Sunday, October 29, 2006

Natural Justice 3

Pergh... lama tak masuk blog nih.. maklumla.. Raya.. terpaksa la aku tinggalkan komputer kejap. Tapi dalam raya - raya nih blog Pak Kaduk berjalan macam biasa. La nih dia dok cerita pasal keterangan GU kepada AJK penyiasatan... SO far, apa yg aku nampak, kenyataan GU tu memang consistent dengan apa yang dia ceritakan kat aku... aku tak nampak la kat mana dia tipu tu.... tak pe nanti kemudian aku comment of cerita pak kaduk tu.. but first let me finish my bit on Natural Justice....

We now proceed to the Fourth principle of Natural Justice:

  • There should not be undue delay in hearing the matter. (If a complainant/respondent fails to appear on a number of occasions the case might be determined on the evidence of the party appearing).

Yang ini tak de problem sebab pihak persatuan telah menjalankan tugas dengan sempurna.

  • Notice of a hearing or conciliation conference should be serviced on the parties with reasonable time to enable them to prepare their case. The time and place must be clearly specified.
Dari kronologi yang telah diberi oleh kedua – dua belah pihak kita tak dapat nak tahu bila surat panggil untuk beri keterangan itu telah dikeluarkan. In addition, I have not heard any complaint dari pihak GU tentang notis tu… so, we just have to assume yang adquate notice has been given.

  • Unless there are exceptional circumstances, do not hear one side in the absence of the other.

Yang ini memang ada glaring violation of Natural Justice. Cuba baca kronologi kedua - dua belah pihak. Kita akan dapati yang GU tidak berada dalam sesi member penerangan oleh kesemua saksi. Benda ini penting sebab dengan cara begini baru la semua orang tahu apa yang sebenarnya yang diperkatakan oleh pihak yang lain dan semua pihak dapat membuat persediaan yang sewajarnya untuk berdebat mengenai fakta kes.
  • Give each party the opportunity to state their case adequately.
Yang ini kita nampak memang ada peluang diberikan kepada pihak GU untuk memberi keterangan. Sama ada cukup atau tidak tu kita tak dapat nak pastikan sebab kesemua dokumen kes ini sedang berada dalam tangan pihak belah sana.

  • Give each party the opportunity to correct or contradict any statement prejudicial to their case.
Kalau kita tengok prosedur yang diikuti oleh sebahagian besar syarikat dan semua mahkamah kat Malaysia ini, statement yang diberi oleh kesemua saksi sama ada domestic enquiry atau pun perbicaraan akan direkodkan secara verbatim dan dengan cara bertulis. Selepas kesemua kenyataan direkodkan salinan kepada kesemua saksi untuk mereka review dan membetulkan apa – apa kesalahan yang ada semasa catatan dibuat. Lepas kesemua kesalahan telah dibetulkan, dokumen – dokumen tersebut akan di endorse kan oleh semua pihak yang terbabit dan ia akan diambilkira sebagai bahan bukti.

Kalau kita bandingkan dengan apa yang terjadi kepada GU, adakah perkara sebegini dibuat? Dah la cara merekodkan kenyataan tu tak mengikut piawaian, apa yang mereka rekodkan itu pun tak ditunjukkan semua kepada GU. Benda nih penting sebab beliau kena pastikan yang apa yang dia sampaikan kepada pihak jawatankuasa penyiasatan adalah serupa dengan apa yang akan sampai kepada jawatan kuasa kehakiman. Mana la tahu, kot – kot ada orang edit video tu ke… sehinggakan memberi konteks yang berlainan dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan kepada ahli jawatan kuasa ke. Atau recording video tu tak jelas sehingga boleh menjejaskan maksud yang ingin disampaikan ke? Atau tak semua benda yang dia nak cakap tak dapat dia nyatakan masa sesi soal jawab dan dia memerlukan sesi tambahan untuk memberi keterangan… Macam – macam lagi la..

Kenapa kebanyakkan daripada mahkamah atau pun domestic enquiry memilih untuk mencatit keterangan dan bukannya menggunakan video atau pun tape recording? Ini adalah kerana adalah lebih mudah dan cepat untuk semua orang membaca diatas kertas apa yang diaorang kata berbanding dengan mendengar atau pun menonton video. Bayangkan, kalau la video atau tape tu panjangnya 10 jam, takkan kita nak dengar atau tengok tape tu selama 10 jam. Dah la tape tu tak de marker part mana yang penting dan part mana yang tidak. Silap haribulan, dalam kita dok forward dan rewind nak tengok benda tu, terlepas pula fakta penting dalam kes dengan secara tak sengaja. Sebab itu la kebanyakkan orang masih memilih untuk menggunakan catitan atau typing untuk merekod keterangan.

Prosedur memberi keterangan memang dilakukan sebegini supaya semua fakta kes ini dapat dikeluarkan dan pihak yang membuat penilaian akan dapat membuat penilaian dengan information yang tepat dan cukup.
  • Witnesses, if any, should be examined or questioned and allowed to be questioned by the other party. Adequate time should be allowed for this “cross-examination”.

Yang ini pun lagi satu pencabulan yang nyata. Kalau kita tengok, dari kronologi yang telah di beri oleh kedua – dua belah pihak, tiada peluang telah diberikan kepada kesemua pihak untuk menyoal balas keterangan masing – masing. Benda nih penting sebab cara beginilah kita akan dapat pastikan pihak mana yang menipu dan pihak mana yang tidak.

Kalau kita tengok sepanjang kes ini, pihak MMK langsung tidak berminat untuk membuat pertemuan diantara pihak yang menuduh dan yang dituduh. Pada kebiasaannya, kita, kalau ada kawan yang bertelagah, kita bawak semua pihak duduk bersemuka. Ini kita, yang tak de legal background.. the most common sense thing to do is to make conflicting parties seat together and sort their differences out. Kalau dengan cara orang kebiasaan pun kita akan buat macam ini, apatah lagi kalau dalam penyisatan kes pencabulan yang “high profile” yang melibatkan GU nih.

Tapi benda nih tidak dilakukan. Baik semasa domestic enquiry yang dilakukan oleh pihak persatuan ini berlangsung mahupun di luar. So, can we be sure that 1) kesemua fakta kes yang relevent telah dikeluarkan dan 2) fakta tersebut tidak dicemari oleh cerita – cerita yang berbentuk penipuan? Sama sekali tidak. Sebab tiadanya peluang untuk all the relevent partie to call each others bluff. Kalau la ada peluang diberikan, sudah tentu the picture painted would be very2 different.

It is therefore, safe for us to assume that pihak jawatan kuasa kehakiman mungkin membuat keputusan dengan tidak mempunyai information yang cukup. Ada kemungkinan orang yang innocent telah dihukum disini.

  • If there are different allegations by different complainants against the same respondent in the same subject area, it may be a breach of procedural fairness to hear the evidence or allegations together rather than separately as one may unreasonably influence the other. It is also improper in such a case to inform the complainants of the nature or details of each other’s complaints.

Kenyataan diatas speaks for itself. Kat dalam kes ini ada 3 kes berlainan lump into one. Berdasarkan kenyataan diatas, there is a breach of in procedural fairness. Kalai kita tengok daripada tindak tanduk ahli – ahli kedua – dua jawatankuasa, kita nampak yang kes Fifi has somehow influence the outcome of Hashimah’s case… padahal kedua – dua nya kes yang berlainan.

Berdasarkan prinsip yang ada dalam Natural Justice, adalah jelas bahawa pihak MMK telah melakukan beberapa kesilapan dari segi prosedur untuk menangani kes GU ini. Menurut Natural Justice, jikalau prinsip - prinsip diatas tidak dipatuhi, kebarangkalian untuk melakukan kezaliman keatas pihak yang tidak bersalah itu adalah amat tinggi. Kalau dari 9 prinsip yang dinyatakan, hanya 2 aje yang dipatuhi, adakah kita boleh yakin bahawa ahli - ahli jawatankuasa penyiasatan dan kehakiman telah melakukan kerja mereka dengan telus dan adil?

Secara peribadi, saya yakin ramai orang akan menerima keputusan MMK sekiranya mereka telah melakukan kerja mereka dengan adil dan telus. Akan tetapi, pada hakikatnya tidak. Oleh kerana kesilapan sendiri, umum melihat tindaktanduk puak penentang ini tak lebih dari satu komplot untuk menjatuhkan dan memalukan GU.

Kalau benar pihak sana ini benar - benar jujur nak settle kan kes ini, masa mereka dapat tahu info kes ini bocor kepada pihak yang luar selain dari AJK yang dilantik semasa penyisatan mula - mula dijalankan dulu mereka akan minta "perbicaraan" dimulakan semula sebab ada breach of trust. Akan tetapi, bila diaorang mula tutup sebelah mata dan membiarkan benda tu berkalu maka jelaslah apa sebenarnya yang tersembunyi kat benak diaorang bila buat penyiasatan ini.