Sunday, October 15, 2006

Aiya.. sudah tutup ka?

It was quite a pleasant surprise to find out that blog pak pandir dah tak de. Tatau la sama ada he is moving to another blog or he is closed for good. Frankly, I would rather have the blog remained open sebab ia dapat menunjukkan betapa ceteknya ilmu dan busuknya hati puak – puak yang belah sana (atau juak – juak… as pak kadok puts it).

Ada ke nak menggunakan agama untuk memfitnah dan menghasut orang ? Dah la orang tu innocent, dia putar belit AGAMA pulak tu.

Kalau iye pun sakit hati sangat, jangan la pergunakan AGAMA…. Kau pun tahu kan orang macam mana yang suka putar belit AGAMA kan?

Teringat saya tazkirah yang telah diberikan oleh GU semasa kursus sembahyang weekend lepas. Dalam tazkirahnya, GU ada menceritakan bahawa baik atau tidak kita ni pokok pangkalnya terletak pada hati… kalau hati dah kotor maka tindak tanduk kita pun hujungnya kotor jugak. Sebab apa kita buat secara zahir nih pun puncanya dari hati. Bila hati tu kotor, mula la kita tak boleh tengok orang lebih… orang panggil YM pun salah, orang puji orang lain pun salah, orang ada rezeki lebih pun salah.. pendek kata semua salah…. Sebab hati tu dah bersarang sifat mazmummah.

Cakap pasal sifat ni.. pernah gak saya bertanya, apa yang puak belah sana dapat kalau nak cuba jatuhkan GU. Jawab GU dengan ringkas.. kalau hati tu dah ikut sifat syaitan, bukannya dia kisah pasal hasil… apa dia buat tu semuanya sebab nak puaskan hati dia je…