Wednesday, November 01, 2006

Putrajaya?

6- Mad Radhi mengatakan telah pergi ke rumah Asnawi pada malam kejadian itu bersama-sama dengan isteri beliau kerana beliau berkata beliau tidak bersalah. Tetapi pada masa tersebut beliau diketahui berada di Putrajaya kerana menghadiri persiapan majlis sambutan hari tenaga pengajar dan mesyuarat agung. – KETERANGAN BOHONG

Eh.. tak de pun dalam keterangan GU… mana dia dapat nih? Kata buat analisa keterangan GU, so cerita takat apa yang ada dalam keterangan je la.. ini nak masuk benda yang tak berkenaan nih buat apa? Tak de pun cerita dia gi Putrajaya dalam transkrip ko? Takkan nak masuk cerita orang lain pulak kot… Dah habis modal ke?

Saya rasa tak payah saya nak komen pasal benda nih sebab dia lari dari skop sebenar analisa Pak Kaduk. Dia nih cuba nak menyeret elemen lain masuk ke dalam analisis dia.. Padahal dia jugak yang awal – awal kata dia nih nih nak analisa keterangan GU.

Selalunya orang kata cakap balik – balik nih orang kata cakap penipu…. Ye la kalau si Pak Kaduk tu boleh dakwa macam – macam, kita pun boleh dakwa gak kan?


7- Mad Radhi mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang cerita mencabul kehormatan cik xxx ini sehinggalah dimaklumkan oleh Mohd Daud kepada beliau pada 16 March 2006. Tetapi berdasarkan perkara No. 6 di atas, Mad Radhi juga mengatakan bahawa beliau bersama isteri beliau telah pergi ke rumah Asnawi pada malam itu juga (10 March 2006) kerana beliau tidak bersalah (bermakna beliau telah mengetahui perkara ini pada 10 March 2006). – KETERANGAN BERCANGGAH-5 / BOHONG

Ada dia kata dia tahu pasal kes cabul tu pada malam Asnawi datang tu? Kat mana? Tak de pun.. yang kita nampak GU mengatakan Asnawi ada datang ke rumah GU. Lepas tu dia bertanya kepada GU samada GU ada datang ke rumah masa minum kat luar.. hujungnya dia kata mungkin ujian dia dengan GU tu lalu anak dia… Itu aje…

Cuba kita tengok transkrip keterengan GU tu:

Soalan : Masa Asnawi jumpa dengan Che Mad dekat rumah, dia jumpa semata-mata nak tanya pasal Che Mad ada datang kat rumah ke ataupun ada benda-benda lain yang...?

Mad Radhi: Itu sahaja, yang dia nak pasti saya datang ke tak. Saya datang rumah , itu aje.


Soalan : Makna dia tak ada bagi apa-apa kat Che Mad ke atau apa ke pada hari tu...

Mad Radhi: Dia datang ke rumah saya dia bawa macam satu hadiah macam yang baring kat depan TV tu. Pasai dai janji dah lama, dia datang bagi, lepas tu dia tanya saya Che Mad ada datang rumah tak? Dia kata. Ha.. saya kata jom lah kita sembang kat luar... Hanya dia pasti tanya saya Che Mad ada datang rumah tak? Saya kata ada. Yang tu dia tanya, lain-lain tak ada. Hanya sembang macam tu lah.


Soalan : Tapi sebelum Che Mad .... sebelum Asnawi pergi ke rumah Che Mad …dia dia pergi tu, dia ada talipon Che Mad dulu kan?

Mad Radhi: Ya.


Soalan : Dan dia ada bertanya Che Mad yang Che Mad ada lalu tak kat rumah . Ada ke dia talipon bertanya begitu?

Mad Radhi: Dia ada telefon dia tanya Che Mad ada datang rumah tak? Lalu tak rumah. Dia masa tu telefon kat rumah saya ‘coverage’ putus-putus tak berapa ‘clear’. ..Jadi rumah-rumah gitu je…dia cakap macam tu. Saya kata datanglah rumah …ha itu je lah. Saya ingat kot dia nak datang rumah . Tapi bunyi rumah-rumah. Tapi tak berapa ‘clear’ lah. Jadi saya kata ..ha.. datanglah rumah. Kalau nak datang petang ni. Tu yang dia datang. Saya dok anggap macam tu lah. Tapi lalu rumah saya berapa pasti , tapi cerita pasal rumah. Yang saya faham yang dia tanya Che Mad ada kat rumah tak? Haa.. itu saya faham macam tu. Saya kata saya ada . jadi bunyi petanga. Haa.. saya kata boleh lah. Saya kata datang lah. Itu aje.

Kemudiannya ia di sambung dengan:

Soalan: Masa Asnawi sampai rumah ....

Mad Radhi: Rumah saya ?


Soalan : Haa... rumah abang Mad, dia ‘call’ terus dia pergi kan...masa tu abang Mad pergi ke pintu terus ke ataupun abang Mad masih dalam rumah?

Mad Radhi: Saya dalam rumah


Soalan: Dalam rumah.

Mad Radhi: aaa… (setuju)


Soalan: Jadi sampai?

Mad Radhi: Orang rumah saya buka pintu.


Soalan: Kak Ita buka pintu?

Mad Radhi: aaa… Kak Ita buka pintu. Dia masuk rumah lah dia bawa yang dia kata dia bagi kat saya tu. Lepas tu saya keluar dengan dia. Pergi minum , lepas tu dia hantar saya balik . Yang ‘last’ dia cakap kat saya tu lah dia , dugaan saya dengan Che Mad melalui anak saya. Itu dia cakap. Dan saya memang saya tak ada marah dia , saya tak ada apa, pasal… saya menceritakan kedudukan dan dia pun tak cerita apa yang anak dia cerita. Anak dia cerita gini…gini.. betul kah Che Mad .. Tak ada. Saya yang bercerita. Dia kata… hanya dia tanya saya , Che Mad ada datang rumah? Itu sahaja . Dan saya tak bohong, saya kata betul. Memang saya ada datang , saya bagi tahu begini…begini… begini…. Itu aje. LEPAS TU PADA MALAM TU PUN SAYA PERGI RUMAH DIA DENGAN ORANG RUMAH SAYA. Tapi dia tak ada rumah. Rumah gelap. Saya pergi. PASAL SAYA RASA SAYA TAK BERSALAH.

Hanya terdengar cerita yang bukan-bukan ni daripada Che Daud. Itu saya terkejut. Dan saya pun tak ada sangka apa, pasal saya tengok surat Man (Azman Johan) letak jawatan, saya pun tak tahu. Hanya saya telefon dia , saya balik cuti saya tanya, kenapa Man buat macam ni? Kenapa? Baru dia cerita. Apa yang abang Mad buat kat anak sedara saya ? Ehh… saya kata saya buat apa? Baru saya dengar cerita macam-macam. Saya tak tahu. Dan saya tak sangka benda ni lebih daripada tu.


Soalan: Tadi Che Mad ada mengatakan yang Che Mad ada pergi rumah dia tu, malam…hari yang sama ke?

Mad Radhi: HARI YANG SAMA , MALAM tu.


Soalan: Malam tu pada hari yang pada hari yang pada Asnawi datang?

Mad Radhi: Lepas Che Nawi (Asnawi) jumpa saya tu, malam tu saya pergi rumah dia dan saya pusing …..


Soalan: Tapi tak ada lah?

Mad Radhi: Ha... tak ada , gelap. Dan saya pusing sampai rumah Man (Azman Johan). Kot dia pergi rumah Man (Azman Johan), tak ada juga. Saya dengan orang rumah saya.


Soalan: Rumah gelap ke?

Mad Radhi: Haaa... rumah gelap.


Soalan: Tapi Che Mad terfikir tak kemungkinannya lepas anak Che Nawi (Asnawi) cerita dengan dia, ialah mungkin dia tak percayalah. Jadi… jadi mungkin dia nak pastikan samada orang yang buat kat anak dia ni betul ke Che Mad atau orang lain? Jadi tu sebab dia pergi tanya Che Mad lah. Che Mad ada datang ke tak datang . Mungkin dia mengharapkan Che Mad kata Che Mad tak ada datang , mungkin orang lain ke apa. Jadi adakah kemungkinan ini yang … yang kepastian yang dia nak tu? Jadi kalau anak dia cerita tu dan Che Mad juga mengesahkan yang Che Mad ada datang rumah dia, jadi ada kemungkinan memang Che Mad lah yang datang ke rumah. Jadi dia nak mempastikan itu lah. Ada kemungkinan ?

Mad Radhi: Saya tak pasti pulak lah… Hanya dia telefon saya tu , saya tak berapa dengar, hanya dia kata….. telefon handphone dia kata Che Mad ada kat rumah tak. Tapi saya dengar rumah-rumah lah. Saya kata memang ada lah . Jadi saya tak pasti rumah tu rumah dia ke rumah sapa. Tapi memang dia ada datang dia cakap macam tu lah.

Pak Kaduk mengatakan bahawa, disebabkan GU pergi ke rumah Asnawi pada malam tu menunjukkan yang dia tahu pencabulan itu berlaku.

Tapi berdasar kan script Pak Kaduk nih jugak benda last yang Asnawi cakap kat GU adalah “…dugaan saya dengan Che Mad melalui anak saya” masa Asnawi hantar GU ke rumah dan sebelum GU keluar kereta. Kemudiannya beliau beredar.

Kalau anda la mendengar kawan baik anda cakap macam tu? Tak ke anda rasa pelik? Tak ke kata – kata macam tu bermain difikiran anda? Tadi masa minum anda bercerita pasal perangai anak kawan anda kat dia tapi tetiba sebelum balik dia cakap macam tu…

Sure kita nak tahu apa maksud dia kan?

Memang patut la dia gi cari Asnawi malam tu. Yang dia maksudkan dia rasa tak bersalah tu ialah dia rasa dia tak bersalah datang ke rumah Asnawi masa dia tak de… Sebab dia tak buat pape pun (Hashimah buat benda ada la)… bukannya dia rasa tak bersalah sebab cabul anak member…

So, kesimpulan yang mengatakan GU tahu pasal pencabulan itu adalah semata - mata andaian Pak Kasuk yang sememangnya mempunyai preconceived ideas tentang kedudukan GU tu.

Beliau dengan jelas sedang cuba untuk memutarbelitkan fakta.... benda tak de dia kata ada...

Lagi pun...

Kalau ikut logik la..buat apa GU mengaku dia gi ke rumah Asnawi kalau betul dia cabul? Buat pe cari nahas? Kalau saya yang buat.. bila orang tanya saya ada kat mana masa time tu.. tempat last yang saya akan pilih ialah tempat saya cabul orang. Sampai kiamat pun saya takkan cakap saya adakat situ. Buat pe cerita yang kita ada kat situ? GU yang tak buat pape pun penat nak tepis. Ini kan saya yang buat… itu kalau saya yang buat la… KALAU…

Tanya la mana – mana lawyer pun. Semua akan kata kalau yang kita kena tuduh, jangan sekali kita mengaku that we are anywhere near the scene of the crime.

This is normal.. this is the most logical discourse to take..

Tapi GU lain.. dia cerita kat orang yang dia ada pergi ke rumah Asnawi tu. Dia pun mengaku yang dia ada urut kepala Hashimah. I do not know about you… but from where I am, I think he is trying to be honest here. Buat pe kita cerita kat orang benda yang boleh menimbulkan fitnah kat kita? Kalau boleh kita nak tutup semua kesalahan kita supaya langsung orang tak tahu kita ada buat benda tu. Biar nampak kita nih baik macam malaikat.

Tapi sayangnya, walaupun dia cuba nak belaku jujur, orang lain tak nampak kejujuran tu.

Apa yang orang nampak ialah benda yang salah.

Kalau kita cuba buat baik, tapi orang tak nampak… paham je la apa maksudnya…

Orang mungkin tak nampak.. tapi tuhan nampak..