Tuesday, October 10, 2006

Kalau dah niat tak baik tu...

Allah membenci orang yang suka bertanya.

Adakah ini bermaksud Allah SWT membenci para sahabat kerana para sahabat lah golongan yang paling banyak bertanya kepada Rasulullah SAW. Perhatikan betapa banyaknya hadis yang bermula dengan "siapa ya Rasulullah", "bila yang Rasulullah", "bagaimana ya Rasulullah", etc...

Dan siapakah di antara kita yang tidak suka orang banyak bertanya dan akan menggantung jawapan terhadap soalan2 yang ditanya kepadanya?

Pak Pandir dalam blognya mempersoalkan penggunaan ayat di atas sebagai salah satu daripada SMS Pesan Guru GU satu masa dahulu. Saya agak kesian jugak dengan dia ni. Oleh kerana terlalu mahu mencari salah GU sampai lupa untuk membuat rujukkan yang tepat. Paling kurang pun, adakah beliau pernah bertanya kenapa GU menyebarkan pesan tersebut dengan GU sebelum membuat sebarang komentar terhadap GU.

Agaknya inilah akan terjadi kalau orang yang kurang ilmu tapi suka mencari kesalahan orang. Dahla niat tak baik… salah pulak tu… hujungnya sendiri yang nampak bangang.

Sebenarnya, kata – kata tersebut mempunyai sound basis from the quran and hadith. Maksud sebenar Pesan Guru diatas adalah Allah tidak suka orang yang bertanya benda yang bukan – bukan dan yang bertanya hingga hujungnya akan menyusahkan diri sendiri.

Dalam erti kata lain… JANGAN LOYAR BURUK…

Pesan Guru diatas juga merupakan kesimpulan beberapa hadith dan ayat al quran.

Dalam surah al Maaidah ayat 101 yang bermaksud:

Wahai orang - orang beriman! Jangan lah kamu bertanyakan perkara - perkara jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan al Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah memaafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara – perkara itu (yang tidak dinyatakan dalam Al Quran); sesungguhnya Allah pengampun lagi Maha Penyabar.

Telah dijelaskan dalam kitab Asabun Nuzul karangan Imam Jalauldin Suyuti terdapat beberapa hadis yang menerangkan sebab turunnya ayat diatas:

Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Anas bin Malik bahawa ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah, ada seorang menanyakan “siapakah bapa saya?” Nabi menjawab “Fulan”.

Maka turan lah ayat sebagai teguran kepada orang – orang yang suka bertanya tentang perkara yang bukan – bukan. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Anas bin Malik)

Dalam riwayat yang lain ada dikemukakan bahawa ada orang suka bertanya kepada Rasulullah dengan maksud untuk mempermainkannya. Ada orang bertanya: “Siapakah bapa saya?” Dan ada pula yang bertanya: “Di manakah untaku yang hilang?”

Maka Allah menurunkan ayat ini yang melarang orang – orang mukmin bertanya akan perkara - perkara yang bukan- bukan. (juga di riwayatkan oleh al Bukhari dari Ibnu Abbas)

Ayat Al Quan di atas juga bertujuan untuk menegur orang yang bertanya sehingga menyusahkan diri sendiri.

Dalam satu riwayat yang lain pula ada dikemukakan bahawa katika turun ayat “wa illahi ‘alannasi hijjul baiti” (surah Ali Imran ayat 97) orang – orang bertanya: “Apakah setiap tahun ya Rasulullah?” Rasul menjawab:”Tidak, kerana apabila kukatakan Ya sudah tentu akan menjadi wajib setiap tahun.”

Maka Allah menurunkan ayat ini sebagai larangan kepada kaum mukmin agar jangan terlalu banyak bertanya kepada Rasulullah.

(Diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi dan Al Hakim dari Ali)

(Diriwayatkan juga oleh ibnu Jarir seperti itu dari Abi Hurairah, abu Umamah dan Ibnu Abbas)

Ada juga hadith – hadith yang lain yang juga ada kena mengena dengan hadith dan ayat qiran di atas:

Narrated Ash-sha'bi:

The clerk of Al-Mughira bin Shu'ba narrated, "Muawiya wrote to Al-Mughira bin Shu'ba: Write to me something which you have heard from the Prophet (p.b.u.h) ." So Al-Mughira wrote: I heard the Prophet saying, "Allah has hated for you three things:

1. Vain talks, (useless talk) that you talk too much or about others.

2. Wasting of wealth (by extravagance)

3. And asking too many questions (in disputed religious matters) or asking others for something (except in great need).

Narrated Al-Mughira bin Shu'ba:

The Prophet said, "Allah has forbidden for you, (1) to be undutiful to your mothers, (2) to bury your daughters alive, (3) to not to pay the rights of the others (e.g. charity, etc.) and (4) to beg of men (begging). And Allah has hated for you (1) vain, useless talk, or that you talk too much about others, (2) to ask too many questions, (in disputed religious matters) and (3) to waste the wealth (by extravagance).

Based on pengalaman saya dengan GU, memang perkara yang seperti diceritakan dalam hadith – hadith diatas itu la yang dia memang tak suka. Kadang – kadang tu, dia naik angin sebab cara kita soal itu tak kena. Atau, tempat bertanya tak kena (macam tanya bab seni depan orang ramai) atau bertanya satu soalan kalau dia jawab pun kita takkan paham. Sebab tu kekadang either dia marah, buat dunno atau bagi jawapan tergantung. Satu sebab ialah sebagai cara nak tegur dan satu lagi sebagai cara nak buat anak murid tu berfikir.

Guru utama nih memang open orangnya…. Dia tak kisah kita nak tanya apa asalkan kena pada masa tempat dan adabnya.

To end, it is clear here that pesan “Allah membenci orang yang suka bertanya” ini bukannya satu pesan yang kosong that was created out of this air by GU. It has a sound basis from the quran and hadith and we, as a muslim and as those who follow GU should relect and ambik pengajaran from it.

Wallahualam