk melantik guru utama? Salahsilah perguruan bagaimana pula? Perlu anak jati Kedah lagi kah?

Sapa yang jadi pengganti adalah hak GU.. ahli biasa jgn nak sebok..


Perkara-perkara inilah yang bermain difikiran ahli-ahli Silat Cekak!


Md Radzi Hanafi pula ada mengatakan bahawa hanya dia dan Allah swt sahaja yang berhak melantik penggantinya. Bolehkah kita terima kefahaman ini? Atau dalam aspek apa perkara ini boleh diterima dan dalam aspek mana pula ia tidak boleh diterima?

Bukannya tak boleh menerrima… korang je tak MAHU menerima...


Jawapannya berada didalam lipatan sejarah Silat Cekak terdahulu.

Apakah rupa bentuk Silat Cekak semasa zaman Pak Ya ? Apakah ia hebat ? Apakah ia mempunyai visi ? Jawapannya semuanya kita tahu bahawa beliau hanya sebagai pemegang amanah dan silat ini hampir-hampir mati ditelan zaman.

Bila Ustaz Hanafi mengambil mandat sebagai guru Silat Cekak, kita diberitahu bahawa Pak Ya juga ada memberikan kuasa ijazah kepada beberapa orang termasuk Abdul Rahman Mahadi. Dengan kata lain, Silat Cekak mempunyai lebih daripada satu guru. Atas peranan Ustaz Hanafi, mereka-mereka yang terlibat ini tidak pun menjalankan tugas sebagai guru Silat Cekak.

Ini sedikit musykil… bila pula ada berita megatakan Abdul Rahman Mahadi ada juga mandat jadi GU? Siapa yang beritakan? Boleh bagi sumber? Takat main dakwa dakwi tanpa bukti macam mana kita nak percaya?… Aku pun boleh kata aku ada mandat dari Pak Ya kalau macam tu.

Dalam simpanan saya ada satu artikel yang telah ditulis oleh Abdul Rahman Mahadi pada tahu 1975 dalam majalah Suara Cekak sempena sambutan ulang tahun kesepuluh Silat Cekak. Daripada apa yang saya amati, Saudara Abdul Rahman tidak memberi sebarang indication secara terang mahupun tidak bahawa ada orang lain selain Ustaz Hanafi yang menerima mandat untuk menjadi Guru. Malah dia sendiri mengakui bahawa Ustaz lah orang selayak – layaknya menjawat jawatan GU. Dari perbualan saya dengan orang - orang lama sebelum bermulanya krisis ini pula, tak de pun cerita pasal orang selain dari Ustaz yang ada mandat Guru. Kenapa tiba - tiba cerita ini timbul sekarang? Kenapa masa zaman Pak Ak dulu pun tak timbul?

Tujuannya tak lain daripada bertujuan untuk mengelirukan ahli – ahli yang baru yang tak tahu cerita sebenar. Dengan membuat cerita yang kononnya dari orang lama mereka berharap mereka dapat mempengaruhi ahli – ahli baru mengikut diaorang.. kononnya kalau ikut MMK selamat.. macam la diaorang tu tuhan.. boleh selamat kan orang konon…. pirah..


Sejarah juga merakamkan bahawa wujudnya perjanjian lisan antara Ustaz Hanafi dengan Pak Ya iaitu masing-masing tidak boleh mengambil anak murid masing-masing. Perjanjian ini mengesahkan bahawa pada ketika itu memang wujud lebih daripada satu guru. Dan sejarah juga merakam peristiwa di mana wujudnya Silat Kalimah yang melibatkan Pak Ya dan anak murid-anak murid Ustaz Hanafi iaitu Azmi Long dan Redzuan Long.

Saudara silap.. Pak Ya hanya pemegang amanah.. bila dia dah serah jawatan guru tu, dia bukan lagi seorang guru.. dia hanya ahli biasa... lain la kalau Panglima Tok Rashid sendiri yang ijazahkan ustaz.... kalau macam itu, Ustaz boleh ijazah dan Panglima Tok Rashid pun boleh mengijazah sebab memang jawatan guru tu hak Panglima Tok Rashid pun.

Ustaz benar - benar paham tentang konsep ini sebab itu beliau berani menentang Pak Ya walaupun Pak Ya tu dulu guru dia. Sehinggakan dia ada mengatakan “Kalau aku kalah dengan Pak Ya, kau berak atas kubur aku”. Ustaz tahu Pak Ya dah tak ada apa – apa. Silat tu dah menjadi Haknya.

Atas sebab ini juga kita dapati masa zaman Ustaz dulu perlawanan persahabatan antara Silat Cekak dan Silat Kalimah semuanya telah dimenangi oleh pihak Silat Cekak walaupun kedua – dua silat tu sama. Orang – orang lama semua tahu yang kemenangan tersebut adalah disebabkan silat tersebut adalah Hak milik ustaz.. lagi – lagi yang dok menentang GU sekarang nih. Bila yang hak bertemu yang batil, yang hak pasti menang.

Kalau la dua – dua pihak mempunyai mandat seperti yang didakwa oleh penulis, sudah tentu perlawanan tersebut akan menjadi seri sebab dalam Silat Cekak ahli – sesama ahli tak boleh menewaskan antara satu sama lain.


Dan kita dapat lihat bagaimana perkembangan mereka dari dulu hingga sekarang !

Sejarah juga merakamkan bahawa Ustaz Hanafi tidak menamakan penggantinya ! Tanpa saksi mahupun keterangan, keluarga Ustaz Hanafi telah mengesyorkan Ishak Itam sebagai calon guru utama yang akhirnya diisytiharkan oleh para pendukung Silat Cekak sebagai penjawat jawatan guru utama menggantikan Ustaz Hanafi.

Anda silap.. Pak Ak jadi guru sebab dia datang kepada keluarga mengatakan bahawa beliau telah diberikan mandat oleh ustaz… bukannya keluarga yang mengesyorkan beliau.


Nah.. apa yang terjadi. Ishak Itam tidak mampu menggalas jawatan ini kerana jawatan ini terlalu berat untuk dipikulnya. Mungkin sebab cetek ilmu dan pengalaman memimpin sebuah pergerakan yang besar. Akhirnya beliau melencong dan tersasar daripada dasar-dasar perjuangan Ustaz Hanafi dalam Silat Cekak. Beliau lupa diri !

Walau pun mandat telah diserahkan kepada Md Radzi Hanafi, Ishak Itam masih menjalankan tugas sebagai guru utama. Pada kaca mata masyarakat, mereka boleh menerima keadaan ini sebab ia berlaku di mana-mana pertubuhan silat lain termasuk silat gayung. Ada gayung itu ! Ada gayung ini !

Itu andaian kamu mengatakan masyarakat boleh terima.. bagi saya ini anggapan yang salah. If you can provide me with some concrte figures yang mengatakan masyarakat menerima saya akan terima andaian kamu ini.. kalau tak ini statemet serupa sampah juga…


Persoalannya Silat Cekak telah berpecah menjadi dua akibat wujudnya guru utama yang menyanggar salahsilah! Ishak Itam masih lagi hidup dan masih lagi menjalankan tugas itu walaupun kewibawaannya tercalar. Ya ..lah ada pengikut yang mahukan dia!

Begitu juga dalam zaman Md Radzi Hanafi. Selama 13 tahun, atas kerja kuat barisan semua pihak khususnya para pendukung Silat Cekak dan MMK, martabat Silat Cekak telah dijulang ke satu tahap yang sangat tinggi – cemerlang! gemilang! Pencapaiannya jauh lebih baik daripada pesaing-pesaingnya!

Tup…tup!... kita dikejutkan dengan satu lagi tamparan hebat seumpama tsunami yang melanda pantai!!!

Md Radzi Hanafi telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar dan menggegarkan pergerakan Silat Cekak.

GU tak buat apa - apa kesalahan… Cuma silap nya dia percaya kat member - member lama nak selesaikan masalah persatuan secara baik..


Apa nak buat sekarang?

MMK dah tolak! Tenaga pengajar bagaimana? Ahli-ahli bagaimana?

Timbul persoalan besar, siapa yang boleh jadi guru utama sekarang?

Jawapannya berbalik kepada apa yang telah berlaku dalam lipatan sejarah tadi.

Apakah hebatnya Ustaz Hanafi berbanding Pak Ya atau mereka yang menerima kuasa untuk mengijazahkan silat? Kita juga harus bertanya apakah yang benar-benar dimaksudkan dengan upacara ijazah itu? Tugas guru utama dalam Silat Cekak itu apa?

Jelaslah kepada kita bahawa kehebatan itu terletak kepada kehebatan individu yang memimpin. Itu sebab kehebatan Ustaz Hanafi tidak boleh dipertikaikan. Cekak itu Hanafi dan Hanafi itu Cekak. Itulah sinonimnya!

Apakah Ishak Itam dan Md Radzi Hanafi sehebat Ustaz Hanafi? Jawapannya tidak. Jauh panggang dari api!

Kamu silap.. kita bukannya nak bicara kehebatan.. kita bicara tentang hak… jawatan guru utama akan diberikan kepada yang hak.. bukannya kepada siapa yang hebat. Ustaz dapat mandat jadi guru sebab silat tu telah disuratkan untuk menjadi hak dia. Pak Ya nampak dia layak mewarisi silat ini maka mandat itu diserahkan kepada dia.

Serupa juga macam Md Radhi dia dapat pun sebab jawatan tu hak dia. Siapa boleh sangka Pak Ak pada masa dia tengah mempunyai kuasa mutlak dalam persatuan (sebab time tu LPT telah dibubarkan) boleh tiba - tiba menyerahkan dengan rela hati jawatan GU kepada Md Radhi... itu la yang dinamakan hak.

Serupa juga macam dalam meeting MMT baru - baru ini, macam mana tiba- tiba sesetengah orang boleh menukar pendirian dan menyokong GU secara yang tidak disangka - sangka juga menunjukkan bahawa jawatan GU merupakan HAK Md Radhi Hanafi. Tak kira macam mana orang cuba nak rampas akhirnya tumbang juga.

Maka soal kehebatan seseorang itu menentukan layak atau tidak menjadi guru adalah tidak releven. Kehebatan tu juga relatif.. apa yang hebat masa satu – satu zaman tak semesti hebat pada zaman yang lain. Hebat Ustaz tu mungkin releven pada zaman dia, tapi mungkin tak releven dengan zaman sekarang.

GU tak heran kalau sesiapa nak mengikut MMK. Kalau kamu rasa MMK tu macam tuhan boleh nak selamatkan kamu silakan.. pergi la... kamu tak untung, kami tak rugi. Mandat tetap berada dalam tangan GU. Semua ahli MMT tahu, semua orang lama tahu.... selagi dia ada mandat sebagai Guru, dia boleh buat apa dia suka dengan silat ini.. sebab silat tu hak dia samada kita suka atau pun tidak.