Monday, February 12, 2007

Tergelak Sangat - Sangat

Tergelak pula saya membaca blog entry big body guy yang terbaru tentang isu sangat.

Seperti biasa, geng – geng diaorang nih tak kerja selain dari mencari kesalahan orang. Diaorang nih nampak macam terlalu ghairah nak mencari kesalahan GU. Terlalu SANGAT sampai nampak macam seolah – olah dia dan juga mereka – mereka yang berada dibelakang big body gay… oops sori… big body guy nih dah hilang pertimbangan rasional bila menulis.

Kalau anda nak melihat penyakit SANGAT yang big body guy cakap tu.. you do not have to go far.. tengok saja la blog Pak Kaduk dengan big body guy tu.

Siapa yang rajin update blog diaorang dengan cerita – cerita fitnah dan juga pelbagai dakwaan palsu tentang GU? Bukan geng Pak Kaduk, Big Body Guy dan sekutu – sekutu dia?

Cuba bandingkan bilangan entry antara puak penentang dengan pihak yang menegakkan kebenaran. Siapa lebih banyak? Siapa yang bangga menulis bahawa usage untuk blog dia dah sampai maximum? Siap letak kat awal blog dia lagi… siapa? Siapa yang tiap – tiap hari menulis tanpa jemu kat blog dia?

Bukan Big Body Guy ke?

Dan bukan kah semua ini tanda SANGAT?

Saya nih kalau nak cari kesalahan orang takat satu dua tu boleh la…. Tapi kalau nak buat macam diaoang nih… dari pertengahan tahun lepas sampai la nih dok cari salah orang… saya memang tak larat la. Bukannya senang nak jaga tepi kain orang nih. It needs commitment… it needs…. OBSESSION..

OBSESSION is a variant of penyakit SANGAT la… tengok je la peminat – peminat yang obsessed dengan penyanyi pujaan dia… macam org gila kan?

Anyway…

Big Guy ada jugak menyentuh pasal penggunaan gambar GU yang telah membawa kepada taksub. Bagi saya ini satu dakwaan yang mengarut. Tak silap saya bukan ke penggunakan tersebut telah dijalankan dengan persetujuan MMK? Kalau nak persoal sangat, persoal la dalam meeting MMK. Jangan la nak bising kat blog tu. Kenapa nak persoal sekarang? Kenapa tak persoalkan masa time tengah elok dulu?

Lagipun, seingat saya, tujuan sebenar kenapa imej GU telah digunakan adalah untuk menjadikan dia ikon promosi kita. Ini adalah kerana,ramai orang luar dan mereka yang ingin mempelajari Silat Cekak tak tahu membezakan antara CH dan CM. Kekeliruan ini was many times taken advantage by CM untuk hijack ahli – ahli baru Silat Cekak Hanafi. Dengan mewujudkan satu ikon maka kita harap kita akan dapat mengurangkan kejadian seumpama ini dari berulang.

Itu je alsan dia… kenapa Big Body Guy nak pusing isu nih macam apa dia tulis tu? Adakah ini kerana penyakit SANGAT?

Selain daripada itu, dia pun menyentuh pasal isu salam dan cium tangan. Bagi saya, apa salahnya kalau orang nak buat macam tu sebagai tanda hormat. Dari segi syarak pula, tiada hadith mahu pun ayat quran yang menunjukkan bahawa ianya haram. Cuma ada pendapat yang mengatakan bahawa ianya patut dielakkan diantara bukan muhrim atas dasar warak atau mengelak fitnah. Ada pula yang berpendapat bersalaman antara bukan muhrim tak pe kalau ia tidak melibatkan nafsu. Dan, ada pendapat pula yang menggalakan mencium tangan terutamanya kepada orang – orang tua atau pun orang yang berilmu atas dasar mengambil berkat.

So kalau nak kata cium tangan tu taksub bukannya satu tanggapan yang tepat… … Cuma orang yang mempunyai tanggapan yang buruk aje akan berfikian yang bukan – bukan.

Ustaz Hanafi mengelak dari berbuat demikan adalah kerana itu adalah cara dia mengangai isu taksub pada masa zaman dia. Zaman GU pula gejala taksub ni ditangani dengan cara yang lain pula. Lain zaman, lain la caranya. So kalau nak bandingkan apa Ustaz buat lebih 20 tahun dulu dengan sekarang is not fair and its not apple to apple.

Satu lagi isu yang saya nak sentuh adalah pasal istilah “orang lama”. Saya musykil la istilah orang lama yang digunakan oleh big bodoh guy nih. Siapa sebenarnya orang – orang lama yang dimaksudkan ini. Adakah la istilah ini melibatkan orang – orang yang pernah belajar zaman Ustaz? Atau yang rapat dengan ustaz?

Big bodoh guy ni ada mendakwa yang orang – orang lama ni ada bermacam – macam ilmu.. seolah – olah semua ilmu ustaz hanafi diaorang nih ada.. kalah ilmu GU kita sekarang ni. Kalau la orang istilah orang – orang lama merujuk kepada mereka yang belajar masa zaman ustaz hanafi dulu? Adakah bermaksud mereka yang menyokong GU sekarang ini juga belajar silat cekak dengan ustaz hanafi mempunyai ilmu seperti mereka juga? Adakah ini termasuk Pak Ak sebab Pak Ak pun belajar zaman ustaz? Bagaimana pula dengan Abg Yang ataupun Pak Cik Kecik? Diaorang ada juga ke? Patutnya diaorang lagi la hebat sebab diaorang nih belajar sekali dengan ustaz masa zaman Pak Ya dulu.

Atau, orang – orang lama ini hanya merujuk kepada Amruddin, Bai, Khalid, Tole, Joe Marwi dan sekutu – sekutu big bodoh guy nih?

Kalau dia nih merujuk kepada golongan – golongan tersebut, alamatnya istilah “orang – orang lama” nih tak lebih daripada cara untuk duped us into thinking that “orang lama” ni la lagi hebat dari semua orang lain dalam silat cekak sekarang ni.

Buat pengetahuan, antara orang – orang yang diistilahkan orang lama nih bukannya semua ilmu ustaz yang dia dapat. Ada sorang dari “orang lama” ni.. rupa peluru emas pun dia tak tahu macam mana. Dia dapat tahu pun dari GU. Ada jugak yang ambil syair (ahlul bait dgn syair kat makan rasulullah) dari GU.. walhal dia tahu Ustaz ada benda tu cuma ustaz tak bagi kat dia. Ada pulak.. ayat belayar langsung pun tak pernah dengar. Sampai dia boleh tuduh yang GU buat ajaran baru padahal, ayat belayar tu ustaz bagi kat orang – “orang lama” yang lain dan benda tu di tulis oleh Ustaz Hanafi sendiri. Macam mana benda tu boleh jadi ajaran baru sedangkan Ustaz sendiri yang tulis?

So, jangan la kita makan sangat cerita yang orang – orang lama nih ada macam – macam. Sesetengah “orang lama” nih harap je lama tapi satu habuk pun tarak… harap lama je..