Monday, October 30, 2006

Alasan tak cerdik?


Memandangkan si PAk Kaduk pun dah keluar kan analysis dia, saya pun nak keluarkan analysis jugak la..


My approach is to give point by point refutataion on benda - benda yang dipertikaikan. As you will see later on, analysis done by Pak Kadoknih bukannya dilakukan secara objective, it was done juat to support his preconcieved idea on the whole case.

let us begin with point number 2...


2- Selepas lima (5) minit menelefon cik xxx, Mad Radhi telahpun berada di hadapan rumah cik xxx. Beliau memberi salam sebanyak dua (2) kali sebelum cik xxx datang ke depan rumah dan MEMBUKA pintu. Walaupun sebelum itu Mad Radhi menyatakan bahawa gate, pintu grill dan pintu kayu rumah cik xxx terbuka. Kalau Mad Radhi mengatakan bahawa semua pintu telah terbuka, kenapa pula cik xxx dikatakan oleh Mad Radhi membuka pintu selepas beliau memberi salam? – KETERANGAN BERCANGGAH-1 / BOHONG

BERCANGGAH? KAT MANA?

Cuba kita tengok apa yang diceritakan melalui transkrip yang telah disupplykan sendiri oleh pihak pak kaduk:



Kenyataan di awal keterangan:

Bila sampai, saya tengok ada satu…. tiga orang budak di depan pagar dan pagar terbuka lepas tu grill terbuka tapi sikit, pintu kayu terbuka. Dan saya memberi salam lah, saya bagi memberi salam . Lepas saya bagi salam, Hashimah panggil saya masuk. Dia panggil saya masuk… saya kata tak palah kot. Tak palah, masuklah dulu Pak Tam dia kata. Masuklah. Jadi saya kata tak pa lah , dia kata masuklah dulu. Saya masuk .

Kenyataan semasa disoal dengan lebih terperinci:


Soalan : Masa abang Mad sampai kat rumah dia, pintu pagar dia terbuka…

Mad Radhi: (lantas mejawab) ..Terbuka sebelah


Soalan: Terbuka sebelah?

Mad Radhi: aaa...(bersetuju)


Soalan : Pintu pagar ?

Mad Radhi: (lantas menjawab).... dan budak tu ada tiga orang kat DALAM tu, DALAM KAWASAN GATE. Dan saya ada bagi tahu kat Che Nawi (Asnawi), saya cakap kat dia ada tiga orang budak kat situ dan Che Nawi (Asnawi) bagi tau kat saya tu budak-budak main bola. Dan saya ada bagi tau kepada dia Che Awi (Asnawi) kalau boleh, cari lah pembantu rumah sentiasa semasa Che Awi (Asnawi) tak ada di rumah. Itu saya ada cakap.

Soalan: Masa abang Mad masuk kat gate tu , budak tiga orang tu buat apa?

(Mad Radhi lantas menjawab)
Mad Radhi: DIA ORANG TENGAH DUDUK....DUDUK BERSILA.


Soalan: Cik Hashimah?

Mad Radhi: Cik Hashimah saya tak nampak.


Soalan: Tak ada di situ?

Mad Radhi: aaa..... tak ada di situ, hanya dia ...bila dia ...PINTU TERBUKA SIKIT, saya bagi salam dua kali, lepas tu dia datang. Jadi macam....saya tak taulah , kira macam dah ready macam ada air lah untuk saya tu. Saya tak tau lah
kan, tapi dah ada macam air, saya tak tau untuk siapa. Pasal bila dia cakap air tu…kata Pak Tam nak minum air tu, nak buat air, saya kata tak payah , jadi macam dah ….tak taulah macam air oren saya tak tau lah. …Jadi gitu lah.


Soalan: Ok sebab sebelum tu dia dah …Che Mad dah telefon dia , kata Che Mad nak datang mungkin masa tu kot.

Mad Radhi: Tak tau lah…Tapi masa tu dia nak pergi buat air, masa saya cakap tu.


Soalan: Maksudnya grill tu terbuka..?

Mad Radhi: Grill yang besi tu terbuka, tapi dia tak buka luas, dia buka sikit aje.


Soalan: Pintu kayu?

Mad Radhi: aaa...buka , sendal.


Soalan: Sendal?

Mad Radhi: aaa ..(bersetuju)


Soalan: Jadi kalau tolak tu kita boleh masuk je lah?


Mad Radhi: aaaa... bila tarik tu terus masuk je lah.


Soalan: Abang Mad terus masuk ke atau pun..dia buka?
(Mad Radhi terus jawab walaupun Soalan belum habis ditanya)

Mad Radhi: Tak, saya tak masuk, saya bagi salam dulu , saya bagi salam dua kali, lepas tu BARU DIA BUKA PINTU tu.


Soalan: Dia buka lah?

Mad Radhi: aaa…saya tak masuk.

PAK KADUK MENGATAKAN BAHAWA ADA KENYATAAN BERCANGGAH SEBAB GU MENGATAKAN YANG PINTU RUMAH CIK HASHIMAH TERBUKA TAPI BILA GU MEMBERI SALAM CIK HASHIMAH PERLU MEMBUKA PINTU UNTUK MEMBERNARKAN DIA MASUK.

SO DIA CONFUSE.. ADAKAH PINTU TERBUKA ATAU TERTUTUP?

Analisis:

Saya tak nampak kat mana yang bercanggah sangat tu. Kalau kita tengok transkrip yang diberi oleh Pak Kaduk sendiri, GU ada mengatakan yang pintu kayu rumah tu terbuka dan ianya di sendal. Tapi tak de pula kenyataan yang mengatakan banyak mana ianya terbuka. Statement yang ada cuma pintu tu terbuka sikit. Adakah sikit tu ¾ atau ½ atau ¼ ke, kita tak tahu. Tapi pintu itu perlu ditarik untuk membernarkan GU masuk ke rumah.

But what does all this mean?

The key to understanding this lie s in our understanding on how pintu yang kena sedal works. Mungkin Pak Kaduk tak de pintu kat rumah kot sebab tu dia ada masalah nak paham camna pintu tu berfungsi. Kalau kat rumah kita sendiri pun, kekadang tu pintu tu kita sendal, tapi sebab sendal tu tak cukup grip, pintu tu akan bergerak dan menutup (mungkin ditutup sebab angin tiup atau pun ada orang tolak). Tapi ada masanya sendal tu akan grip masa pintu tu bergerak setengah jalan. Maka jadila pintu tu dalam keadaan setengah terbuka. Grip ni pun kita tak boleh nak agak, kekadang ia akan jadi masa pintu ¾ terbuka atau pun masa 1/3 terbuka. Walaupun pintu tu nampak terbuka, kita masih perlu menarik pintu untuk membenarkan orang lalu sebab bukaannya tak cukup besar nak bagi orang masuk. Dan kalau kita, dari luar rumah tengok keadaan pintu tu, kita akan nampak macam dia terbuka. Benda ni benda biasa bagi orang yang biasa sendal pintu Cuma Pak Kaduk je yang ingin mencari isu kat sini.

Kita boleh deduce that this is what actually occurred bila kita rujuk kepada kenyataan - kenyataan berikut:

Soalan: Pintu kayu?

Mad Radhi: aaa...buka , sendal.


Soalan: Sendal?

Mad Radhi: aaa ..(bersetuju)


Soalan: Jadi kalau tolak tu kita boleh masuk je lah?


Mad Radhi: aaaa... bila tarik tu terus masuk je lah.

Soalan: Abang Mad terus masuk ke atau pun..dia buka?
(Mad Radhi terus jawab walaupun Soalan belum habis ditanya)

Mad Radhi: Tak, saya tak masuk, saya bagi salam dulu , saya bagi salam dua kali, lepas tu BARU DIA BUKA PINTU tu.

Dan juga:

Soalan: Cik Hashimah?

Mad Radhi: Cik Hashimah saya tak nampak.


Soalan: Tak ada di situ?

Mad Radhi: aaa..... tak ada di situ, hanya dia ...bila dia ...PINTU TERBUKA SIKIT, ….

So, from here we can see that:

- Pintu kayu rumah tu terbuka dan disendal.

- Bukaan pintu rumah tu kecik (terbuka sedikit)

- Walaupun pintu tu terbuka, ia masih lagi perlu ditarik untuk membenarkan orang masuk.


Conclusion: Kenyataan - kenyataan tidak bercanggah, malah saling melengkapi antara satu dengan lainnya