Tuesday, October 10, 2006

Kokka Kola?

Pak Pandir menulis dibawah tajuk Kayu Kokka nya:

Islam melarang penggunaan tangkal dan azimat. Rasulullah SAW bersabda :

"Sesiapa yang menggantung tamimah (sejenis tangkal yang bertujuan untuk mendapat kesempurnaan) nescaya Allah tidak akan menyempurnakannya dan sesiapa yang menggantung wad'ah (sejenis tangkal yang bertujuan untuk mendapat keamanan) nescaya Allah tidak akan mengamankannya. (Riawayat Ahmad)

"Sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal) sesungguhnya ia telah syirik" (Riwayat Ahmad)

Sila rujuk rencana Majalah I terbitan karangkraf, Syirik Kayu Koka, Bulan September 2006 kalau tak silap.

Bagi saya ini merupakan kenyataan yang mengelirukan. Satu hal juga la bila dia mengambil Majalah I sebagai sumber untuk menyokong tanggapan beliau yang memang salah tu. Majalah I nih… susah saya nak komen.. tapi kalau kita ingat Astora Jabat tu mengarut… majalah nih pun is just right up there jugak la. Sebenarnya ada ideologi yang tersirat disebalik tulisan – tulisan yang ada dalam majalah tu… siapa yang sedar tu sedar la. Yang tak sedar tu… jadi macam Pak Pandir la… mengarut!!!!

Sebelum itu biaralah saya berikan penerangan serba sedikit tentang kayu kokka ini.

Kayu Kokka nih dikatakan mempunyai beberapa kelebihan sehinggakan ia diberi jolokan raja segala kayu. Ia dikatakan bahawa atas dasar kelibihan – kelebihan yang tuhan letakkan pada kayu ini, maka para ramai anatra para anbiya menggunakan kayu ini sebagai bahan untuk membuat beberapa barang milik peribadi. Antranya ialah tasbih dan tongkat. Rasulullah SAW juga dikatakan mempunyai tasbih yang di perbuat dari kayu kokka

Wallahualam

Ramai tak sedar sebenarnya, Islam nih amat luas… banyak benda yang sebenarnya dibolehkan akan tetapi telah disalah anggap dan ditakut – takutkan oleh orang yang bertopengkan Quran dan sunnah untuk menegakkan ideologi tertentu dan bukannya berdasarkan apa yang telah disepakati oleh ulama - ulama ahlus sunnah terdahulu.

Serupa juga dengan konsep pengantara yakni tawassul yang pernah saya kupaskan dahulu, konsep “bertangkal dan azimat” juga ada di dalam islam dan telah menjadi amalam umat islam dari zaman Rasulullah lagi. Terdapat banyak pendapat ulama – ulama muktabar yang menyokong dan menggalakan penggunaan tangkal ini.

Dalam Islam, istilah yang digunakan ialah tabarruk. Maksud tabarruk adalah mengambil berkat dari perkara – perkara yang telah ditinggalkan oleh orang alim atau pun rasulullah.

Perlu diingatkan bahawa sesuatu benda mengikut konsep tabarruk ini bertujuan hanya untuk mengambil berkat. Yakni bahan yang dijadikan untuk tabarruk itu tidak berkuasa untuk mempekenankan atau boleh memberi bekas tehadap segala sesuatu. Yang berupaya dan berkuasa untuk menjadikan sesuatu itu hanya lah Allah SWT. Benda itu hanya digunakan sebagai benda yang memudahkan kita untuk meminta sesuatu dari Allah SWT oleh kerana adanya berkat padanya. Berkat ini keistimewaannya ialah ia boleh melekat kat benda atau tempat. Berkat ini datangnya dari Allah SWT dan mengalir melalui Rasulullah dan kemudiannya mengalir kepada para sahabat, aulia dan sebagainya.

Salah satu sebab kenapa kita digalakkan bersalam dalam Silat kita dalah sebab ini la.

Tabarruk ini tak semestinya benda kecik seperti tangkal yang kita selalu lihat tu. Ia boleh jadi hujung kuku, rambut, tasbih, jubah, tempat seseorang tu berdiri, air liur.. sampai najis pun ada jugak. Pendek kata, tabarruk ini tak de limit.

Salah satu hadith yang masyhur yang menceritakan tentang hal tabarruk ini adalah satu hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mana para sahabat telah menggunakan jubah yang pernah dimiliki Rasulullah yang berada dalam simpanan Asma iaitu anak kepada Sayiditia Aiysah untuk direndamkan ke dalam air dan kemudiannya menggunakan air itu untuk mengubati penyakit.

Imam Nawawi didalam Syarah Sahih Muslimnya menyatakan bahawa hadith di atas merupakan bukti bahawa kita digalakkan untuk mencari barakah melalui benda – benda yang digunakan oleh orang - orang alim atau pun pakaiannya (wa-fi hadha al-hadith dalil `ala istihbab al-tabarruk bi-aathaar al-salihin wa-thiyabihim).

Dalam satu riwayat yang lain pula Ibnu Abi Syaybah telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih menurut pendapat Ibnu Hajar Asqalani bahawa telah menjadi amalan para sahabat di Masjid Nabi untuk meletakkan tangan mereka di tombol mimbar sambil berdoa. Mereka berdoa kehadrat Allah SWT dengan harapan Allah SWT mengkabulkan doa mereka kerana (berkat) mereka meletakkan tangan mereka pada tempat dimana Rasulullah juga pernah meletakkan tangannya.

Kita pun pernah membaca tentang kisah Khalid Ibn Walid yang menyimpan beberapa helai rambut Rasulullah dengan harapan yang Allah SWT akan mengurniakan kemenangan bila dia berperang.

Dalam satu riwayat lagi yang di sampaikan oleh Al Dahabi berkenaan Imam Ahmad:

Abd Allāh ibn Ah. mad said: “I saw my father take a hair that belonged to the Prophet , put it on his mouth, and kiss it. I thinkI saw him put it on his eyes. He also dipped it in water and drank the water to obtain cure. I saw him take the Prophet’s bowl (qas.‘a), wash it in water, and drink from it. I saw him drink Zamzam water in order to seek cure with it, and he wiped his hands and face with it.” I say: Where is the quib bling critic of Imām Ahmad now? It is also authentically established that ‘Abd Allāh asked his father about those who touch the pommel of the Prophet’s _ pulpit and touch the wall of the Prophet’s room, and he said: “I do not see any harm in it.” May Allāh protect us and you from the opinion of the Khawārij and from innovations!

So nak dipendekkan cerita.. mengambil berkat dari benda – benda yang pernah digunakan oleh orang alim ini dibolehkan. Termasuk jugak bertangkal. Tapi berbeza dengan konsep bertangkal yang biasa kita dengar. Tangkal ini kita guna untuk mengambil berkat. Yang memakbulkan permintaan dan harap seseorang hamba itu tetapAllah SWT dan tak timbul soal syirik di sini.

Berbalik kita pasalcerita tasbih kokka yang GU galakkan kita pakai kayu tu. Sepanjang saya bersama dengan dia, masa kat Malaysia dan masa gi Umrah… GU tak pernah mintak kita bergantung kat kayu tu. Cuma dia kata kita ambik kelebihan kayu tu dan juga kita ikut sunnah rasul. Itu je.. tak lebih daripada mengambil berkat seperti yang telah ditetapkan oleh syarak Dan, dia juga memantau keadaan anak murid dia bila dah aka tasbih kokka tu. Ada jugak member yang kena sound dengan dia sebab dia nampak dah macam nak bergantung kat tasbih tu.

So, kalau nak kata GU ajar orang nak bertangkal, nak bergantung kat selain dari Allah SWT, itu memang satu penipuan.

Wallahualam.