Wednesday, October 04, 2006

Pak Pandir pulak..

Alahai orang belah sana... tak cukup dengan Pak Kadok... datang pulak Pak Pandir. But I really have to give it to you guys. Pak Pandir ini memang class.. bila berhujah bersandarkan kepada Al Quran, Hadith dan juga kata - kata ulama. Tapi sayang, dia nih bukannya bercerita atas dasar kebenarnan tapi lebih kepada mencari kesalahan orang dan memanipulasi ayat – ayat quran, hadith dan kata – kat ulama.

The thing is, bukak la ayat quran yang berjela - jela, bukak la semua kitab hadith termasuk yang enam paling utama tu, bukak la kata - kata muhaqiqin dan mualim... ia tetap tidak membuktikan yang GU buat apa yang di fitnah oleh orang belah sana.

Bagi saya, cerita Pak Pandir nih tak lebih dari cubaan untuk menghasut orang supaya jangan percaya kepada GU.
Itu saje...

Niat dah gelong… Apa? Boleh kita percaya ke apa dia cakap?

Saya tak berniat nak cerita panjang pasal Pak Pandir nih sebab saya nih pun bukannya ada masa sangat. Cuma saya tertarik berkenaan hadith - hadith palsu yang Pak Pandir kita nih ulas di awal blognya.

Pak Pandir mengulas 2 buah hadith yang pernah digunakan oleh GU iaitu:

"Sesiapa yang beramal dengan apa yang ia ketahui, Allah Taala akan mewariskannya ilmu yang ia tidak ketahui"

"Abu Bakar bukan melebihi kamu kerana banyak berpuasa atau banyak bersolat tetapi kerana rahsia yang ada di hatinya."

Pak Pandir menyatakan bahawa, menurut sumber - sumber yang dia ada, Hadith ini merupakan hadith palsu..

Sebelum kita menjawab Pak Pandir nih, perlu di ingatkan bahawa dalam nak mengambil ilmu nih, kena la kita mengambil dari sumber yang betul.. ambil la dari seorang guru. Jangan ambik dari kitab. Sebabnya, kalau ambik dari guru, selalunya ilmu tersebut ada penjelasannya sekali. Baik secara tersirat dan juga tersurat. Kalau ambik dengan kitab, takut lain pulak jadinya...

Biasanya jadi macam si Pak Pandir ni lah… confused…

Pertama sekali tentang hadith:

"Sesiapa yang beramal dengan apa yang ia ketahui, Allah Taala akan mewariskannya ilmu yang ia tidak ketahui"

Sepanjang yang saya tahu, GU tak pernah kata benda nih hadith. Tapi dia petik benda ni sebagai mutiara kata. Kita pun tak tahu mana dia dapat kata – kata nih. Tapi nak kata dia fabricate kata – kata nih tak boleh la pulak sebab saya sendiri pernah membaca dan mendengar kata – kata ini dari orang lain.


Mungkin kerana pengalaman beliau, dia dapati ini benar. Dan tak salah kalau dia sebarkan kepada anak – anak murid dia sendiri. Macam dia bagi petua – petua kat kita juga la.. lepas dia try sendiri, kalau elok, dia ajarkan kat kita.

Kita pun banyak jugak benda – benda yang berbau agama tapi memang tak de sumber dari hadith mahupun al quran. Macam fadhilat sembahyang tarawih tu.. mana ada sumber dari al quran atau pun hadith yang menceritakan kelebihan mendirikan sembahyang tarawikh sepeti yang biasa kita baca tu.. tapi orang tetap pakai benda tu bagi menggalakkan orang beribadat. Tak de hal pun..

Namun terdapat ramai ulama – ulama terutamanya dari golongan sufi yang menggunakan kata – kata ini. Salah seorang daripadanya adalah Syeikhul Islam Zakariya al Ansari dalam kitabnya Fath al Rahman iaitu suatu komentar ke atas risalah yang di tulis oleh Syiekh Wali Raslan Ad Dimashqi pada kurun ke 9 Hijrah. Syeikh Zakariya merupakan seorang ulama Mesir bermazhab Shafie mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang Fiqh dan Tasawuf sehinggakan diberi gelaran Syeikhul Islam.

Dalam kitabnya Syiekh Zakaria dengan terang dan jelas menyatakan hadith ini dan juga kaitannya dengan ayat 282 surah al Baqarah.

So, at best, hujah mengatakan bahawa hadith ini adalah sebenarnya palsu masih lagi boleh dipertikaikan. Dikala ada yang mengganggapnya palsu, ada pula yang menganggapnya betul. So, kita kena cari sources yang lain yang boleh memastikan kedudukan hadith ini.

Bagi hadith kedua pulak:

"Abu Bakar bukan melebihi kamu kerana banyak berpuasa atau banyak bersolat tetapi kerana rahsia yang ada di hatinya."

Menurut Pak Pandir:

Muhammad Nasiruddin Al-Bani dalam bukunya Silsilah Al-Ahadith Ad-Daifah Wa Al-Maudu'ah terbitan Maktabah Al-Ma'arif, Riyadh, jilid 2, hadith no. 962 telah menulis bahawa hadith ini tidak ada sumber asalnya yang marfu'. Al-Hafiz Al'Iraqi dalam kitab Takhrij Al-ihya; (1/30 dan 105) mengatakan, 'telah diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Hakim dalam An Nawadir dalam ucapan Bakr bin Abdullah Al-Muzni dan saya tidak dapatkan sumber sanadnya yang marfu'. Pernyataan tersebut juga disepakati oleh Al-Hafiz As-Sakhawi dalam kitab Al-Maqasidul Hasanah (nombor 970)

Saya tak tahu la banyak mana ilmu agama yag dia nih ada.. saya nih pun bukannya pandai pun sampai boleh sukat ilmu orang . Tapi saya yakin.. si Pak Pandir nih bukannya orang yang benar2 arif tentang bab penarafan hadith (mustalah al hadith) nih.

Tah dia paham ke idak apa yang dimaksudkan dengan marfu’ tu?

Dalam bidang penarafan hadith nih, hadith – hadith yang marfu’ merujuk kepada kesinambungan sanad sesuatu hadith. Hadith – hadith yang mencapai taraf marfu’ merupakan hadith yang terbaik, yakni sanad dia sampai terus ke Rasulullah.

Tapi, taraf marfu’ ini hanya merujuk kepada kesinambungan sanad. Ia tidak merujuk kepada keperibadian perawi, atau pun keadaan matan hadith itu dari satu perawi ke satu perawi yang lain.

Kalau sesuatu hadith tu bukannya bertaraf marfu’ maka hadith itu jatuh lah tarafnya menjadi hadith yang lemah (daif).

Tapi, tak semestinya sesuatu hadith yang tarafnya bukannya marfu’ ni hadith palsu sebagaimana yang dinyatakan oleh Pak Pandir nih. Cuma ia menunjukkan hadith ini ada kelemahan.. itu je.

Ada banyak lagi taraf – taraf hadith selain dari marfu’ sebahagiannya adalah:

Hokm Al-Marfu’, Musnad/Mutassil, Mawqoof dan sebagainya

Dalam menguraikan isu hadith Dahif (lemah) nih.. para ulama tak menolak 100% hadith dhaif. Ini kerana, hadith dhaif ini cuma menunjukkan bahawa ada kelemahan dalam hadith tu. Tapi ia tidak pula membuktikan bahawa hadith tu maudu’ (fabricated / palsu). Mungkin kelemahan itu disebabkan hadith tu terputus takat para tabiin ke, atau terputus kat sahabat ke, atau sepanjang sanad hadith itu ada cuma seorang perawi yang diketahui pernah menipu dan sebagainya.

Memandangkan skop hadith dhaif nih terlalu luas, kerana ada banyak hadith - hadith yang mempunyai masalah. Para ulama mempunyai pendekatan berbeza bila berdepan dengan hadith - hadith dhaif nih.

Pendapat yang masyhur yang digunakan oleh para ulama sunnah wal jamaah adalah syarat menerima hadith2 dhaif ini dilonggarkan untuk hadith berkenaan fadhail amal dan menambahkan keyakinan. Manakala syarat penerimaan ini pula diperketatkan untuk hadith - hadith berkenaan hukan hakam.

Pendapat ini dipegang oleh Imam Jalaludin Suyuti dengan menyatakan selagi hadith dhaif itu tidak terlalu lemah sehingga menghampiri maudhu’ , tidak bertentangan dengan mana – mana hadith yang lebih kuat ataupun ayat quran dan digunakan sebagai precautionary act, maka hadith dhaif ini boleh digunakan.

Imam Ahmad Ibni Hambal dan imam Abu Dawud juga berpendapat, kalau dibandingkan dengan akal fikiran manusia, hadith Dhaif ini adalah lebih baik digunakan sebagai sumber hukum.

Sebab itu, kalau kita lihat dalam Ihya Ulumuddin walaupun ada hadith - hadith dhaif digunakan tapi ramai ulama tak berapa kisah atas sebab ini. Dan banyak pula ulama - ulama yang mengumpul dan mengekalkan hadith - hadith dhaif ini. Sebab hadith – hadith daif ni ada gunanya pada masa – masa tertentu.

Lagi satu, tak semestinya satu hadith tu didapati maudhu’ maksud hadith tu tak betul. Ia cumua mengatakan bahawa hadith tu palsu. Sebagai contoh hadith: Jika tidak kerana kau wahai Muhammad, aku tidak akan mencipta langit dan bumi. Para ulam hadith mengatakan ianya maudhu’.. tapi at the same time mereka mengatakan maksudnya benar.

Jadi kesimpulannya, tak de salahnya kalau GU menyebarkan kedua – dua ayat (atau hadith, as saudara pak pandir put it) tu. Satu sebab sebagai mutiara dalam Pesan Guru kata – kata ini ada kebenarannya. Keduanya, walaupun ianya hadith yang dhaif, memandangkan ianya bukannya berkenaan hukum hakam, ianya masih boleh digunakan.

Bagi saya, adalah baik bagi saudara Pak Pandir ini pergi mengaji lebih mendalam bab – bab hadith ini sebelum nak menggunakannya untuk menentang GU. Bukannya apa.. mana aci budak sekolah pra tadika lawan professor.. jadi la professor dulu baru buku bertemu ruas..

Ini beza hadith daif dengan maudhu’ pun tatau lagi nak lawan dia… apa raaa?

Wallahualam…