Tuesday, October 31, 2006

Assumptions?

4- Mad Radhi mengatakan beliau tidak melakukan apa-apa yang tidak elok, hanya memicit kepala cik xxx sekejap, minum air suam dan kemudian beliau pulang. Namun apabila disoal siasat, Mad Radhi mengaku pula bahawa semasa memicit kepala cik xxx, tangan beliau di tarik oleh cik xxx ke buah dada cik xxx.. – KETERANGAN BERCANGGAH-3 / PENGAKUAN BERLAKUNYA PENCABULAN.

Ini apa punya conclusion nih. Bila masa pulak dia mencabul? Ada dia mengaku dia cabul? Kat mana specifically tu? Dia cuma kata yang Cik Hashimah tu ambik tangan dia dan tarik tangan tu ke arah buah dada dia je. Cik Hashimah yang tarik, bukannya dia yang merayap. Memang la ada pencabulan.. tapi yang mencabul tu Hashimah bukannya GU.

But I am not going to delve in that. I leave it to your imagination to figure out whatever it means here ;)

Cuba perhatikan apa yang dikatakan oleh GU dari mula sampai akhir sesi soal jawab. Berulang – ulang kali dia cakap dia tak cabul si Hashimah tu.Hingga ke akhir sesi semasa saudara Azhar tanya dia samada dia menafikan atau tidak tuduhan yang dibuat ke atasnya pun dia kata dia tak buat. So, macam mana pulak Pak Kaduk boleh kata dia buat? Hakikatnya, kesimpulan yang Pak Kaduk buat mengatakan GU mencabul itu adalah hanya berdasarkan ANDAIAN Pak Kaduk sahaja dan bukannya dari pengakuan GU samada langsung atau tak langsung.

Itu saja… Cuma ANDAIAN… dalam English it is called assumption… masa saya belajar kelas dalam pengkajian logic dulu they use to say DO NOT ASSUME… because when you assume… U make an ASS out of U and ME…

Punca kenapa Pak Kaduk mempertikaikan GU adalah sebab GU pada awalnya tidak menceritakan insiden seluk tangan tu kepada AJK penyiasatan. Tapi beliau menceritakannya kemudian. Even so, kalau kita perhati dari transkrip yang ditulis oleh pihak Pak Kaduk sendiri terdapat tanda – tanda yang GU mahu menceritakan insiden tu.

Sebelum tu, mari kita rujuk balik transkrip yang telah dibekalkan oleh saudara Pak Kaduk kita tu. But, saya kena sound awal - awal bahawa penjelasan saya ini terdapat beberap andaian yang saya sendiri buat. Memandangkan Pak Kaduk pun banyak buat andaian, saya rasa tak salah saya pun buat beberapa andaian. At least andaian saya nih lagi logik la sikit banding dengan pak Pak Kaduk tu.

Keterangan awal:

”Terlebih dahulu saya terima kasihlah kerana….. Yang pertama saya pergi rumah Mak Teh lepas tu saya tengok… saya fikir tak palah saya cadang nak pergi beli goreng pisang lah ye kat rumah Mak Teh. Jadi selepas tu saya pergi beli goreng pisang tu di belakang rumah che Asnawi dan juga che Amrahi. Bila saya sampai, jadi saya sampai saya tengok saya nak beli kakak tu kata ramailah dia kata kena tunggu dulu. Lepas tu memang saya ada talipon rumah che Asnawi. Saya cadang saya beli rumah Mak Teh RM2.00, saya dan rumah Asnawi lah dalam RM2.00. Bila kata lama sikit lah pasal ramai orang kan, jadi saya lepas itu saya pergi rumah che Asnawi lah . Bila sampai, saya tengok ada satu…. tiga orang budak di depan pagar dan pagar terbuka lepas tu grill terbuka tapi sikit, pintu kayu terbuka. Dan saya memberi salam lah, saya bagi memberi salam . Lepas saya bagi salam, Hashimah panggil saya masuk. Dia panggil saya masuk… saya kata tak palah kot. Tak palah, masuklah dulu Pak Tam dia kata. Masuklah. Jadi saya kata tak pa lah , dia kata masuklah dulu. Saya masuk . Bila saya masuk, saya duduk borak dengan dia, dia duduk di bawah, saya duduk kat atas sofa dan sembang-sembang. Lepas tu dia bagi tau saya ….. sembang-sembang saya tanya macam mana dia punya keadaan pelajaran dan sebagainya . Lepas tu dia mintak saya tolong untuk di punya picit sini (sambil menunjuk ke belakang kepala sebelah kanan beliau dengan tangan kanan beliau). Saya tolong lah. Itu sahaja … Bila saya begitu, lepas tu saya tolong macam biasa saya picit lepas tu dia nak buat air. Saya kata tak payah saya kata. Saya minta air suam saja. Saya minta air suam, dan dia bawa air suam , saya minum air suam. Jadi….saya ingat itulah . Lepas tu saya rasa saya balik. Itu sahaja saya ingat.”

Keterangan selepas soalan lanjut:

Soalan: Ok.. berdasarkan daripada keterangan cik Hashimah ni, berdasarkan daripada keterangan Che Mad bahawa tak ada apa-apa berlaku lepas pada picit tu. Tapi berdasarkan keterangan bersumpah daripada cik Hashimah yang mengatakan bahawa Che Mad ada melakukan perkara-perkara yang agak sumbang, contohnya menyelokkan tangan di dalam....Jadi boleh Che Mad ceritakan apa sebenarnya yang berlaku?

Mad Radhi: Kalau ikut sebenarnya, saya dalam keadaan macam ni saya memikirkan orang kata apa... ada satu benda yang saya tak bercerita lah
kan. Pertama saya nak menjaga hubungan dengan anak Che Asnawi tu sendiri. Dengan apa.... Che Awi dengan saya kan. Tapi memang saya picit, seolah-olah macam DIA MENARIK TANGAN SAYA pergi ke sini (sambil menunjuk dan meletakkan tangan kiri ke dada sebelah kiri beliau) . Jadi saya tarik, saya kata jangan buat macam ni. Ha tu ada lah. Jadi benda ni saya tak cerita, pada malam ni baru saya cerita kerana, pertama saya nak menjaga hubungan dengan keluarga Che Asnawi. Maruah anak dia. Itu sahaja dan lebih pada tu tak ada.

Sepertimana yang saya sebutkan tadi, kita boleh nampak yang GU pada mulanya cuba untuk tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dirumah Asnawi / Hashimah dan alsan yang telah diberikan.

Dalam keterangan GU di awal sesi kita boleh nampak yang GU ada pause sekejap… walaupun ianya masih boleh dipertikai, tapi kita boleh mengagak yang pause ini disebabkan oleh GU masih lagi teragak – agak samada nak menceritakan keadaan sebenar ke tidak:

….Lepas tu dia mintak saya tolong untuk di punya picit sini (sambil menunjuk ke belakang kepala sebelah kanan beliau dengan tangan kanan beliau). Saya tolong lah. Itu sahaja … Bila saya begitu, lepas tu saya tolong macam biasa saya picit lepas tu dia nak buat air… .

Buat pengetahuan, pause selepas “Saya tolong lah. Itu sahaja …” bukannya diletak oleh saya tapi Pak Kaduk sendiri.

They question is now kenapa dia buat begitu?

Jawapannya terdapat dalam transkrip sesi soal jawab tu jugak:

Soalan: Kenapa Che Mad tak ceritakan perkara yang sebenar masa abang Nasir dan abang Am (Amruddin) jumpa semua....?

(Mad Radhi terus jawab)
Mad Radhi: Saya tak nak cerita benda ni saya nak jaga hubungan di antara saya dengan keluarga Asnawi. Begitu juga pasal Puan yyy, pasal saya tak nak cerita kalau perlu saya cerita, saya akan cerita. Pasal saya nak jaga hubungan, itu terus terang saya cakap. Saya jenis saya Guru Cik Lan (Roslan Rashid) , saya tak nak cerita rahsia anak murid saya. Apa-apa pun, itulah prinsip saya.

Jelas disini kenapa GU tak mahu bercerita pada awalnya adalah kerana nak jaga aib orang. This is normal. Kita pun kekadang kalau tak pasti nak cerita banyak mana nak cerita terutaman kalau ia melibatkan maruah orang yang rapat dengan kita. Selalunya kita akan cerita yang ringkas dulu. Kalau ada pertanyaan yang mintak lebih lanjut, kita cerita la lebih sikit….

So, kalau nak kata statement bercanggah itu bukannya satu kesimpulan yang tepat. Because there are evidence yang dia ingin cerita but somehow initially stopped for obvious reasons. Upon further enquiry, he then told the whole story.

Pada masa yang sama, GU pun tak berapa pasti apa yang AJK penyiasatan tahu berdasarkan keterangan pihak – pihak lain. Info yang ada pada dia cuma info yang dia dapat dari pihak yang tak berkaitan dengan kes ini. Yakni info yang telah dibocorkan oleh sesetengah ahli AJK penyiasatan dan Kehakiman kepada ahli – ahli persatuan. So cara dia bercerita tu membayangkan that he is probing on what AJK penyiasatan knows and how much more he needs to tell.

Kalau kita baca sehingga habis transkrip sesi soal jawab tu, kita boleh nampak alasan yang diberi oleh GU kenapa dia memilih untuk bercerita pada masa itu dan bukan pada masa – masa yang lain. There are a very good reasons kenapa dia memilih untuk bercerita cara macam tu. I implore you to read the transcript available in this blog with an objective mind based on the prinple that a man is innocent until proven guilty. Insyaallah you will come to undertand what is actually said in the session.

Saya pun, selama dok bersama dia mendengar penjelasan mengenai kes ini tidak pernah dengar dari mulut GU pasal insiden seluk menyeluk tu. On this point, I guess he has been very consistent. This shows the kind of characther and credibility that GU has. Walaupun difitnah, dicerca dan dikutuk dia masih pikir lagi samada nak dedahkan aib orang yang fitnah dia atau tidak. Walaupun orang dah memusuhinya, dia masih lagi nak melawat orang tu kat hospital sebab mengenangkan jasa orang tu kat dia.

Mungkin ini la beza antara guru yang sebenar guru dan murid.