Monday, October 30, 2006

Depan gate?

3- Sewaktu sampai Mad Radhi menyatakan beliau melihat ada tiga orang budak di LUAR KAWASAN pagar. Kemudian apabila disoal balas, Mad Radhi mengatakan tiga (3) budak itu berada di DALAM KAWASAN pagar sedang duduk-duduk. Namun selepas di soal siasat seterusnya, Mad Radhi mengatakan budak-budak itu berada di LUAR KAWASAN pagar pula. Mana satu yang betul? – KETERANGAN BERCANGGAH-2

Pak Kaduk yang kata bercanggah sebenarnya ini Cuma fantasi dia sahaja…

Cuba kita tengok kenyataan GU di awal sesi soal jawab:

Bila sampai, saya tengok ada satu…. tiga orang budak di depan pagar dan pagar terbuka lepas tu grill terbuka tapi sikit, pintu kayu terbuka. Dan saya memberi salam lah, saya bagi memberi salam . Lepas saya bagi salam, Hashimah panggil saya masuk. Dia panggil saya masuk… saya kata tak palah kot. Tak palah, masuklah dulu Pak Tam dia kata. Masuklah. Jadi saya kata tak pa lah , dia kata masuklah dulu. Saya masuk ….

Saya nak tanya, ada tak kat mana – mana bahagian kenyataan tu mengatakan budak – budak lelaki tu ada kat luar kawasan rumah? Cuma yang ada ialah kenyataan ada 3 orang budak duduk depan pagar.

Tak lama lepas tu dia ditanya lagi sekali:

Soalan : Pintu pagar ?

Mad Radhi: (lantas menjawab).... dan budak tu ada tiga orang kat DALAM tu, DALAM KAWASAN GATE. Dan saya ada bagi tahu kat Che Nawi (Asnawi), saya cakap kat dia ada tiga orang budak kat situ dan Che Nawi (Asnawi) bagi tau kat saya tu budak-budak main bola. Dan saya ada bagi tau kepada dia Che Awi (Asnawi) kalau boleh, cari lah pembantu rumah sentiasa semasa Che Awi (Asnawi) tak ada di rumah. Itu saya ada cakap.

Soalan: Masa abang Mad masuk kat gate tu , budak tiga orang tu buat apa?

(Mad Radhi lantas menjawab)
Mad Radhi: DIA ORANG TENGAH DUDUK....DUDUK BERSILA.

Kat sini ada kenyataan lebih spesifik. Iaitu budak 3 orang tu ada kat dalam kawasan gate rumah tengah duduk bersila.

Kali ketiga GU ditanya:

Soalan: Lepas tu abang Mad minta air? Dia tanya abang Mad nak air?

Mad Radhi: aaa…Saya nak buat air Pak Tam. Saya kata tak payah saya kata
kan. Saya kata nak buat air, buat air masak aje. Dia kata air dah ada. Dia cakap gitu lah. Lepas itu saya minum air, lepas tu saya balik lah. Saya bersalam, saya balik.


Soalan: Maknanya budak lelaki tiga orang tu…?

Mad Radhi: aaa... dia ada kat depan pulak. Dekat depan tu sikit , luar dari kawasan. Kat jalan tu, depan tu

Analisis:

Sebenarnya kenyataan – kenyataan ini menceritakan 2 situasi berlainan. Dua yang pertama menceritakan kedudukan budak – budak tu semasa GU sampai ke rumah dan statement yang terakhir merujuk kepada keadaan semasa GU mahu meninggalkan rumah tersebut.

Sebab itu kita akan lihat kenytaan begini dari GU:

Mad Radhi: aaa... dia ada kat depan pulak. Dekat depan tu sikit , luar dari kawasan. Kat jalan tu, depan tu

Perkataan pulak itu secara jelas menunjukkan yang 3 budak itu telah beralih tempat berbanding dengan keadaan semasa dia sampai ke rumah Hashimah tu. Kenyataan diatas jelas menunjukkan dia nampak budak tu selepas dia bersalam dengan Hashimah dan hendak bergerak balik.

To recap:

1) masa sampai - budak ada dalam rumah

2) masa nak balik - lepas salam dan nak gerak balik... budak tu kelihatan berada diluar rumah diseberang jalan.



Bagi kedua statement yang merujuk kepada kedudukan budak – budak lelaki semasa GU sampai, pada mulanya GU mentakan bahawa budak – budak tu berada di depan gate. Lepas tu dia kata budak tu berada di dalam kawasan rumah.

Sebenarnya statement ini compelmentary, let me illustrate how..

Statement depan gate itu mempunyai maksud yang berlainan bergantung pada persepsi pendengar. Kalau kita datang dari luar rumah, selalunya depan gate itu akan bermaksud begini:

Kita -> Budak ->Gate -> Rumah

Tapi ada orang kata depan Gate tu macam ini:

Kita -> Gate -> Budak -> Rumah

Maknanya kalau dari segi bahasa, bila kita kata “depan gate tu ada budak” ia merujuk kepada kedudukan yang selepas gate tu ada budak dan bukannya depan gate kat luar rumah.

Kita tak boleh nak deny yang memang ada orang cakap cara macam ni. Mungkin sebab dia dah terbiasa cakap macam tu atau pun dia tak tahu nak guna perkataan lain ke atau pun apa - apa sebab lain... banyak lagi reason yang ada. But the fact still remains; yang ada orang memang cara cakapnya begitu. Sebab itu la it is abosolutely necessary to probe further maksud sebenar kata - kata GU ini.

Mujur, pihak Jawatankuasa Penyiasatan cuba bertanya sekali lagi tentang kedudukan budak - budak tersebut. Maka mereka pun bertanya:

Soalan : Pintu pagar ?

Mad Radhi: (lantas menjawab).... dan budak tu ada tiga orang kat DALAM tu, DALAM KAWASAN GATE. Dan saya ada bagi tahu kat Che Nawi (Asnawi), saya cakap kat dia ada tiga orang budak kat situ dan Che Nawi (Asnawi) bagi tau kat saya tu budak-budak main bola. Dan saya ada bagi tau kepada dia Che Awi (Asnawi) kalau boleh, cari lah pembantu rumah sentiasa semasa Che Awi (Asnawi) tak ada di rumah. Itu saya ada cakap.

Soalan: Masa abang Mad masuk kat gate tu , budak tiga orang tu buat apa?

(Mad Radhi lantas menjawab)
Mad Radhi: DIA ORANG TENGAH DUDUK....DUDUK BERSILA.

So, by taking everything into account, jelas disini bahawa maksud sebenar GU bila bercerita pasal kedudukan budak itu adalah begini:

GU -> Gate-> Budak -> Rumah

Sebab menurut GU.. Budak tu ada bersila depan gate tapi dalam kawasan rumah…

Kemudiannya budak – budak itu beralih tempat ke luar dari rumah itu dan bergerak keseberang jalan selepas GU masuk ke rumah Hashimah.

Conclusion: As you can see.. it is all a matter of perception… kalau niat tu dah buruk.. maka nampak la buruk… From where I am seeing, saya memang tak nampak apa yang bercanggah mengenai statement GU tu. The statements are all complimentary. Kalau tak percaya.. cuba baca transkript tu betul – betul tanpa apa – apa komen dari Pak Kaduk… memang nampak jelas lain daripada apa yang disangka.