Wednesday, November 01, 2006

Membalas kenyataan - kenyataan sampah

KETERANGAN BERCANGGAH-6 / BOHONG


Selain itu ada beberapa keterangan Mad Radhi yang tidak penting tetapi sengaja ditokok tambah untuk menyedapkan cerita beliau. Antaranya ialah:

1- Beliau hendak beli goreng pisang.
Apa kesudahannya tentang goreng pisang ini? Sampai sudah cerita goreng pisang ini tiada penutupnya. Ada ke Mad Radhi bawa goreng pisang ke rumah cikk xxx pada petang kejadina. Jawapannya tidak ada. Yang ada hanyalah SATU pisang yang belum digoreng yang dibawa oleh Mad Radhi ke sana ke mari!

Bukan ke dia ada kata dalam keterangan dia apa yang jadi dengan pisang goreng tu:

”Terlebih dahulu saya terima kasihlah kerana….. Yang pertama saya pergi rumah Mak Teh lepas tu saya tengok… saya fikir tak palah saya cadang nak pergi beli goreng pisang lah ye kat rumah Mak Teh. Jadi selepas tu saya pergi beli goreng pisang tu di belakang rumah che Asnawi dan juga che Amrahi. Bila saya sampai, jadi saya sampai saya tengok saya nak beli kakak tu kata ramailah dia kata kena tunggu dulu. Lepas tu memang saya ada talipon rumah che Asnawi. Saya cadang saya beli rumah Mak Teh RM2.00, saya dan rumah Asnawi lah dalam RM2.00. Bila kata lama sikit lah pasal ramai orang kan, jadi saya lepas itu saya pergi rumah che Asnawi lah….

dan lagi…

Soalan: Maknanya dari tempat goreng pisang tu… abang Mad pergi rumah dia dulu kah ataupun abang Mad beli goreng pisang tu bawa terus pergi rumah dia?

Mad Radhi: Saya…bila sampai situ , saya nak beli, bila saya nak order tu dia kata lambat. Ha tu saya tak bawa dulu lah. Pasal dia kata lambat benda tu kena tunggu dia kata ni ramai orang, itu yang saya pergi ke
sana. Saya pergi daripada sana ....(sambil menggunakan isyarat tangan kiri seperti membuat pusingan), lepas tu balik kot rumah Bai (Amrahi).

Apa la.. sendiri tulis pun tak nampak ke? BODOH punya Pak Kaduk…


2- Beliau lihat ada tiga gelas air.
Apa signifikasinya dalam cerita ini? Tidak ada, hanya rekaan dan fantasi Mad Radhi. Mungkin hendak mengaitkan dengan tiga orang budak di luar rumah. Tetapi jalan ceritanya tidak tersusun dan ini menambahkan keraguan tentang kesahihan cerita beliau. Dalam hal ini, beliau dilihat sengaja menokok tambah cerita supaya dapat menimbulkan keraguan terhadap cik xxx. Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai asas untuk mengatakan begitu. Cerita beliau hanya tergantung begitu sahaja.


Sekali lagi ini hanyalah andaian Pak Kaduk tentang keraguan benarnya cerita GU ini. Perlu diingatkan yang GU ini bercakap dengan bersumpah. So, samada Pak Kaduk suka atau tidak semua kenyataan GU semasa keterangan ini hendaklah dijadikan bukti. Lagi pun, GU itu bukannya pihak yang menuduh. Dalam apa jua perbicaraan pun.. the onus of proof lies in the accuser.. tanggungjawab memberi bukti tu terletak diatas bahu orang yang menuduh bukannya GU iaitu orang yang dituduh. Maka pihak yang menuduh la kena buktikan yang GU tu menipu. Bukannya GU kena defend statement yang dia bagi.

Kalau pihak Pak Kaduk boleh menerima 100% kenyataan bersumpah Hashimah, maka tak salah kalau kenyataan GU dengan sumpah itu diterima 100 peratus juga. Kalau nak bandingkan sumpah mana lagi kuat.. saya rasa kenyataan bersumpah GU lagi kuat sebab dia sebut Wallahi wablillahi wataallahi sebelum bagi keterangan sedangkan Hahimah hanya buat kenyataan bersumpah yang boleh kita dapat dengan beberapa sen duit untuk matikan stem je. Tak tahu la kalau Pak Kaduk kata Commissioner of Oaths tu lagi besar dari tuhan.


3- Perangai cikk xxx tidak elok
Ini helah Mad Radhi untuk memburukkan peribadi cik xxx. Sebenarnya orang yang berperibadi buruk adalah orang yang pergi ke rumah orang lain diwaktu ketiadaan kedua ibu bapa dan mencabul anak dara orang seperti yang dilakukan oleh Mad Radhi. Bukannya cik xxx yang sememangnya berada di rumah pada waktu itu. Tidak ada alasan langsung untuk Mad Radhi untuk berada di rumah cik xxx pada masa tersebut kecuali dengan NIAT untuk melakukan sesuatu yang tidak senonoh.

Hek eleh.. jangan la nak menipu.. tanya la berapa banyak orang Cik Hashimah tu pernah meleser. Aku sendiri pun dia pernah meleser.. sampai bini aku naik angin..

4- Mad Radhi acapkali mengatakan 'tidak ingat' , tidak perasan' dan 'tak tahu'

Banyak kali Mad Radhi menjawab tidak ingat, tidak perasan mahupun tidak tahu apa bila disoal siasat oleh team penyiasat. Mana mungkin beliau yang menjadi pelakon utama dalam kes ini boleh tidak ingat dan tidak perasan. Apatah lagi perkara-perkara yang beliau katakan tidak ingat itu adalah perkara utama . Contohnya beliau tidak perasan pekul berapa beliau pergi ke rumah cik xxx (tetapi beliau ada mengatakan selepas sembahyang Jumaat). Tetapi sebaliknya beliau amat mengingati perkara yang remeh seperti goreng pisang, bilangan gelas dan sebagainya. Adalah jelas Mad Radhi berbohong dan cuba mereka-reka cerita.

Kalau dia tak ingat dia cakap la dia tak ingat… dia bukan macam hang.. tak tahu buat – buat tahu.. lepas tu menipu… hang pun bukanya ada kat sana nak kata dia tipu ke tidak tapi cerita macam la dia ada kat sana