Friday, October 13, 2006

Guru dan Laduni

Jangan la kita cuba nak banding – bandingkan sangat Ustaz Hanafi dan GU. Diaorang nih dua individu berbeza and obviously they would have very different approaches to doing things. Zaman ustaz mungkin sesuai dengan cara ustaz…. zaman GU sudah pasti mengikut apa yang GU fikirkan yang terbaik untuk zamannya.

Pak Pandir mempertikaikan GU tak banyak luang masa kat rumah persatuan bersama anak murid. Bagi saya ini satu kenyataan yang bodoh.

Ye la, zaman dulu boleh la Ustaz lepak dengan anak murid sebab kelas memang tak banyak. Zaman ustaz dulu ada berapa kelas? Zaman sekarang ada berapa kelas? Zaman dulu sekali ijazah ada sampai 300 ratus orang sekali satu seatting? Ada buat system zon macam diadakan sekarang?.

Kalau kita tengok, dalam satu bulan berapa hari GU ada kat KL? Berapa hari dia luangkan masa bersama family dia? Kalau tak pasal bulan puasa sebab time tu orang tak ramai ijazah, memang la dia nih tak de masa nak rehat.

Itu pun time dia ada time free pun banyak daripada masa tu dia luangkan untuk anak murid dia. Siapa yang tahu tau tu paham la.

In addition, Pak Pandir nih pun mempersoalkan kat mana GU suka lepak dan dengan siapa dia lepak… Bagi saya.. lantak dia la dengan siapa dia nak lepak kat mana.. yang kita nak menyebok apasal?

Pak Pandir pun ada juga membuat kenyataan yang GU tak suka mencari ilmu. Ingin akan di sini bahawa kenyataan itu satu pembohongan. GU amat menghargai ilmu dan sanggup meratnau untuk mencari ilmu. Cuma kita je tak sedar bila dia pergi. Buat pe nak kecoh – kecoh? GU tu bukannya jenis orang nak mendabik dada bila dia ada ilmu. Pak Pandir mungkin iye la macam nih… baru belajar sikit dah kecoh satu kampong. Tengok kat blog dia pun cukup.. tak sedar dia jahil tapi menunjuknya bukan main.

Pak Pandir tahu ke tidak yang GU ada menghadiri kuliyah tafsir pada setiap hari Jumaat? Saya tak tahu la berapa ramai yang tahu pasal benda nih. Tapi dia pernah menyebutnya pada saya dulu. Dan dia pun ada banyak berbincang tentang masalah agama dengan para ilmuan dan ulama jika ada peluang.

Beliau pun amat suka mencari ilmu terutamanya petua – petua melayu supaya ia disampaikan kepada anak – anak murid beliau. Ramai antara anak murid yang pernah mengiringi beliau untuk sama – sama belajar ilmu tu. Cuba la ask around, I bet you will bound to find a few of them.

Pak Pandir ada jugak menyentuh pasal Ilmu Laduni. Menurut Pak Pandir:

Ilmu Laduni ialah ilmu yang diberikan terus oleh Allah samada melalui ilham, firasat, mimpi kepada orang yang soleh. Tetapi tidak lah sampai boleh mensyariatkan sesuatu hukum. Pensyariatan hukum hanya berlaku kepada para anbiya dan rasul. Ilham dan firasat yang ada pada orang soleh hanya dalam bentuk petanda kepada sesuatu perkara. Jadi kita masih perlu merujuk kepada kitab-kitab Fekah karangan para Fuqahak dalam permasalahan harian.

Bagi saya ada beberapa kesilapan dalam kenyataan Pak Pandir tu. Pasal ilmu laduni itu merupakan ilmu yang datang terus dari Allah itu memang betul… tapi mengatakan ilmu laduni itu tidak boleh mensyariatkan hukum tu is a bit vague.

Sebenarnya, Ilmu laduni ni memang la ilmu yang datang terus dari Allah, tapi ianya bukanlah wahyu yang baru sebab tu ia bukannya sumber hukum. Ilmu yang turun itu tidak lari dari apa yang telah terkadung dalam al Quran dan Sunnah. Ia sebenarnya memperjelaskan apa yang terkandung dalam kedua – dua sumber tu tadi. Ilmu ini turn kepada hamba – hamba Allah yang hatinya bersih dan boleh menerima Nur dari Allah SWT yakni hati yang telah disucikan dengan amalan – amlan tertentu dan dibimbing oleh seorang Guru yang Mursyid lagi Sadiq. Namun ada juga yang mendapat Ilmu Laduni ini tanpa bimbingan Guru atau amalan tertentu. Golongan ini dinamalan majzub.

Ilmu laduni pun bukannya merujuk kepada petanda yang diterima pasal sesuatu perkara.. petanda sebegini selalunya di kenali sebagai kasyaf.

Tak boleh nak ulas lebih – lebih.. yang ini bukannya bidang saya… tanya la GU kalau nak tahu lebih lanjut.

.